Ikan bawal pinang / emas (juga dikenali sebagai bawal kolam oleh kebanyakan kaki pancing kolam air masin) atau ikan pompano adalah spesies ikan air masin yang lasak. Ia berbentuk lebar seperti bawal biasa. Bahagian hujung ekornya berwarna kekuningan. Tetapi saiznya lebih besar dan purata ikan ini boleh membesar sehingga belasan kilogram.
Ikan bawal pinang lebih tertumpu di kawasan beting pasir dan sering bermain di permukaan dan pertengahan air. Untuk menjinakkan ikan ini, umpan paling lazim digunakan di habitat asalnya ialah udang hidup.
Ads
Di kolam pancing juga digunakan udang hidup terutamanya jika ingin menyasarkan spesimen bersaiz besar. Begitu umpan yang lazim digunakan ialah udang pasar sahaja. Begitu pun udang pasar perlu dikopek kulitnya atau dipanggil udang kopek.
Ads
Untuk lebih mudah lagi kerja boleh dapatkan terus udang kopek yang ada terjual di sesetengah pasar raya. Isi udang kopek perlu dipasang pada mata kail menggunakan teknik memancing apollo dengan kaedah apungan.
Ads
Dengan kaedah menggunakan pelampung, jarak mata kail dengan pelampung lebih kurang sedepa. Kebanyakan ikan ini bermain di kawasan pertengahan air di kolam air masin.
Kawasan tumpuan ikan ini di kolam berdekatan kincir air kerana ia menunggu makanan yang ditolak arus ke permukaan. Jadi umpan udang pemancing harus berada di kawasan sasaran ikan ini biasa berkumpul.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Ikan black bass yang turut dikenali sebagai ikan kanai / tembaring, merupakan sejenis ikan kakap (lutjan) yang boleh ditemui di Indonesia, Malaysia dan Papua New Guinea. Di Indonesia (Borneo) ikan ini dikenali juga dengan nama kakap hitam muara, somasi hitam, bale raja atau Naing.
Sementara di Papua New Guinea, ia dikenali dengan nama moonfish (ikan bulan) atau Papuan black bass (kakap hitam Papua) dan Papuan black snapper. Ikan tembaring dengan nama Inggeris black bass adalah dari famili Lutjanidae dalam genus Lutjanus dengan membawa nama binomial Lutjanus goldiei.
Dalam erti kata lainnya, walaupun menggunakan nama keluarga ikan bass, black bass sebenarnya adalah dari keluarga ikan snapper. Maka secara logiknya ia lebih layak digelar black snapper berbanding black bass.
Orang Malaysia lebih senang memanggil ikan yang terkenal sebagai predator sungai yang mempunyai gigi tajam dan ikan muara terhandal ini sebagai BB (black bass) sahaja. Ramai pemancing yang tergoda untuk memancing ikan yang dilabel terkuat dalam keluarga snapper ini.
Berikutan berkongsi habitat yang sama di estuari, ia sering kali dikelirukan dengan spesies ikan mangrove jack atau kakap merah.
Black bass memiliki bentuk yang hampir sama dengan mangrove jack cuma yang membezakan hanya dari segi corak warna. Black bass memiliki corak warna yang dominan hitam dengan memiliki garis-garis putih. Malah memiliki pola warna yang berbeza-beza seperti keabu-abuan, kecoklatan, hitam serta kadang memiliki belang kekuning-kuningan.
Ikan black bass ini selalunya terlalu sukar untuk hidup di cuaca ekstrim sehingga walaupun suatu kawasan memiliki tumbuhan paya bakau yang banyak namun ikan ini belum tentu ada kerana black bass sangat payah untuk menyesuaikan diri keadaan persekitaran yang cepat berubah baik dari cuaca dan perubahan air.
Ikan yang dikenali memburu secara solo ini mampu membesar panjang sehingga 100 sentimeter dan mencapai berat 20 kilogram. Namun spesimen dewasa yang sering ditemui sekitar 1 hingga 7 kilogram sahaja.
Ramai pemancing yang tergoda untuk memancing ikan yang dilabel terkuat dalam keluarga snapper ini. Sekiranya kita biasa casting ikan siakap merah, maka peralatan yang sama boleh digunakan. Tapi sebagai insuran, adalah lebih baik ditingkat satu paras kekuatan dan kelasakan peralatan tersebut kerana daya hentaman dan juang ikan tembaring juga jauh lebih mengatasi siakap merah.
Scorpio torpedo yang juga dikenali sebagai hardtail scad, finny scad, finletted mackerel scad atau cordyla scad adalah spesies ikan laut yang diklasifikasikan dalam keluarga ikan jack and horse mackerel family, Carangidae.
Di Malaysia, ikan yang nama binomialnya Megalaspis cordyla ini dikenali dengan ikan cencaru. Di sesetengah tempat ia turut dipanggil sebagai ikan jaket dan ikan keras ekor.
Sementara cencaru bersaiz besar lazimnya melebihi berat 1 kg ia mendapat jolokan nama cencaru kuda. Cencaru kuda itu amat sinonim dengan klasifikasi keluarga ikan jack dan horse mackerel.
Taburan ikan cencaru agak meluas di seluruh rantau Indo-Pasifik tropika, dari Afrika Selatan di barat ke Tonga di timur, memanjang ke Jepun di utara dan Australia di selatan.
Ikan ini hidup antara 20 – 100 meter dalam di kawasan payau yang mempunyai terumbu. Maka tidak hairanlah ia terdapat dengan jumlah yang agak banyak di negara kita.
Ikan cencaru adalah ikan pelagik yang hidup dalam kumpulan besar. Lazimnya ia boleh ditemui di lapisan permukaan kedua lautan dan laut luar pantai.
Ia mudah dikenal pasti oleh kedua-dua badan berbentuk ‘torpedo’ dan satu siri sirip yang tersembunyi di bahagian belakang sirip dorsal dan dubur.
Spesies Megalaspis cordyla ini mampu membesar panjang sehingga 80 cm dan berat sehingga 4 kg.
Walau bagaimana pun spesimen yang biasa ditemui sekitar 40 cm sahaja. Ia adalah spesies pemangsa dengan menjadikan pelbagai ikan, cephalopods dan krustasea sebagai sumber makanannya.
Ikan cencaru berwarna kelabu kebiru-biruan hingga hijau pada bahagian dorsal, dan keperak-perakan pada bahagian bawah.
Operkulumnya mempunyai bintik hitam yang besar, dengan sirip yang berwarna gelap. Ikan ini mempunyai 7 – 9 sirip kecil yang berasingan pada bahagian belakang ridip dan sirip duburnya.
Pemancing di Malaysia sering dimomokkan dengan cerita sang tapah membaham monyet, anjing, kucing dan sebagainya. Ironinya, spesies ini memang antara spesies yang misteri malah di Perak, terdapat mitos mengatakan yang sesetengah keturunan tidak boleh memakan atau membunuh ikan tapah ini. Namun, kombinasi kekuatan, misteri dan mitos ini menjadikan tapah antara spesies legenda di Malaysia.
Dalam kebanyakan laporan, ikan tapah atau nama saintifiknya iaitu Wallago attu sememangnya pemburu hendap yang sangat kuat. Wallago attu merupakan spesies catfish atau ikan bermisai seperti keli dan baung. Ikan tapah mampu membesar sehingga 6 kaki panjang. Bayangkan saiznya yang hampir sebesar manusia malah ada kes spesies ini ditemui lebih besar daripada manusia.
TABURAN SPESIES
Ikan tapah boleh ditemui di sungai-sungai dan tasik di Asia. Tapah merupakan penghuni dasar atau demersal dan gemarkan kawasan yang dalam. Pun begitu, terdapat juga tapah yang saiznya lebih kecil mendiami sungai berarus dan kawasan berbatu.
Antara taburan tapah di Asia termasuklah Pakistan, India, Sri Lanka, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Thailand, Vietnam, Kemboja, Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Indonesia. Di Malaysia, ikan tapah cukup popular di negeri Pahang dan Perak sehinggakan terdapat tempat yang dipanggil Tapah di Perak.
BIOLOGI
Secara biologi, ikan tapah biasanya mendiami sungai yang besar dan tasik yang luas serta dalam. Tapah merupakan pemburu hendap dan pemangsa yang sangat kuat serta ganas ketika memburu. Biasanya ikan tapah akan bersembunyi di dasar badan air dan akan menyerang mangsanya dengan rakus.
Ketika di dasar, ikan tapah akan memilih kawasan atau lubuk yang berbatu atau berlumpur yang dalam, tidak berarus tau berarus perlahan. Ikan tapah mampu berada di dasar dalam tempoh masa yang agak lama dan menjadikan ikan kecil dan organisma dasar sebagai diet utamanya. Antara diet utamanya ialah serangga, ikan yang lebih kecil, krustasia dan moluska.
Ikan tapah biasanya aktif pada musim panas dan selalunya membiak atau bersenyawa ketika awal monsun. Jika di Sungai Mekong, ikan tapah dilaporkan akan bergerak ke sungai kecil dan terusan ketika waktu hujan. Setelah itu, spesies ini akan kembali ke sungai utama ketika musim panas dan akan mencari lubuk yang dalam sebagai tempat persembunyian.
Ketika musim mengawan inilah biasanya nelayan menjadikan jangka masa ini sebagai masa yang sesuai untuk menangkap spesies tapah. Tapah yang baru melepaskan telur akan aktif sewaktu kembali ke sungai-sungai besar. Terdapat pendapat mengatakan, kaum Iban di Sarawak biasa menangkap ikan tapah pada waktu ini dengan tangkapan yang mampu mencecah sehingga 50kg.
Ikan tapah mempunyai mulut yang luas dan sepasang rahang yang sangat kuat untuk memburu. Dengan kombinasi kekuatan rahang dan gigi konikal, spesies ini memang menjadi antara pemangsa yang sangat digeruni.
MORFOLOGI
Bentuk badan ikan tapah agak panjang dan mempunyai tubuh yang padat. Ikan ini boleh membesar sehingga 2.4 meter panjang. Kepalanya lebar dan menirus ke bawah seperti keli, dengan mulut yang besar. Bukaan mulutnya menjangkau hingga ke belakang matanya.
Gigi ikan ini amat tajam namun tidak bertaring sebaliknya mempunyai set gigi kecil yang banyak. Mata ikan tapah kecil dan terletak di sisi kepalanya. Ikan Tapah mempunyai dua pasang duri, dengan sirip dorsal yang kecil dan sirip kaudal yang amat kuat untuk henjutan kekuatan.
ANCAMAN POPULASI
Eksploitasi tanpa kawalan terutama dalam penangkapan ikan ini secara berlebihan membuatkan populasi ikan ini telah menurun sejak kebelakangan ini. Selain tangkapan berlebihan, kemusnahan habitat dan ekosistem alam juga menjurus ke arah penurunan populasi spesies ini.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...