Admin percaya masih ramai yang sangsi akan status halal haram ketam nipah untuk dimakan. Banyak pihak telah pun memperjelaskan bahawa ketam nipah adalah HALAL dan ketam nipah bukanlah haiwan dua alam. Sebenarnya ramai yang keliru antara ketam nipah dan ketam batu yang memang benar hidup dua alam.

 

Untuk itu biarlah kita lihat keterangan yang lebih sahih akan hal ini agar tidak lagi timbul lagi was was.  Satu artikel berkaitan hal ini ada dipaparkan di laman web Fatwa Kebangsaan.

 

Ketahui Status Hukum Memakan Ketam Nipah
kiri ketam batu.. kanan ketam nipah

 

Walaupun hal ini telah lama diputuskan. Namun, beberapa faktor kekangan teknologi maklumat pada masa itu mungkin membantutkan edaran maklumat penting sebegini.

 

HALAL MEMAKAN KETAM NIPAH – MAJLIS FATWA KEBANGSAAN. 

 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-26 yang bersidang pada 7-8 Mar 1990 telah membincangkan Menternak Binatang Dua alam.

IKLAN

 

Ketahui Status Hukum Memakan Ketam Nipah
ketam nipah

 

Muzakarah telah memutuskan bahawa:

 

Perusahaan menternak ketam nipah untuk tujuan eksport adalah harus kerana ia bukan binatang dua alam.

 

Perusahaan menternak katak untuk tujuan eksport adalah khilaf ulama;

IKLAN

 

Ketahui Status Hukum Memakan Ketam Nipah
ketam batu

 

a) Menurut jumhur ulama, perusahaan menternak katak untuk tujuan eksport adalah haram kerana ia adalah binatang dua alam.

 

b) Menurut Mazhab Maliki, perusahaan menternak katak untuk tujuan eksport adalah harus

(Keterangan/Hujah: Mengikut istilah sains, haiwan dualam ini ada dua kategori iaitu reptilia dan amfibia yang mempunyai sistem pernafasan paru-paru.

IKLAN

Edaran hidupnya sebahagian di dalam air dan sebahagian lagi di darat seperti katak, penyu, labi-labi, buaya dan seumpamanya.)

 

Ketahui Status Hukum Memakan Ketam Nipah
ketam nipah

 

Ketam nipah pula bukanlah daripada jenis reptilia dan amfibia, tetapi ia adalah dari jenis krustasea iaitu sama golongan dengan udang dan kerang. Keseluruhan edaran hidupnya adalah di dalam air dan mempunyai sistem pernafasan melalui insang dan bukan paru-paru. Ia bernafas menggunakan oksigen dalam air sebagai pelarut.

 

Oleh itu dari segi hukum ketam nipah ialah haiwan yang boleh dimakan. Kehidupan ketam nipah di darat hanya dalam tempoh masa yang singkat sahaja iaitu lebih kurang dua tiga hari, kerana dalam insangnya mempunyai satu ruang pintu yang boleh ditutup dan mengandungi sedikit air.

 

Ketahui Status Hukum Memakan Ketam Nipah
ketam batu

 

Ia menggunakan air tersebut untuk pernafasan dan sekiranya air itu kering ia akan mati. Katak adalah sejenis binatang dua alam yang hidup di air dan juga di darat. Menurut Mazhab Syafie, tiap-tiap binatang yang hidup dua alam adalah haram dimakan.

(sumber: e-fatwa.gov.my)

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI