Saya ada satu persoalan. Betul ke ia merupakan sesuatu yang berbahaya jika memancing sewaktu cuaca buruk seperti hujan lebat dan ribut petir. Dan adakah benar ikan kurang aktif memakan umpan sewaktu hujan lebat dan cuaca buruk ini?
JAWAPAN:
Memancing ketika hujan lebat dan cuaca buruk sememangnya mengundang risiko. Risikonya terdiri daripada beberapa aspek, antaranya:
Ads
Pertama; Kebanyakan joran yang digunakan hari ini diperbuat dari bahan graphite yang mampu menarik sambaran kilat. Oleh yang demikian, kita perlulah turunkan joran dan simpan di bawah (baringkan di lantai bot atau daratan) sekiranya terdapat petir. Jika tiada petir sekali pun sebaiknya lakukan langkah keselamatan kerana kita tidak dapat menjangka kejadian ribut petir.
Ads
Kedua; apabila kita berada di tengah laut, tasik atau di tebing sungai di mana tiada terdapat pokok atau objek yang lebih tinggi daripada kita maka kemungkinan disambar petir adalah amat tinggi.
Ketiga, bahaya dari kepala air, terutamanya apabila kita memancing di muara sungai dan sungai-sungai di pegunungan atau hutan serta peningkatan air secara mendadak disebabkan pengaliran air yang banyak dari hulu. Jadi segera keluar atau naik ke lokasi yang lebih tinggi kerana kepala air akan meranapkan apa sahaja di hadapannya.
Ads
Keempat, bahaya perubahan suhu. Ia boleh menyebabkan suhu badan kita turun dengan mendadak yang mendorong berlakunya demam. Lebih-lebih lagi kejadian hujan panas.
Sebenarnya, Ikan amat aktif makan selepas hujan lebat terutama sekali di kawasan muara sungai sebab terdapat banyak serangga dan makanan yang dihanyutkan air semasa hujan lebat.
Bagi kawasan laut pula ikan amat aktif sebelum hujan. Sebabnya saya masih mengkaji tetapi pengalaman menunjukkan ini selalu berlaku semasa saya memancing.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
SOALAN: Saya berminat untuk cuba memancing di kawasan sungai pergunungan. Bolehkan Mejar berikan sedikit tip untuk memancing di kawasan sebegini?
JAWAPAN:
Pancingan sungai pergunungan salah satu cabang memancing yang menyeronokkan. Malah, dalam kategori pancingan air tawar ia merupakan pancingan yang paling mencabar dan menyeronokkan tetapi tidak semua pemancing mampu mengaplikasikannya.
Namun, dalam keseronokan keselamatan diri jangan mudah terlupa. Pertama sekali pastikan langkah keselamatan diutamakan. Contohnya menggunakan kasut yang sesuai. Bawa bekal ubat-ubatan, mesti ada guide atau pergi secara berkumpulan, tidak berkhemah terlalu dekat dengan gigi air. Pilih waktu yang sesuai untuk berkhemah dan patuhi pantang larang di dalam hutan.
Jika memancing pada waktu malam, pastikan anda meminimakan cahaya seperti lampu suluh atau unggun api di kawasan anda memancing. Elakkan menggunakan loceng pada waktu malam pada hujung joran, sebaliknya gantikan dengan stik cahaya kerana ikan kawasan sungai pergunungan lebih sensitif dan sukar dipancing.
Untuk umpan, ia tidaklah sukar. Selain umpan sawit yang sangat sesuai untuk memancing kelah, anda juga boleh menggunakan umpan cacing dan juga hirisan isi ikan. Saya juga gemar menyarankan wisel dibawa ke mana-mana kerana, jika tersesat, anda boleh gunakan ketika kecemasan.
Jika memancing di pantai yang mempunyai kawasan air bercerun, satu-satunya teknik yang paling efektif adalah dengan menghanyutkan umpan hidup dengan menggunakan belon. Sasaran utama adalah ikan-ikan pelagik yang berlegak di kawasan cerun dan juga berbatu karang.
Selain itu boleh juga dengan teknik apollo di mana dengan kaedah ini, ia dapat menghindari mata kail tersangkut di karang.
Jika ingin memancing dengan kaedah pancingan dasar (berlabuh) di kawasan karang tinggi pastikan perambut halus diikat pada ladung supaya ia mudah putus apabila tersangkut. Atau boleh juga batu ladung tersebut disambungkan dengan perambut hanya diikat dengan getah.
Jadi, mata kail dan ikan masih dapat diselamatkan apabila tersangkut. Satu lagi cara lain ialah perhatikan kawasan yang terang (jika air jernih) dan buat lontaran umpan di kawasan ini kerana terang menandakan tiada karang atau karang nipis. Kalau gelap tempat itu tentu berkarang tinggi. Semoga jawapan ini menepati kehendak saudara.
Saya selalu juga tertengok pemancing guna set pancing yang tak sepadan. Contohnya macam guna rod spinning dengan reel baitcaster atau rod baitcaster dengan reel spinning. Boleh ke guna macam tu admin?
JAWAPAN:
Bercakap pasal boleh atau tidak ini agak subjektif sikit. Umpama memakai selipar terbalik. Tentu korang waktu kecil-kecil dulu pernah memakai selipar terbalik, kan? Boleh ke tak boleh pakai selipar terbalik? Boleh tu memanglah boleh cuma ia tidak selesa. Samalah keadaan jika menggunakan joran dan kekili yang tak sepadan.
Kekili menegak atau multiplier jika dipadankan dengan joran mendatar (spinning), kesannya akan mengurangkan kecekapan pada kekili dan juga joran. Salah satu sebabnya kekili menegak memerlukan joran yang mempunyai cincin yang lebih rapat berbanding kekili mendatar.
Ini dapat kita lihat sendiri pada joran kekili mendatar dan joran kekili menegak yang sama panjang. Sebagai contoh, jika joran kekili mendatar sepanjang 6 kaki memiliki 7 cincin, joran kekili menegak pula memiliki 9 cincin.
Ketika joran melentur, tali pancing akan ikut lenturan pada joran. Semakin kuat tekanan lenturan diterima, tali akan melepasi joran menjadikan joran akan melentur dalam keadaan yang tidak seimbang.
Kecekapan joran akan menurun dan tidak lagi mampu menampung daya lenturan yang dikenakan. Tali akan menyentuh joran ketika lenturan berlaku. Lenturan joran akan menjadi tidak seimbang.
Seperkara lagi, menggunakan kekili menegak dengan joran kekili mendatar umpama kita membongkok melawan arah. Apa akan jadi jika kita membongkok ke belakang?
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...