IKLAN

 

Korang Tanya UMPAN Jawab – Gewang Terbaik Untuk Pancingan Sungai Pergunungan?

SOALAN:

Dalam hujung bulan Mac saya akan join satu trip trekking di sebuah sungai hutan pergunungan yang perlu dirahsiakan. Saya nak minta pendapat admin, kalau nak casting kat jeram-jeram sungai, gewang jenis apa yang paling sesuai?

 

JAWAPAN:

IKLAN

Bagi teknik casting di kawasan berjeram atau sungai pergunungan, beberapa jenis gewang boleh digunakan. Namun gewang yang paling efisien untuk dimainkan adalah dari jenis sesudu atau spoon. Ini kerana sesudu tidak mudah hanyut dibawa arus sekaligus menjejaskan prestasi renangannya.

 

Terdapat banyak jenis sesudu yang ada sekarang ini di pasaran. Gewang bentuk Altima dan Abu Island paling banyaj digunakan. Nnamun saya mengesyorkan anda dapat seketul dua sesudu Tokwan Sodo. Penggunaan sesudu sudah banyak terbukti berkesan menjerat menjerat spesies penyerang dan kawasan berjeram seperti tengas, sebarau dan bujuk. Selain itu disyorkan juga menggunakan mata tunggal berbanding mata tiga.

IKLAN

 

Anda juga boleh menggunakan gewang shallow runner atau selaman cetek atau sederhana (minnow) jika bersesuaian. Anda perlulah bijak memilih gewang minnow yang mampu mengekalkan aksi renangan dengan ketika hanyut mengikut dan melawan arus. Elakkan menggunakan selaman dalam kerana kawasan berjeram selalunya mempunyai kedalaman yang sederhana sahaja.

 

Selain gewang, penggunaan kekili dengan ratio tinggi juga amat penting untuk kegunaan sungai berjeram. Pastikan anda gunakan kekili sama ada kekili menegak atau mendatar dengan nisbah ratio 6:1 dan ke atas.

 

 

Secara peribadi pula saya amat menggemari gewang Rapala Team Esko ketika casting di jeram. Kelebihan gewang ini ialah mampu berenang dengan sempurna ketika berada di dalam arus berjeram.