SOALAN:

 

Apakah kelebihan joran buatan tangan atau rod custom yang sekarang ini semakin ramai peminatnya?

 

JAWAPAN:

 

Joran dan kekili umpama aur dengan tebing. Sama-sama memerlukan antara satu sama lain.

IKLAN

Hanya berbeza sedikit berbanding kekili, kita boleh memilih sama ada untuk menggunakan joran keluaran kilang yang boleh dipakai terus, atau menggunakan joran buatan tangan atau custom rod.

 

Pada asasnya sama ada joran ready made atau custom made mempunyai tujuan yang sama ketika aktiviti memancing. Tidak banyak perbezaan antara keduanya.

Bezanya, ia satu kepuasan yang sukar untuk dijelaskan apabila menggunakan joran buatan tangan.

IKLAN

 

Jika hendak dibuat penjelasan, ia bolehlah diibaratkan seperti menempah baju Melayu atau baju kurung. Jika boleh tentukan nak pakai fabrik apa atau saiz macam mana.

Begitu juga dengan joran buatan tangan. Semuanya kita boleh tentukan sendiri dari pemilihan material blank joran, jenis cincin dan jumlahnya dan pelbagai lagi mengikut cita rasa kita sendiri.

 

IKLAN

Oleh yang demikian, bagi rod buatan tangan rod custom ini mungkin anda perlu mengeluarkan belanja yang lebih.

Namun bagi seorang pemancing, alah membeli menang memakai. Biasanya, rod custom dibuat untuk kepuasan secara individu.

 

Rekaan dan ukuran serta jenis blank juga mempengaruhi hasilnya nanti selain ukurannya memang dibuat khas untuk tuannya sahaja.

Lagi pun, apa yang memberikan lebih kepuasan ialah rod tersebut hanya ada SATU sahaja dalam dunia.

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI