Soal Jawab Mancing – Ada Apa Dengan Gewang Rattlin?

Share

 

SOALAN:

 

Boleh tak admin buat penjelasan pasal gewang jenis rattlin. Pada saya gewang ni dah lama tapi sekarang dah macam trending pulak. Saya cadang nak cari jugak tapi nak dengar pendapat masta sifu Umpan dulu.

 

JAWAPAN:

 

Gewang rattlin merupakan gewang yang memiliki ball bearing bagi menghasilkan bunyi apabila dimainkan untuk menarik perhatian ikan.

 

 

Gewang jenis ini lebih tidak terlalu fokus pada gaya renangan sebaliknya lebih kelebihan gewang rattlin ialah getaran yang menghasilkan bunyi gemerincing yang mampu menarik perhatian ikan. Gewang rattlin juga mempunyai prinsip yang sama seperti blade, sejenis gewang seakan sesudu namun diposisikan dan memberikan impak seperti gewang rattlin.

 

Gewang rattlin ini tidak banyak beza dengan gewang lain yang memiliki kelebihan masing-masing. Ia menjadi trending kerana citarasa pemancing yang sentiasa berubah-ubah. Apatah jika seseorang pemancing yang tersohor, atau ada nama, atau juga pengusaha produk memperoleh tangkapan dengan gewang tersebut. Maka dalam masa yang singkat saja ia akan trending.

 

 

Secara peribadi saya juga penggemar gewang rattlin. Malah saya gemar menggunakan gewang ini kerana ia boleh dipersembahkan dengan kepelbagaian teknik terutamanya untuk menjerat spesies pemangsa di lokasi berair keruh di mana tahap penglihatan berkurang. Dengan getaran dan kilauan gewang ini banyak membantu memperoleh strike.

IKLAN