Saiz batu ladung boleh menentukan jarak balingan. Tetapi pastikan batu yang digunakan dapat ditampung oleh hujung joran ketika lontaran dibuat. Jika tidak, hujung joran mudah patah ketika permulaan lontaran.
Saiz batu juga boleh ditentukan melalui keadaan pasang surut serta permukaan. Bermula nombor 8 hingga 12 adalah saiz yang lumrah digunakan pemancing pantai. Pilih batu jenis lonjong memanjang supaya ia kurang memberi rintangan angin dan arus.
Ads
Perambut
Perambut mulakan dengan 20 hingga 60lb bergantung kepada kekuatan tali utama, saiz mata kail, kapasiti kekili dan kekuatan joran yang digunakan.
Pilih warna cerah dengan panjang perambut antara 1 hingga 2 kaki. Kalau memancing ikan bebulus di pantai perambut setengah kaki dengan kekuatan 12lb amat sesuai.
Ads
Waktu sesuai
Kunjungi pantai ketika keadaan air yang kurang gelombang dan berangin. Pastikan tiada hujan sebelum kunjungan dan air yang hampir jernih (jika air terlalu jernih, ikan biasanya kurang galak memakan umpan).
Ads
Waktu terbaik ialah ketika air pasang penuh. Ketika itu, ikan akan merapat ke pantai. Pada sebelah malam pula, ikan lebih efektif daripada siang.
Secara ringkas waktu paling sesuai ialah lewat petang hingga sebelum fajar. Terbaik ialah lepas solat Maghrib hingga sebelum habis waktu Subuh.
Sebagai tambahan, menggunakan joran panjang tidak kurang 10 kaki (3.5 meter) adalah satu kelebihan. Kekili jenis mendatar (spinning) dan spool jenis panjang sesuai jika pemancing berhajat membuat lontaran lebih jauh.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Mendaratkan kerapu di laut perlukan pengetahuan yang luas mengenai spesies ini. Selalu ikan kerapu yang memiliki diameter badan yang besar akan meragut umpan dengan berhati-hati.
Walaupun ramai pemancing tegar yang beranggapan kerapu adalah spesies ikan yang bakal melahap apa sahaja umpan yang dipasang namun kami tidak bersetuju kerana kerapu tidaklah sebegitu.
Paling penting, sekiranya balingan pada spot yang dibaling mengena kerapu, teruskan membuat balingan atau lontaran pada spot yang sama ini kerana lubuk dan sarang kerapu selalunya didiami 5-6 ekor kerapu.
Elakkan daripada menggunakan kekili mahupun saiz tali pancing bersaiz sederhana. Jika sambaran kerapu bersaiz besar membaham umpan, mungkin penyesalan bakal diterima kerana tidak bersiap sedia lebih awal.
Melihatkan saiz kerapu yang didaratkan oleh Sunny sememangnya kecil, namun membiarkan umpan yang direndam lebih lama bagi membenarkan umpan dilahap perlahan-lahan oleh sang kerapu kemudian jika tali didapati sedikit menegang bersiap sedia merentapnya naik ke permukaan.
Candat atau squid jig merupakan alat yang direka khusus untuk memancing sotong. Justeru apabila menyebut candat maka secara automatik ia akan dikaitkan dengan sotong. Terdapat pelbagai jenis candat yang terdapat di pasaran kita dan masing-masing mempunyai satu persamaan iaitu untuk menjerat sotong pada dawai tajamnya.
CANDAT TWIST
Candat twist lazimnya berfungsi sebagai pemberat. Ia diperbuat daripada timah (ada juga yang mengubahsuai batu ladung), dan badannya dibalut dengan kain atau tali sulam yang berkilat terang atau mampu memantulkan cahaya. Ia turut dilengkapkan dengan mata kail candat yang berfungsi sebagai penyangkut sotong. Selain berfungsi sebagai pemberat, ia turut sama berupaya untuk memerangkap sotong dan tersangkut pada mata kailnya.
CANDAT MAYAT
Candat mayat lebih merujuk kepada bentuk seumpama bentuk mayat yang dikafankan. Ia lazimnya diperbuat daripada plastik atau getah yang mampu menyerap dan memantulkan cahaya. Badannya dibalut dengan fabrik nipis berkilau dengan pelbagai warna. Ia turut dilengkapi satu atau dua sisir mata kail. Tanpa kehadiran pemberat, ia perlu digunakan bersama pemberat. Candat twist lazimnya digunakan sebagai pengganti pemberat.
CANDAT UMPAN
Candat umpan lebih merupakan alat yang diperbuat daripada besi atau dawai keras sebesar lidi kira-kira sejengkal dan bersisir dengan mata kail dibawahnya. Sepadan dengan nama candat umpan, ia perlu dicucuk dengan ikan sebagai umpan untuk menarik perhatian sotong. Dan penggunaan pemberat diperlukan bagi mempercepatkan proses ia tenggelam ke dasar laut.
CANDAT UDANG
Candat udang atau squid jig sebenarnya adalah gewang tiruan berbentuk udang yang dilengkapi mata kail bersisir, yang lazimnya digunakan untuk mencandat sotong mengabang. Dalam masa yang sama ia turut berkesan untuk mencandat sotong torak atau sotong jarum. Namun ia tidak sesuai digunakan secara berangkai (teknik apollo dua atau tiga candat) seperti mana candat mayat berikutan kehadiran pemberat akan menyebabkan ia mudah berpintal dengan perambut.
CANDAT IKAN
Candat ikan atau turut dikenali sebagai candat buntal lebih merupakan candat yang direkabentuk seperti ikan. Ia mempunyai ciri-ciri ringan dan tiada pemberat. Badannya pula agak gemuk dan gempal. Berikutan keberkesanannya bergantung kepada kualiti penghasilannya, ia kurang popular dan tidak banyak digunakan. Namun candat mayat yang berkualiti mampu mengatasi keberkesanan candat-candat lain.
Memancing ikan tapah agak sinonim dengan kawasan seperti Sungai Perak, Sungai Pahang, Sungai Terengganu, Tasik Bakun di Sarawak dan beberapa tempat lagi di Malaysia. Ikan tapah merupakan ikan pemangsa mempunyai nilai pasaran yang agak tinggi. Walaupun populasi agak berkurangan, namun masih terdapat juga laporan pemancing menaikkan ikan tapah saiz gergasi.
Antara kisah terkenal daripada pemancing berkaitan gergasi air tawar ini ialah bagaimana tapah membaham monyet, anjing, kucing dan beberapa haiwan lain lagi. Ini menunjukkan betapa masih ada tapah bersaiz gergasi dan sering membuatkan pemancing mahu merasai tentangan pemangsa legenda ini.
Umpan yang sering dikaitkan dengan ikan tapah ialah ikan-ikan sungai, udang galah dan ikan keli bagi mendaratkan tapah bersaiz gergasi. Pun begitu terdapat juga pemancing menjadikan ulat lundi dan serangga hutan untuk memancing ikan tapah. Walau bagaimana pun umpan-umpan ini kebanyakkanya digunakan untuk memasang taut atau rawai bagi menjerat tapah berbanding pancingan dasar.
Selain daripada umpan dan pancingan dasar, teknik mengilat (casting) dan juga menunda (trolling) telah beberapa kali terbukti dapat menaikkan ikan tapah. Malah melalui teknik menunda inilah dikatakan paling efektif untuk mendararkan tapah. Penggunaan sesudu dan gewang selaman dalam telah beberapa kali menaikkan spesies tapah di sekitar sungai-sungai negeri Sarawak, Pahang dan Terengganu.
Menurut petua orang tua pula, ikan tapah selalunya mudah dipancing sewaktu air keruh dan ketika waktu bulan gelap. Selalunya pada lewat senja atau awal pagi merupakan antara waktu yang sangat sesuai untuk memancing ikan legenda ini. Carilah lubuk-lubuk yang kelihatan gelap dan dalam dengan arus yang perlahan dan cuba balingkan umpan atau gewang ke kawasan tersebut. Mana tahu ada sang tapah gergasi yang terbuka seleranya waktu itu.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...