Korang biasa casting siakap atau MJ? Sekiranya sudah biasa, maka set casting yang sama pun sudah boleh digunakan untuk casting spesies kanai. Cuma sebagai insuran, adalah lebih baik di upgrade satu level tahap kekuatan dan kelasakan peralatan tersebut kerana daya hentaman dan juang ikan kanai lebih padu.

 

Reel

Sama ada spinning atau baitcasting kebanyakannya sesuai untuk memancing kanai. Memancing kanai tidak memerlukan kekili berkelajuan tinggi sebaliknya kekili berkelajuan rendah dan kayuhan bertenaga bagi mengimbangi kekuatan pemangsa. Tambahan pula persembahan umpan tidak perlu digayakan dengan laju. Berdasarkan pengalaman, kekili seperti Daiwa Zillion crazy Cranker (gear ratio 4.9:1) merupakan reel terbaik untuk dipadankan.

 

Set Lengkap Untuk Casting Spesies Monster

 

Rod

Rod aksi sederhana, kuasa kelas medium berkekuatan 10-20lb hingga 15-25lb dan panjang 5.5-6.5 kaki merupakan rod yang selesa dan sepadan untuk digunakan. Jangan pandang ringan dengan kekuatan kanai walaupun bersaiz kecil. Tambah habitatnya adalah di kawasan reba banat yang mencabar.

 

IKLAN

Set Lengkap Untuk Casting Spesies Monster

 

Lures

Tidak dinafikan, gewang crank atau crankbait lure merupakan gewang plug yang paling serasi dengan kanai di perairan kita. Walaupun ada kejadian mencatatkan gewang permukaan turut menerima sambaran namun peratusnya sangat rendah. Pelbagai model gewang crank boleh digunakan namun sehingga kini gewang Ofmer X Deep Fire tiger menepati saiz mangsa yang menjadi diet utama kanai.

 

Set Lengkap Untuk Casting Spesies Monster

 

IKLAN

Mainline

Tiada masalah jika ingin menggunakan tali tangsi atau mono sebagai tali utama namun disarankan gunalah tali sulam berkekuatan 30-40 lb.

 

Leader

Tali perambut dari jenis fluorocarbon berkekuatan 40-50lb sangat digalakkan penggunaannya sepadan dengan tali utama. Leader yang keras dan tahan lasak amat penting bagi menangani kerakusan pemangsa serta geografi padang pancing.

 

Set Lengkap Untuk Casting Spesies Monster

IKLAN

 

Mata kail

Amat disarankan pilihlah mata kail (treble hook) berkekuatan 4X-6X. Harus diingat daya hentaman kanai berupaya melurus atau menguncupkan mata kail dengan mudah. Tidak perlu memilih mata kail yang mahal harganya. Mata kail VMC 4X sudah memadai.

 

Set Lengkap Untuk Casting Spesies Monster

 

Split Ring & Snap

Split ring dan snap berkuasa tinggi atau tugas berat perlu digunakan sekiranya anda tidak mahu berputih mata atau kehilangan gewang kesayangan. Carilah split ring dan snap yang mampu menahan tekanan sehingga 80-100 lb.

 

Set Lengkap Untuk Casting Spesies Monster

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI