dav
IKLAN

 

Bila bercakap tentang SIFU, tidak dapat tidak akan ia mengaitkan dunia mempertahankan diri khusus kung fu.

Dari filem-filem kung fu inilah melonjakkan istilah sifu yang merujuk kepada guru kung fu atau apa-apa seni mempertahankan diri.

 

Secara ringkasnya, sifu merupakan seseorang yang memberi tunjuk ajar tentang sesuatu ilmu kepada seseorang atau lebih.

Untuk menjadi seorang sifu maka haruslah memiliki sekurang-kurangnya seorang anak murid.

 

Terkesan daripada gelaran ini maka istilah ini bukan saja diguna pakai dan dunia seni mempertahankan diri. Dunia pancing tidak terkecuali terkena tempias ini.

Mungkin disebabkan tiada sebarang pengiktifan khusus bagi seseorang pemancing yang begitu komited dan banyak memberi tunjuk ajar dalam hobi memancing ini, maka gelaran sifu kepada mereka ini seperti boleh diterima pakai oleh majoriti pemancing.

 

Apabila istilah ini mula popular, timbul pula satu situasi di mana gelaran sifu ini umpama satu darjah kebesaran yang ingin dimiliki oleh semua pemancing.

Dalam situasi lain pula, gelaran sifu tidak lagi merujuk kepada sifu yang sebenarnya. Sebaliknya lebih kepada panggilan atau gelaran kosong semata-mata.

 

Tambah bercelaru ia turut digunakan sebagai satu bentuk sindiran khususnya kepada seseorang yang bersifat berlagak pandai.

Dari sudut sembang bersama pengikut fanpage Majalah Umpan, kami kumpul dan petik pendapat mereka tentang pengertian SIFU.

IKLAN

 

“Sifu dalam dunia pancing adalah orang berpengalaman luas. Selain daripada jumlah strike, kena ambil kira juga kesabaran mereka hadapi kegagalan.

Ilmu mereka asli, sudah terbukti benar hasil ujian lapangan mereka dan juga dari orang sebelum mereka. Attitude mereka.

Orang kaya ilmu ni tidak lokek ilmu dan yang paling legend mereka tidak sombong mendabik dada bahawa merekalah yang tahu segalanya.

Mereka kurang tertarik kepada glamour, jika mereka ingin glamour pun mereka tidak gelojoh. Siapa tidak suka glamour, namun ada caranya yang betul.

Mereka tidak jemu bagi semangat pada newbie. Cara mereka bagi semangat adakalanya dengan meracun kawan-kawan dan juga orang di sekeliling mereka.

Sifat para sifu dalam dunia mancing adalah humble, penuh tatasusila dan adab sama ada kepada rakan mereka, kepada followers, mahu pun kepada haters mereka.”

  • PAHLAWAN PADANG PASIR

 

“Pendapat saya… terus dipanggil sifu itu adalah hak rakan-rakan kita dan kita tidak ada hak untuk melarang atau menyuruh.

IKLAN

Merasa diri macam sifu pun adalah hak masing-masing. Tapi bagi saya tak semua pemancing yang akan merasa bangga/ego dan takbur dengan gelaran tu.

Malah kadang-kadang rasa rimas tapi akur demi menghormati sesama rakan pemancing.”

  • NAZ DAMAIDSFT

 

“Sifu @master ini lebih sesuai digunakan untuk senior dalam arena pancing yang memiliki pengalaman luas, tak kisah kemahiran tersebut dari segi perambut, ikat mata kail atau memancing ikan itu sendiri.

Sifu @master ini biasanya tidak lokek berkongsi ilmu atau pengalaman memancing.”

  • MOHD SUFIAN AHMAD

 

“Sifu lebih pada hormat untuk yang rakan FB baru, rakan yang tak rapat. Kalau rapat tu panggil sifu @ master tu nganjing je… kekeke.

Tapi yang betul-betul sifu bagi saya adalah semua rakan sehobi saya.”

  • MOHD AFIZ MUSTAPA

 

“Yang layak bergelar sifu ialah mereka yang kenal semua jenis ikan, tahu guna semua jenis pancing, tahu semua cara memancing spesis ikan, tahu sekilas ikan di air tahu jantan betinanya.

Tengok je mata kail atau batu ladung dah tahu saiznya. Ni baru mancing dapat sekor ikan besar dah berlagak. Tapi bila ditanya ikan gapi tu ikan apa dah garu kepala.”

  • WAK MERAN

 

“Sipo, masta, tok batin dalam apa bidang apa sekali pun bukan dianggap pangkat. Ianya adalah lebih kepada gelaran semata. Pemancing gemar berseloroh.

Pemancing akan tau siapa gelaran ini akan diberi kepada siapa dalam kelompok tertentu mereka.” 

  • WAN NASIR BALUNG

 

“Sipoo… kenapa la keluar topik ni. Biasa la tu, kita nak hormat kawan-kawan je. Nak sebut aku/ko time baru-baru kenal tu macam kasar pulak… sebab tu ler panggil sipoo/masta je.”

  • MADI MAJID

 

 

baca juga Sentap: Pisang Punca Pishangg… Apa Pendapat Korang?

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan