Dibesarkan di kawasan yang berhampiran laut di Singapura telah menyemai minatnya di dalam arena pancingan pantai.

Sejak kecil lagi beliau telah didedahkan tentang dunia hanyir ini dan dari situlah beliau terus belajar dan belajar untuk memperbaiki teknik pancingan yang beliau minati ini.

 

Bila ditanya tentang bagaimana beliau boleh terjebak di dalam arena surfcasting ini, Idros Ismail lantas menyatakan bahawa beliau banyak melakukan kajian tentang pancingan surfcasting di luar negara dan peralatan untuk pancingan jenis ini.

Dari situ beliau mula belajar tentang teknik dan beliau sungguh bertuah kerana dapat berguru dengan John Holden, yang menjadi antara legenda surfcasting di United Kingdom.

 

Bersama John Holden, beliau banyak mendapatkan teknik dan tip untuk melakukan balingan jauh.

Hasil tunjuk ajar itu, membolehkan beliau banyak belajar dan sekali gus mencurahkan ilmu tersebut kepada lebih ramai pemancing di Singapura pada masa itu.

 

IKON: Idola – Sifu Surfcasting Singapura

 

Selain John Holden, beliau turut mendapatkan banyak khidmat nasihat daripada Terry Carrol, yang merupakan pengasas jenama Zziplex.

Bersama Terry, beliau banyak mendapat maklumat mengenai jenis rod yang sesuai mengikut ketinggian dan berat badan seseorang itu.

Meskipun hanya berhubungan melalui e-mel, tetapi banyak informasi mengenai peralatan surfcasting dapat beliau pelajari.

 

PERKENAL SURFCASTING DI MALAYSIA

 

IKLAN

Tahun 1999 menjadi titik tolak kepada bermulanya penyebaran ilmu surfcasting beliau kepada kaki pancing Malaysia.

Nak dijadikan cerita, beliau mendapat tahu mengenai sebuah group memancing di Malaysia yang menggelarkan diri mereka Malaysia Surfcasting Club (MSC).

Dari situ, beliau terus menghubungi Khalid yang merupakan pengerusi kepada MSC dan menyatakan hasrat beliau untuk memperkenalkan pancingan surfcasting sebenar kepada kaki pancing di Malaysia.

 

Dari situlah mereka berjaya merancang sebuah perjumpaan selama 3 hari 2 malam di Kuala Linggi, Melaka.

Perjumpaan ini berjaya menarik minat lebih kurang 50 pemancing yang kebanyakan dari Malaysia.

 

IKON: Idola – Sifu Surfcasting Singapura

 

Melalui perjumpaan tersebut, banyak aktiviti yang telah mereka rangka. Antaranya bengkel surfcasting yang mana melalui bengkel ini beliau telah memperkenalkan peralatan sebenar pancingan surfcasting dan turut melakukan demonstrasi teknik dan balingan yang sesuai.

 

Dari sinilah hubungan antara beliau dengan ahli MSC terjalin rapat. Malah hubungan tersebut boleh dikatakan seperti adik beradik dan ikatan tersebut masih kukuh hingga ke hari ini.

IKLAN

Selain menjadi sifu kepada surfcasters Malaysia, beliau juga turut bertindak sebagai rod builder dan penasihat bagi mereka yang baru nak menjinakkan diri di dalam arena surfcasting ini.

Malah, pada waktu itu, setiap 2 atau3 minggu sekali beliau pasti akan turun ke Malaysia untuk menyebarkan lagi ilmu surfcasting kepada yang berminat.

Bagi beliau, jarak bukanlah faktor yang boleh memisahkan beliau daripada mengembangkan ilmu kepada kaki pancing.

 

Selain menganjurkan bengkel dan perjumpaan ini, beliau juga pernah dijemput oleh syarikat Explorer pada awal tahun 2000 untuk melakukan demonstrasi khas teknik balingan ‘pendulum’ sewaktu pertandingan memancing anjuran syarikat berkenaan di Klebang, Melaka. Dari situlah nama beliau semakin disegani di Malaysia.

 

IKON: Idola – Sifu Surfcasting Singapura

 

Biarpun reputasinya semakin baik, namun, itu tidak sesekali membuatkan beliau mendabik dada, malah beliau tetap mengekalkan prinsip merendah diri dan pada masa yang sama tetap berkongsi ilmu dengan anak muda yang turut meminati bidang ini.

 

PEMANCING ITU BERSAUDARA

 

IKLAN

Biarpun sudah menjangkau usia emas, beliau masih terus menyokong segala aktiviti berkaitan surfcasting yang dianjurkan tidak kiralah di Singapura mahupun Malaysia.

Bagi beliau, prinsip pemancing itu bersaudara harus dipegang oleh semua kaki pancing kerana inilah yang menjadikan hobi ini unik dan lebih bermakna.

 

“Kalau kita minat aktiviti memancing, hargailah sebaik-baiknya. Kalau boleh belajar dan teruslah belajar untuk menambahkan ilmu di dada.

Sayang jika ada ilmu tapi tak kembangkan ke peringkat yang lebih tinggi”.

 

IKON: Idola – Sifu Surfcasting Singapura

 

“Saya juga amat berharap agar semua pemancing di Malaysia dan Singapura dapat bersatu dan saling berkongsi ilmu tentang dunia memancing.

Dari situlah menjadikan aktiviti memancing ini sebagai dunia tanpa sempadan,” katanya dengan lebih lanjut.

 

Profil ringkas

 

Nama: Idros Bin Ismail

Usia: 58 Tahun

Asal: Bedok North, Singapura

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI