Buat pemeriksaan pada tali utama sama ada ia masih mantap atau sudah reput. Jika perlu buang beberapa kaki tali hadapan sebagai langkah keselamatan. Jangan sayang nak buang tali yang macam dah nak reput atau yang sudah luntur warnanya.

 

Jika menggunakan tali sulam dan perlu disambung dengan shock leader, pastikan ikatan sambungan itu kukuh dan kuat. Jika was-was, sebaiknya buat ikatan baru. Biar lambat asalkan tak lucut atau putus.

 

Jika menggunakan mata kail yang pernah digunakan, uji tahap ketajamannya dulu. Kalau dah kurang tajam, elok tukar yang baru. Kalau dah tumpul wajib buang terus jangan disimpan lagi.

IKLAN

 

Saiz dan jenis mata kail jugak perlu diperhatikan. Sebaiknya guna saiz mata kail yang sepadan dan elakkan guna mata kail kurang berkualiti. Mata kail yang kecil tak semestinya ikan kecil saja yang makan.

 

IKLAN

Set pancing yang digunakan juga perlu sepadan dengan ikan target. Banyak kejadian ikan gagal didaratkan kerana joran atau kekili gagal menakluk ikan. Malah banyak kes kumpau disebabkan masalah asas ini.

 

Umpan yang akan digunakan perlu dipastikan keberkesanannya. Sama sebagaimana pemancing lain gunakan. Kalau pemancing lain guna udang, kita pakailah udang. Kalau pemancing lain guna perisa pandan, kita gunalah pandan jugak.

IKLAN

 

Jika umpan sudah bagus, pastikan teknik yang digunakan juga adalah sesuai. Sama ada teknik apung, gantung atau dasar. Yang penting kena pantau teknik apa yang cepat ikan ambil umpan.

 

Teknik strike atau menyentap ikan juga penting begitu juga dengan cara melayan ikan harus betul agar ikan berjaya didaratkan. Kalau strike siakap, jangan macam sentap udang galah. Kalau layan tenggiri jangan main macam layan gelama.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI