Setelah itu, buka skru yang berada pada badan kekili.
Step 6
Kemudian buka bahagian penutup sisi kekili. Inilah keadaan mekanikal setelah dibuka. Kemudian anda perlu keluarkan pinion gear yang terdapat di dalamnya (warna hitam).
Step 7
Pinion gear yang telah dikeluarkan. Susun dengan cermat dan teratur agar tidak hilang.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Menggunakan telur ikan tapah untuk memancing ikan baung, mungkin sesuatu yang amat janggal bagi pemancing di Semenanjung Malaysia. Mana nak dapat telur ikan tapah? Jangan kata telur ikan tapah, ikan tapah itu sendiri pun masih ramai pemancing yang belum pernah menyentuhnya, apatah lagi berjaya mendaratkannya.
Namun, penggunaan telur ikan tapah sebagai umpan bagi memancing ikan baung bukanlah sesuatu yang asing di Sarawak, terutamanya di Tasik Bakun. Tentu saja ia bukan sesuatu yang pelik kerana bukan saja populasi ikan baung yang banyak, bahkan ikan tapah juga berkembang biak dengan baik di sana.
Penulis berpeluang menguji sendiri keberkesanan telur ikan tapah sebagai umpan apabila berkunjung ke Tasik Bakun tidak lama dahulu. Ia berlaku secara spontan apabila pekerja di sebuah rumah terapung atau jelatong yang menjadi kediaman penulis, menyiang ikan tapah untuk dijadikan hidangan kami pada malam tersebut.
Tindakan pekerja tersebut mengasingkan telur tapah di dalam bekas itu mendorong penulis untuk bertanya. Apabila dinyatakan telur tersebut bagus untuk dijadikan umpan memancing baung, penulis segera meminta izin untuk mengujinya.
Memandangkan kedatangan kami ke Tasik Bakun lebih kepada trip casting, maka kami tidak membawa peralatan untuk pancingan dasar. Jangankan batu ladung, mata kail pun tiada seorang pun yang membawanya. Sebagai alternatif, penulis cangkukkan sedikit telur tapah itu pada mata kail gewang sesudu. Sesudu seberat 7 gm yang bersifat tenggelam itu pastinya tiada masalah untuk menghantar umpan telur tapah ke dasar tasik.
Memandangkan tidak pasti bagaimana rupa permukaan dasar tasik, penulis tidak membiarkan sahaja sesudu berumpan telur tapah itu terendam di dasar. Sesekali penulis mengangkatnya beberapa inci dari dasar dengan cara mengujun.
Tidak sampai lima minit mengunjun, penulis dapat rasakan ada sesuatu yang menyambar sesudu berumpankan telur ikan tapah berkenaan. Tidak sampai seminit kemudian, seekor baung anggaran berat hampir satu kilogram berjaya didaratkan!
Kasut atau sandal tumit tinggi getah yang sudah rosak atau sudah tak berkenan pada hati, usah dibuang atau diperuk dalam almari kasut.
Hadiahkan saja pada kaki pancing, mereka pasti tau merubahnya menjadi peralatan atau kelengkapan memancing.
Sekiranya anda pernah memancing pada zaman kanak-kanak, dan pernah menggunakan menggunting selipar getah untuk menjadikan pelampung, tentu anda tidak berhadapan dengan masalah untuk menghasilkan pelampung DIY ini.
Langkah1
Pastikan ia adalah sandal getah sahaja… kalau sandal kayu atau logam, mungkin boleh dimodifikasi menjadi barangan lain.
Langkah 2
Dengan menggunakan pisau, potong bahagian tumit kaki kasut yang bergetah tebal. Kemudian ukir ia menjadi bentuk sebagaimana bentuk pelampung memancing yang biasa digunakan.
Langkah 3
Tebuk lubang di bahagian tengahnya bagi laluan untuk memasukkan tali pancing atau tali utama.
Langkah 4
Untuk sentuhan terakhir, bolehlah guna pemetik api bagi bentuk ukiran kelihatan lebih rapi.
Langkah 5
Barang yang terhasil sudah boleh digunakan dengan kelengkapan tali untuk memancing dengan menggunakan teknik pelampung hidup.
Pelet merupakan makanan ikan yang terbaik untuk dijadikan umpan. Tanpa perlu dicampur apa-apa bahan sekalipun ia tetap akan dijamah oleh ikan. Namun mempercepatkan proses pelet ini dijamah oleh ikan, ia perlu campur dengan bahan-bahan perisa. Dan proses terbaik bagi menyatukan padu pelet dan perisa ini ia haruslah diperap atau diperam terlebih dulu.
Bahan-Bahan Keperluan
1 kg pelet 6363 / 920
Santan kelapa
kelapa parut
Perisa Strawberi Original
Yis segera
Cara-Cara Penyediaan Umpan:
Tutorial 1
Masukkan 1 kg pelet 6363 ke dalam bekas bertutup.
Tutorial 2
Curahkan pati santan atau santan kotak 200 mililiter kemudian goncang agar pati santan mengenai kesemua pelet.
Tutorial 3
Taburkan yis segera anggaran 2-3 cubit dan goncang lagi bekas acuan bertutup.
Tutorial 4
Curahkan pes perisa strawberi dalam anggaran 8-10 penutup dan goncang hingga sekata.
Tutorial 5
Taburkan kira-kira segenggam besar kelapa parut dan goncang sekali lagi. Perap adunan ini dalam bekas tertutup kira-kira 1 hingga 3 malam.
Cara Penggunaan Umpan:
Tutorial 1
Basahkan sedikit adunan umpan yang telah diperam apabila ingin menggunakannya.
Tutorial 2
Taburkan sedikit umpan gam jika perlu bagi mengelakkan biji pelet ini berderai apabila dikepal.
Tutorial 3
Gunakan spring dua mata kail dan cucuk mata kail dengan pelet. Satu mata kail lagi dicucuk dengan jajan atau keropok jagung.
Tutorial 4
Kepalkan pelet pada spring dengan menyelitkan mata kail dicucuk jajan di dalam kepalan. Manakala mata kail di cucuk pelet di luar kepalan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...