Waktu terbaik untuk memburu pari ialah pada waktu pergerakan air mulai pasang dan mula surut. Namun pari juga agak aktif pada waktu air limpas iaitu surut sepenuhnya.
Jarak lontaran jauh bukanlah menjadi faktor utama untuk anda mendaratkan pari. Ada masa dan ketika pari juga bermain di tepian pantai. Namun ada yang beranggapan lebih jauh anda baling, peluang untuk mendaratkan ikan lebih cerah terutama pada waktu air jalan pasang, iaitu waktu ikan mudik ke tepian.
Apabila pari melarikan tali, anda jangan cuba sedaya upaya melawan kembali tarikan tersebut. Biarkan dan kendurkan sedikit tali joran anda. Jika ada tanda-tanda pergerakan tali bermakna anda mempunyai peluang untuk membuat karauan.
Ads
Pari biasanya berpasangan. Jika anda berjaya menaikkan seekor ada kemungkinan untuk anda menaikkan pasangannya. Dan biasanya si betina lebih besar dari jantan.
Ads
Seelok-eloknya gunakan gancu untuk membawa naik ikan pari ini ke daratan. Agak bahaya untuk mencekup ikan ini menggunakan tangan kerana faktor sengat di pangkal ekornya yang boleh membawa maut.
Pakai pakaian yang sesuai seperti berlengan panjang, topi dan bercermin mata hitam ketika memancing. Jangan lupa membawa bekalan air secukupnya.
Ads
Bawa kerusi khas untuk anda duduk. Sama ada berhampiran joran anda atau duduk di tepi pantai sambil memerhati dan menunggu joran anda mengena ikan.
Lain tempat lain tekniknya. Cubalah bertanya pada mereka yang lebih aris untuk ketahui teknik perambut dan umpan yang sesuai memburu pari di sesuatu kawasan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ikan duri pepulut adalah jenis ikan demersal di mana tumpuan pergerakan di dasar laut sahaja. Ada masa ia merayau hingga hampir kawasan gigi air mencari sumber makanan. Ikan duri pepulut sering ditemui merayau di kawasan lapang seperti persisiran pantai berpasir maupun berlumpur.
Sebab itu jika memancing di kawasan lapang seperti muara dan tepian pantai ikan duri turut menjadi mangsa pemancing. Ikan pepulut bergerak dalam kumpulan kecil dan tidak tinggal di satu kawasan sahaja.
Delta muara Sungai Kelang umpamanya hampir serata lubuk yang dikunjungi mata pancing tidak boleh lari dari terjerat duri ini. Namun ia banyak saya perolehi di kawasan beting pasir dengan dasar yang terdapat sedikit sebanyak reba sebagai halangan.
Mungkin objek di dasar adalah tempat untuk ia mencari sumber makanan berbanding tempat perlindungan. Sering bergerak meneroka dasar mengikut pergerakan arus. Bagi saya ia ikan sepanjang tahun namun saya kurang arif bilakah waktu puncak ikan ini.
Ikan duri pepulut tidak terus menelan umpan, tetapi akan bermain dan mengutis terlebih dahulu sebelum melarikannya. Tapi jika pepulut terlalu banyak di kawasan sama pasti rebutan terhadap umpan semakin meriah dan bertambah galak.
Daya juangnya ketika melawan pemancing mempunyai keunikkan tersendiri. Pemancing yang sudah masak dengan alunan dan riak spesies ikan duri ketika mata kail berada di mulutnya mudah mengagak ikan dari peringkat permulaan lagi. Gaya henjutan semacam pada pecutan sekata adalah ciri-ciri utama pepulut berlawan.
Peralatan Dan Teknik
Melalui analisa saiz maksima pepulut membesar tentu secara khusus pemancing boleh congak apakah saiz dan kombinasi peralatan yang sesuai untuk menawannya. Namun begitu keserasian peralatan yang bakal digunakan pula mestilah mengambil kira faktor kedalaman air, kelajuan arus serta jenis dan teknik memancing yang bakal dijalankan.
Sekiranya pantai menjadi pilihan, kekili yang boleh memuatkan tangsi 20lb sepanjang 200meter amat sesuai dan perlu dipadankan dengan joran 9 kaki ke atas.
Jika mengunakan bot atau sampan untuk memancing, joran 6 kaki dengan apa jua kekili maksima 30lb sudah mencukupi. Jika padang pancing cetek dikunjungi saya lebih syorkan tangsi dipakai berbanding mengunakan tali sulam.
Selaras dengan tabiat ikan pepulut yang sentiasa berada di dasar lautan, teknik memancing dasar paling efektif. Maka pemancing perlu bijak mengunakan ladung yang sesuai dengan arus semasa supaya umpan tidak hanyut.
Pepulut dan hampir kesemua duri tidak cerewek pasal umpan. Begitu juga dengan saiz perambut dan mata kail. Bagaimanapun untuk memastikan sentapan berakhir dengan kejayaan, saiz mata kail paling sesuai ialah no 1/0 dan 3/0 sudah dianggap besar.
Perambut 30lb sepanjang sekaki setengah merupakan stail kegemaran saya jika memancing di air kurang dari kedalaman 50 kaki. Tangsi 20lb-30lb paling lumrah saya gunakan untuk mana-mana teknik memancing muara.
Umpan
Kalau memancing mana-mana jenis ikan duri boleh dikatakan hampir kesemua jenama umpan disebatnya. Pepulut juga jarang dan tidak terlalu memilih umpan. Asalkan ia berada di kawasan laluan pasti tidak ditolaknya.
Dari udang hidup, perumpun, sotong cumit, jejari sotong kurita, hirisan sotong pasar, hirisan ikan pelaling, ikan beliak mata hidup dan mati, belanak dan perumpun. Paling mudah dan tidak ingin memeningkan kepala pasal umpan guna sahaja ikan pelagik seperti pelaling, selayang selar dan tamban mudah didapati di kebanyakan pasar utama.
Hirisan ikan-ikan pasar lebih mudah dan menjimatkan belanja jika sekadar untuk memancing suka-suka di pinggiran pantai dan muara. Hirisan jangan terlalu besar kerana pepulut tidak menelan terus umpan kerana saiz lazim kurang dari sekilo.
Andai kata kalau sebiji batu no 4-8 berharga RM1 dan ke atas dan setiap trip diandaikan menggunakan 10 batu ladung serta purata ia akan sangkut 3-4 ketul, berapa pula nilai RM yang lebur untuk trip dua kali sebulan dan darab dengan setahun.
Apa kata jimatkan kos batu ladung terutama pancingan bottom di lokasi-lokasi risiko dengan menggunakan barang terpakai.
Caranya adalah menggunakan palam pencucuh (plug) terpakai yang boleh didapati secara percuma di bengkel-bengkel motosikal.
Walaupun sukar untuk menentukan beratnya berbanding terdapat nombor pada batu ladung yang dijual di kedai, apa kata rajin-rajinlah menimbang berat palam pencucuh
(gunakan penimbang elektronik) berkenaan dan gandakan ia mengikut berat yang sama dengan batu ladung yang mempunyai nombor.
Untuk laut dalam, boleh gunakan potongan batang besi (besi yang digunakan membuat cerucuk bangunan) dengan cara mengubahsuainya di bengkel pertukangan.
Bahkan, ia sebenarnya bukan perkara baru, pemancing tradisional yang menggunakan botol mineral yang di dalamnya diisi dengan bancuhan simen.
Memancing sememangnya menuntut kos tinggi. Pendek kata, selagi dapat mengurangkan kos, ia sudah cukup baik untuk poket anda. Selamat mencuba!
Kemajuan dalam sistem dan teknik pancingan yang semakin berubah sekarang banyak mempengaruhi pemancing terhadap sesuatu peralatan itu.
Kewujudan kekili menegak di pasaran semakin digemari oleh kaki pancing dan teknik ‘casting’ menjadi semakin popular ketika ini.
Ia mungkin kelihatan mudah untuk di pelajari namun natijahnya seorang pemancing itu perlu mendalami seni teknik ‘casting’ ini secara mendalam daripada segi teknikalnya dan juga praktikalnya.
Kali ini saya akan merungkai sedikit tenik menguraikan semula tali yang kusut akibat dari setting’ timbangan lure’ yang tidak tepat atau balingan yang tidak sempurna.
Sebenarnya kekusutan tali tersebut adalah perkara biasa bagi pemancing yang baru menggunakannya.
Ia bukanlah satu masalah besar kerana tali tersebut kusut kerana gelendong memuntahkan talinya tanpa henti secara mengejut dan ia boleh diuraikan dengan sekali menarik tali utama dan menguraikan tali yang bertindih.
Sebenarnya tali yang keluar secara mengejut itu bertindih antara satu sama lain dan tali tersebut perlu diuraikan dengan menggunakan alat cangkuk yang tajam bagi menarik tali yang bertindih tadi.
Tarik tali utama sehingga tegang Gunakan jarum gelung pisau lipat multipurpose. Kenal pasti tali yang bertindih dan tarik tali tersebut sehingga longgar. Tarik semula mainline tadi sehingga tali bertindih tadi terkeluar dan keadaan spool seperti sediakala.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...