UMPAN: Sejak bila anda memancing dan bergelar rod builder?
AZZAM: Seperti kebanyakan pemancing, dunia memancing saya bermula dari zaman kanak-kanak lagi.
Sementara minat untuk menghasilkan joran sendiri sudah berputik sejak dari zaman remaja.
Pada tahun 1998, saya sudah boleh menggunakan joran hasil dari kerja tangan saya sendiri.
UMPAN: Apa yang mendorong anda menjadi seorang rod builder?
Kerana minat yang sangat mendalam. Ia bermula ketika saya menghantar joran untuk dibaik pulih di kedai pancing Tight Lines di Sunway (sekarang kedai ini sudah tutup).
IKLAN
Ketika itu saya ternampak dan belek-belek custom rod di kedai tersebut. Kerana terlalu berminat, saya terus menempah sebatang rod custom.
Dari situ saya jadi minat dan mengambil keputusan untuk berulang alik ke kedai tersebut demi mempelajarinya.
Saya masih ingat ketika itu selain Uncle Sim, ada lagi seorang lady rod builder bernama Evelyn.
Dalam pada masa sama saya belajar tak formal dengan membeli buku custom rod dan membaca artikel dari majalah memancing Singapore, South East Asia Fishing (SEA Fishing).
Sewaktu itu belum ada lagi majalah memancing edisi bahasa Melayu.
IKLAN
UMPAN: Apa rintangan dan cabaran dalam meneruskan usaha ini?
AZZAM: Rintangan dan cabaran seorang rod builder ini sebenarnya tidaklah banyak. Cuma pada suatu ketika agar sukar untuk mendapatkan sparepart.
Kalau ada pun amat terhad dan harga yang ditawarkan terlampau mahal.
IKLAN
UMPAN: Boleh jelaskan apa kelebihan produk anda ini?
AZZAM: Apa kelebihan Custom Rod Builder? Kelebihan produk custom rod ni agak subjektif untuk dihuraikan.
Rod yang dihasilkan mengikut kehendak dan cita rasa tuan yang empunya rod tersebut. Dari aspek material dan aksi rod.
Begitu juga dengan kemasan segalanya boleh direalisasikan mengikut kehendak dan cita rasa.
UMPAN: Apa pencapaian yang boleh membanggakan anda?
AZZAM: Pencapaian yang membanggakan adalah… apabila rod yang dihasilkan dapat memuaskan hati pengguna dan apabila ada pengguna yang sangat-sangat berpuas hati dengan hasil custom dan kerja tangan kita.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Saya berminat untuk cuba memancing di kawasan sungai pergunungan. Bolehkah tuan admin berikan sedikit tip untuk memancing di kawasan sebegini?
JAWAPAN:
Pancingan sungai pergunungan salah satu cabang memancing yang menyeronokkan. Namun, dalam keseronokan keselamatan diri jangan mudah terlupa. Pertama sekali pastikan langkah keselamatan diutamakan.
Contohnya menggunakan kasut yang sesuai. Bawa bekal ubat-ubatan, mesti ada guide atau pergi secara berkumpulan, tidak berkhemah terlalu dekat dengan gigi air. Pilih waktu yang sesuai untuk berkhemah dan patuhi pantang larang di dalam hutan.
Jika memancing pada waktu malam, pastikan anda meminimakan cahaya seperti lampu suluh atau unggun api di kawasan anda memancing. Elakkan menggunakan loceng pada waktu malam pada hujung joran, sebaliknya gantikan dengan stik cahaya kerana ikan kawasan sungai pergunungan lebih sensitif dan sukar dipancing.
Untuk umpan, ia tidaklah sukar. Selain umpan sawit yang sangat sesuai untuk memancing kelah, anda juga boleh menggunakan umpan cacing dan juga hirisan isi ikan. Saya juga gemar menyarankan wisel dibawa ke mana-mana kerana, jika tersesat, anda boleh gunakan ketika kecemasan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Terlebih dahulu elok juga kita faham apa fungsi cincin atau guide pada joran. Tujuan utama cincin dipasang pada joran adalah untuk mengelakkan tali pancing dari terkena atau tergesel pada batang joran.
Jika bergesel semasa lontaran ia akan menjejaskan kelancaran sekaligus menyebabkan jarak balingan berkurangan. Kemungkinan juga tali akan putus.
Ketika bertarung dengan ikan ia akan mengurangkan geseran dan membantu lenturan joran dengan sempurna.
Cincin ini diperlukan sekiranya kita hendak mengurangkan geseran yang akan menghindarkan jarak semasa casting dan semasa melawan ikan.
Satu lagi fungsi cincin pada joran, ia berfungsi sebagaimana laras pada senapang. Di mana ia dapat membantu hala tuju ketepatan gewang kita (di sinilah kita perlu menambah cincin sekiranya perlu).
Tapi saya rasa kebanyakan joran yang berjenama mampu memberi ketepatan tanpa menambah cincin.
Cincin juga membantu memberi rangsangan pada joran kepada pemancing semasa ikan menyentuh umpan serta mampu menambah jarak balingan sekiranya cincin yang digunakan dengan itu dari jenis yang ringan serta bermutu.
Kesimpulannya, semakin banyak cincin pada joran maka ia akan menambah kekuatan pada joran tersebut.
Justeru itulah kita dapat melihat joran aksi perlahan bagi pancingan dasar laut dalam memiliki cincin yang lebih banyak berbanding joran aksi sederhana dan berat.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Pulau Ketam yang terletak berhampiran Pelabuhan Klang merupakan satu lokasi yang bertunjangkan perikanan sebagai sektor industri utama.
Selain itu, pulau yang mempunyai sejarah tersendiri ini menjadi salah satu spot yang mempunyai daya tarikan berteraskan ekopelancongan bagi negeri Selangor.
Lebih dikenali kerana industri perikanan komersial, Pulau Ketam turut menawarkan alternatif bagi kaki pancing sekitar Lembah Klang untuk datang ke sini.
Dahulunya, sangkar ikan di sini mampu menarik minat pelancong untuk datang ke sini.
Hari ini, beberapa sangkar ikan di sini turut menawarkan pakej bagi kaki pancing untuk melepaskan gian merasakan tarikan ikan di samping menjadi spot menarik untuk bercuti bersama keluarga.
Salah satu sangkar terapung di sini yang boleh dikunjungi oleh kaki pancing ialah Greenway Floating Fish Farm atau sering juga dikenali sebagai Kelong Greenway di kalangan kaki pancing.
Kelong ini merupakan satu lokasi yang lengkap dengan fasiliti dan merupakan spot alternatif yang menarik bagi kaki pancing selain jaraknya yang mudah diakses.
PILIHAN PERCUTIAN KAKI PANCING
Lokasi Greenway Fish Farm ini terletak berhampiran dengan perairan Pulau Ketam. Perjalanan menaiki bot mengambil masa kira-kira 20 minit dari Jeti Pelabuhan Klang yang memang menyediakan perkhidmatan untuk ke sini.
Menurut pemilik Greenway Fish Farm, chalet ini sememangnya terapung dan dipegang oleh sauh yang besar.
Pada awalnya, pembinaan sangkar ini untuk tujuan ladang ikan atau ternakan ikan secara komersial. Setelah beberapa tahun, Greenway Fish Farm ini telah ditranformasikan sepenuhnya untuk tujuan tarikan percutian keluarga terutamanya kaki pancing.
Tambahnya lagi, ini bertujuan agar kaki pancing dapat memancing dengan lebih selesa di sini.
Di sini, anda dapat merasai kehidupan seharian di laut. Malah bagi kaki pancing, anda boleh memancing 24 jam jika berkunjung ke sini.
Dengan kemudahan fasiliti yang lengkap, pasti memberikan keselesaan kepada keluarga dan anak-anak. Kedalaman air di sini agak dalam iaitu kira-kira 40 kaki di bawah sangkar atau chalet ini.
FASILITI DAN KEMUDAHAN ASAS
Chalet atau bilik yang disediakan di sini agak selesa bagi kunjungan keluarga. Terdapat 2 jenis bilik iaitu bilik tingkat atas dan tingkat bawah.
Satu bilik tingkat bawah mampu memuatkan 4 orang dewasa dan bagi kaki pancing, bilik bawah lebih sesuai kerana lebih mudah akses untuk anda melakukan aktiviti memancing. Bilik di tingkat atas pula memuatkan 2 orang untuk satu bilik.
Sumber air tawar pula diambil dari tanah besar dan pihak Greenway sentiasa memastikan bekalan air tawar mencukupi. Keadaan bilik air pula sangat memuaskan dan bersih.
Bagi sumber tenaga elektrik, pihak pengurusan menggunakan generator dan bekalan elektrik cuma beroperasi dari jam 6:30 petang hingga 7:00 pagi.
Selain itu, beberapa kemudahan lain juga turut tersedia. Antaranya ialah hammock yang sangat sesuai untuk berehat santai sambil menikmati tiupan angin laut.
Terdapat juga tempat untuk melakukan barbeku jika anda mahu menikmatinya pada waktu malam bersama keluarga tau rakan-rakan.
Bagi kaki pancing pula, banyak rod holder dipasang untuk memudahkan anda meletakkan rod semasa memancing.
PANCINGAN KELONG GREENWAY
Bagi kaki pancing yang berkunjung ke sini, antara spesies ikan yang sering menjadi sasaran utama kaki pancing ialah kerapu, senangin dan jenahak.
Kerapu sering menjadi sasaran utama kaki pancing yang biasa datang ke sini. Pun begitu, beberapa spesies lain seperti daun baru, ketuka, merah, tanda, gelama dan lain-lain juga boleh dipancing.
Keadaan arus di sini agak laju dan penulis menyarankan agar pemancing yang menggunakan batu ladung yang agak besar.
Penggunaan umpan hidup seperti anak ikan paling efektif semasa kunjungan penulis namun umpan udang dan ikan kembong juga turut efektif berdasarkan pengalaman pemancing di sini.
Secara keseluruhan, keadaan Greenway Fish Farm and Chalet memang sesuai sebagai lokasi untuk anda meluangkan masa bercuti bersama keluarga atau ebrsantai sambil memancing bersama rakan-rakan.
Kaki pancing yang mahukan lokasi memancing santai dan merasakan angin laut, apa kata anda luangkan masa di sini nanti.
BAGAIMANA KE SINI?
Dari Kuala Lumpur, pandu ikut Lebuh raya Persekutuan hingga ke Pelabuhan Klang. Manakala jika anda dari Petaling Jaya boleh memandu mengikut NKVE. Pandu terus menuju ke Pelabuhan Klang (South Port).
Pilihan lain adalah menggunakan komuter. Dari Stesen KL Sentral, ambil perjalanan ke Stesen Pelabuhan Klang yang mengambil masa kira-kira 1 jam.
Apabila anda tiba di jeti, anda boleh pilih perkhidmatan bot atau feri ke Pulau Ketam. Jika anda mahu terus ke Greenway, ambil bot ke sana kerana perkhidmatan feri membawa anda ke Pulau Ketam dan anda perlu menaiki bot lain ke Greenway.
(Sumber: Arkib Majalah Umpan)
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...