Jika memancing di pantai yang mempunyai kawasan air bercerun, satu-satunya teknik yang paling efektif adalah dengan menghanyutkan umpan hidup dengan menggunakan belon. Sasaran utama adalah ikan-ikan pelagik yang berlegak di kawasan cerun dan juga berbatu karang.

 

Selain itu boleh  juga dengan teknik apollo di mana dengan kaedah ini, ia dapat menghindari mata kail tersangkut di karang.

IKLAN

Jika ingin memancing dengan kaedah pancingan dasar (berlabuh) di kawasan karang tinggi pastikan perambut halus diikat pada ladung supaya ia mudah putus apabila tersangkut. Atau boleh juga batu ladung tersebut disambungkan dengan perambut hanya diikat dengan getah.

 

IKLAN

Jadi, mata kail dan ikan masih dapat diselamatkan apabila tersangkut. Satu lagi cara lain ialah perhatikan kawasan yang terang (jika air jernih) dan buat lontaran umpan di kawasan ini kerana terang menandakan tiada karang atau karang nipis. Kalau gelap tempat itu tentu berkarang tinggi. Semoga jawapan ini menepati kehendak saudara.

IKLAN

 

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI