Jangan disangka pemancing hanya tau buat udang galah masak megi saja. Berikut merupakan resepi istimewa yang dihasilkan oleh pemancing setelah berjaya memancing udang galah. Memang terangkat resepi tomyam udang galah atau jenggo ni.
Bahan-Bahan Keperluan:
Ads
300 gm udang galah
1 liter stok ayam
1 sudu makan limau nipis
4 biji cili padi (dititik)
2 batang serai (dihiris halus)
20 cm lengkuas (dihiris halus)
50 gm cendawan
5 helai daun limau purut
5 helai daun selasih
1 sudu makan sos ikan
3 sudu makan susu cair
Garam secukup rasa
(* Selain susu cair, boleh juga digantikan dengan santan. Fungsinya adalah untuk menambahkan rasa lemak pada kuah tomyam)
Bayangkan… ketika sedang asyik meratah ikan kelah 5kg masak tempoyak, tiba-tiba tulang halus ikan tersangkut dalam kerongkong! Perghhh…. memang potong stim habis punya. Apa kalau korang nak buat kalau tercekik atau tersengkang tulang ikan ini?
Jangan korek guna jari!
Jangan sekali-kali anda mencuba mengeluarkan tulang yang tersangkut menggunakan tangan dengan cara memasukkannya ke dalam kerongkong. Ia boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih parah jika kerongkong luka dan menyebabkan jangkitan.
Batuk atau berdehem
Langkah pertama yang anda boleh cuba lakukan ialah dengan batuk atau berdehem. Dalam beberapa kes, batuk yang dilakukan dengan kuat dapat membantu mengeluarkan tulang ikan yang tersangkut pada kerongkong.
Minum air garam
Jika dah penat batuk tak juga tulang ikan terlepas, anda boleh terus mencuba petua ini pula. Ambil segelas air suam yang dicampurkan secubit garam dan minum. InsyaAllah, jika tulang ikan kecil yang tersangkut, ia akan luruh dibawa air garam terus ke usus.
Telan nasi
Anda boleh juga cuba menelan sekepal nasi yang masih hangat tanpa dikunyah. Caranya ialah, ambil segenggam nasi dan kepal menjadi bebola kecil. Jangan besar sangat takut nanti tersedak pulak. Sebelum telan elok pastikan ada segelas air untuk membantu nasi ditolak masuk bersama tulang. Tapi kalau anda makan nasi bungkus, payahlah sikit nak buat cara ni.
Telan marshmallow
Selain nasi, anda juga boleh menelan marshmallow sebagai alternatif. Kalau anda pemancing kolam pasti biasa dan simpan stok marshmello. Caranya, masukkan beberapa ketul marshmallow saiz sederhana ke dalam mulut, kemudian kunyah. Tapi jangan kunyah sampai halus. Kunyah sekadar ia boleh ditelan saja.
Marshmallow memiliki tekstur tebal dan kenyal, ketika terkena air liur ia berubah menjadi melekit. Dengan ini memungkinkan tulang ikan melekat pada marshmallow dan tertelan terus ke dalam perut.
Minum minyak zaitun
Campurkan air suam dengan sedikit minyak zaitun, lalu minumlah. Minyak zaitun dipercayai akan melicinkan kerongkong sekaligus menyerap ke ruang tulang ikan yang tersangkut sekaligus melonggarkannya dan terlucut. Jika tiada minyak zaiton, anda boleh juga minyak sayuran atau minyak masak lainnya.
Telan pisang
Kaedah yang sama seperti menelan nasi, tetapi janganlah ditelan terus sebiji pisang. Caranya, ambil pisang yang telah dibuang kulitnya, dipotong dengan ukuran sederhana dan masukkannya ke dalam mulut.
Jangan dikunyah! Kemam seketika biar ia meresap air liur, kemudian barulah telannya secara perlahan-lahan. Untuk elak tersedak, sediakan segelas air.
Memancing sesuatu yang amat menyeronokkan. Namun kejadian seperti tertusuk mata kail, bot terbalik dan luka akibat tali utama merupakan antara insiden yang boleh berlaku sewaktu memancing. Jika tidak berhati-hati, keseronokan yang dicari kadangkala mengundang mimpi ngeri. Janganlah terlalu ghairah sampai lupakan keselamatan anda ketika memancing.
Apakah yang mungkin menjadi punca kemalangan seperti ini dan apa tip untuk kurangkan risiko seperti ini?
“Elakkan memegang ikan yang baru landing guna tangan. Sebaiknya pakai lip grip… terutamanya ketika sesi bergambar. Guna playar ketika buka mata kail dari mulut ikan. Antara dua faktor yang ambe jumpa penyebab solid hook-up kat jari.”
“Pernah sekali, misi menyelamat bot member terbalik. Tengah kalut-kalut entah macam mana tak perasan treble hook popper sangkut kat seluar, dah lama terasa pedih… nah terpacak kat peha. Mujur lah hook standard, senang nak potong. Tapi nak menembusnya tu yang syahduuuuu…!”
“Bagi saya ilmu kena ada dari segi pengendalian bot dan peka berubahan cuaca, pasang surut air dan lapang pancingan. Jika ilmu masih kurang kita perlu cari seorang yang mahir dalam semua aspek. Sentiasa alert ketika melontar gewang dan semasa kita menghampiri rakan yang sedang casting untuk mengelakkan terjadi kemalangan yang tidak dingini. Sentiasa bawa peti pertolongan cemas untuk rawatan awal jika berlaku kemalangan. Di samping itu penggunaan life jaket mesti diutamakan jika kita boating.”
“Sikap… paling utama tidak gelojoh dan berebut-rebut nak baling umpan. Sentiasa alert dan ambil ruang yang selesa. Pastikan semua selamat & beri isyarat pada kawan di sekeliling bila anda hendak melontar umpan.”
“Ya saya ada pengalaman ketika land ikan siakap di kolam, Kedah. Waktu tu casting pukul 3 pagi. Disebabkan malas nak guna lip grip yang memang dah ada tergantung dekat pinggang… sekali siakap tu menggelupur… single hook dah lekat dalam jari daaa…!”
“Bertindak melulu… atau tidak berhati hati dalam dunia hanyir akan mendapat risiko tinggi. Kita seharusnya mempraktik dan belajar terlebih dahulu sebelom turun padang pancing.”
“Tertusuk gewang atau mata kail ni asam garam seorang pemancing. Memang tak dapat nak dielakkan bila leka atau kurang berhati-hati bila memancing. Apa pun jangan cepat panik bila berlaku kejadian tersebut jadi kepada kita. Cuba keluarkan dahulu mata kail yang tertusuk di anggota badan dan jika ianya tak dapat dikeluarkan saya cadangkan cari la klinik atau hospital berhampiran.”
“Memang betul malang tak berbau tapi kita boleh beringat. Walaupun pandai berenang jangan la kita cuai dengan keselamatan. Sekurang-kurangnya pakai la jugak life jacket. Peti first aid pun kalau boleh bawak la. Sekurang-kurangnya boleh digunakan dalam kecemasan… yang penting SAFETY FIRST!”
“Ya malang memang tak berbau tapi boleh kita berhati-hati. Pandang sekeliling esbelum cast. Elakkan bergurau keterlaluan. Sentiasa guna playar dan lip grip.”
“Fuh… ingat lagi duri baung terbenam kat ibu jari. Gigil dibuatnya.”
Ikan baung sentiasa menjadi antara spesies kegemaran bagi pemancing air tawar. Selain sesuai dijadikan hidangan, memancing baung juga mempunyai tarikan tersendiri. Ikan baung juga mempunyai duri yang tajam dan mampu mencederakan jika tidak berhati-hati. Duri sengat ikan baung terletak pada sirip dorsal dan juga sirip pektoralnya.
Ikan keli merupakan antara ikan yang sering dapat dilihat dan mudah dikenali. Selain dipancing, ikan keli juga menjadi antara spesies utama yang diternak sebagai sumber makanan. Spesies keli termasuk keli bunga, keli kayu dan keli Afrika mempunyai duri dan sengat pada bahagian sama iaitu sepasang duri pada sirip pektoralnya.
Patin merupakan ikan tersohor di negeri Pahang. Selain rasanya yang sedap, ikan patin juga mempunyai duri bersengat bagi mempertahankan dirinya. Duri tajam pada dorsal dan sirip pektoralnya mampu mencederakan jika tidak berhati-hati. Duri patin yang diternak biasanya tidak terlalu tajam jika dibandingkan dengan patin liar.
Ikan Keli Limbat merupakan sejenis ikan yang hidup dalam kawasan belukar atau semak-samun yang ditakungi air di kawasan sawah yang mempunyai ukuran tubuh lebih dua kali ganda daripada ikan keli biasa dan berwarna kuning pekat. Ikan Keli Limbat kini dipercayai sudah pupus. Sebelum itu, ia boleh dijumpai di beberapa tempat di Asia Tenggara.
Ikan keli limbat dipercayai berkurangan berikutan tidak ada kawasan tanah sawah terbiar seperti pada 1960-an dan 70-an. Selain itu, tanah belukar yang ditakungi air diteroka untuk dijadikan kawasan pertanian.
Ikan keli limbat mendiami di kawasan hulu sungai, alur air dan kawasan berpaya. Ikan Keli Limbat memakan anak ikan, serangga , udang dan juga terkenal sebagai pemakan bangkai. Umpan terbaik ialah buah kelapa sawit dan daging ayam.
White-edge freshwater whipray (pari air tawar tepi putih) atau nama saintifiknya Himantura signifier adalah spesies ikan pari yang sukar ditemui dari keluarga Dasyatidae, yang berasal dari empat sistem sungai di Asia Tenggara. Berukuran sehingga 60 cm, pari ini memiliki cakera sirip pectoral melengkung dan ekor sangat panjang, seperti cambuk tanpa lipatan sirip.
Ikan Puyu merupakan spesies ikan yang paling lasak. Sawah atau tali air serta sungai kecil menjadi habitat utama spesies ini. Bersisik dan bersirip keras memudahkan spesies ini bergerak di atas tanah yang berair kerana pada ketika tertentu pada musim hujan, kebanyakannya berpindah dan akan memanjat tebing sungai mencari lopak air yang lain. Ia paling layak digelar spesies yang suka berhijrah. Spesies ini juga mampu bertahan tanpa air hingga enam hari selagi dikekalkan lembab. Ikan puyu dewasa mampu menjangkau panjang kira-kira 25 cm atau 9.8 inci. Walaupun tidak memiliki sengat tetapi sirip-sirip berdurinya sangat tajam dan mudah melukai tangan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...