Ads

Resepi Pemancing – Sup Ketam Sempoi

Bahan-bahannya:

  • 5-8 ekor ketam saiz sederhana (seberapa banyak korang dapat pun boleh)
    5 ulas bawang merah (hiris halus)
    2 ulas bawang putih (diketuk)
    5 cm halia (ditumbuk pecah)
    Sedikit kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga, cengkih
    1 sudu makan rempah sup,
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam

 

Cara-cara memasaknya :

Panaskan sedikit minyak untuk menumis dan masukkan bawang merah, bawang putih dan halia.

Ads

Kemudian masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan pelaga.

Bila dah wangi, masukkan rempah sup.

Ads

Masukkan air sebanyak mana yang korang suka dan biarkan hingga mendidih.

Ads

Masukkan ketam dan biarkan sehingga masak.

Tambah lada hitam dan garam secukup rasa.

Bila nak hidangkan boleh masukkan daun sup atau bawang goreng. Kalau tak minat tak perlulah masuk.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan tip memancing, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Tak Kumpau Punya!

Buat Perkara Ini Jika Hujan Ketika Mancing

 Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...