“Mula-mula sedih sebab jig member kena cukai, kemudian sedih sebab diri sendiri yang kumpau sudahnya jadi teruja sebab kedua-duanya kumpau.”
“Cerita yang lawak adalah kawan saya selalu kentut dalam bot sambil dia gelak… terkekekekekeke. Cerita yang sedih saya kena kencing cari sebarau dan durian sampai sempadan Siam. Sekian cerita lawak dan sedih.”
“Aku tau tau nak gelak ke… nak nangis ke… aku jatuh kat celah motor bot masa tengah tarik ikan. Rod terlepas dari tangan… nasib baik sifu aku ada. Rod selamat… ikan selamat aku je tak selamat… kuyup separuh badan. Apa-apa pun… pengalaman best!”
“Lawak sebab pernah dulu terkejut ikan makan umpan, sentap-sentap asmpai jatuh dalam sungai. Sedih sebab rod patah kes terpijak… kalau sebab tarik ikan takpe lagi… sedihhh. Teruja bila mengail ramai-ramai semua geng strike padu-padu. Lepas tu bawak balik naik motor gantung kat raga masing-masing dengan gayanya… hahahaha.”
“Lawak sedih teruja ada dalam satu kisah. Mancing udang pakai bot masuk hutan sungai kecil. Nak parking tepi tapi terceduk sarang penyengat tanah. Sorang member tak pandai berenang terus pandai berenang tak ingat dunia dek nak selamatkan diri terjun sungai menyeberang. Member sorang lagi blur tak tau apa jadi di depan tengah pasang lagu dalam hp tinggalkan bot terjun sama. Semua ke empat-empat member selamat meninggalkan bot dan sayup-sayup kedengaran lagu dalam bot ‘iman adalah mutiara’… syukur semuanya slamat dan bengkak bibir.
“Nak kongsi gak la…. Pengalaman kelako mancing di Rompin. Mabuk laut sebab time musim tengkujuh… mabuk tu perkara biasa tapi yang luar biasanya… gigi palsu jadi penghuni dasar tak dapat diselamatkan sewaktu muntah. Sedih lak bila sampai kawasan lubuk, lubuk dah kena bom ngan malaun hanat. Teruja bila bila pertama kali strike ikan kelah skala 6.5kilo…. dan teruja melihat kelestarian sungai hutan pegunungan. Semoga kita sama-sama menjaga kelestarian habitat hobi kita ini…”
“Lawak masa nak ikat karung ikan then terjatuh dalam kolam. Sedih masa pergi trip meranduk jeram tengok-tengok toolbox lure terbuka. Licin semua. Teruja first time dapat merasa tarikan patin 18kg.”
“Kejadian lawak… jatuh dalam kolam siakap sebab nak ambik umpan. Kejadian sedih… handphone rosak sebab terendam air masin. Teruja… tak kumpau sebab dapat jugak siakap. Hahahaha….”
“Lepas pasang umpan sawit busuk terus lap tangan kat daun-daun pokok. Sampai lunyai daun tu sebab nak kencing takut kotor plak bibird… lepas 5 minit kencing tiba-tiba bibird bengkak dan besar macam tebu…. rupa-rupanya tadi lap tangan guna daun rengas… hadoiii!!!”
Sejak sekian lama perairan tuas di Utara cukup gah dengan pancingan tenggiri. Malah, sehingga ke hari ini pun masih ramai yang memburu tenggiri di sini. Namun, kebelakangan ini dikatakan tarikan terhadap pancingan tenggiri di perairan ini semakin menurun.
Ada sumber yang mengatakan populasi tenggiri ini perairan semakin menurun sekaligus menyebabkan kurangnya pemancing memancingnya di sini. Namun ada sumber juga yang mengatakan populasinya tidak berkurang, sebaliknya ia semakin culas dan licik untuk dipancing.
Atas sebab itulah pemancing seperti berputus asa untuk memancingnya dan tidak lagi berkunjung ke Sedili.
Betul ke ikan tenggiri di perairan ini semakin licik? Mari kita tengok apa kata Umpanian berkenaan perkara ini.
“Ini hasil tenggiri Tioman… 14kg je min. Sebenarnya bukan kat Tuas je tenggiri licik, kat mana-mana pun sama. Contoh kat Tioman ni, ada unjam tenggirinya tak makan jig atau pintail, ada unjam tenggirinya tak makan umpan-hidup saiz kecil, ada unjam tenggirinya memilih jenis ikan yang diguna sebagai umpan hidup.
Tenggiri sebenarnya memiliki kebolehan untuk menanggalkan mata kail dari bibirnya. Caranya adalah dengan menggelengkan kepalanya ke kanan atau kiri dengan cepat dan kuat.
Satu lagi, tenggiri punya `senjata’ pada ekornya yang dapat memutuskan perambut serta tali utama. Ramai yang ingat gigi tenggiri je yang potong perambut, orang tak tau tentang senjata keduanya ni.”
“Licik memang licik tenggiri ni kat memana pun. Tapi yang saya pasti sangat, tenggiri Tuas paling sedap jika dimakan. Ia sangat berbeza dengan tenggiri di lain-lain tempat. Ini pendapat saya la. Biasa yang susah memang sedap.“
“Lebih 2 tahun kumpau main tenggiri area Yan. Lepas balik dari trip terakhir, keluar berita perairan situ kena ceroboh. Jawabnya makin cerah la harapan untuk kumpau bagi trip yang akan datang. “
“Betul le apa lu cakap tenggiri sini licik dan sensitif. Syabas anak muda… Hahaha! Sampai sudahlah jawabnya tak dapat lesen tenggiri tuas ni. Adoiiii!”
“ Setuju min! Tapi kalau paling cerdik pada saya… tengiri belah Terengganu. Sesiapa yang biasa main dua area ni boleh tau perbezaannya. Admin pernah try ke kedua-dua port ni? Kehkehkeh. “
“Pada saya sama je mana-mana pun… yang lucut tu la paling cerdik dan paling besar. Kurang-kurang pun besar bas saiz dia.”
Macam-macam kejadian dan insiden yang berlaku dalam aktiviti memancing hari ini. Malah kejadian yang meragut nyawa pun bukan sedikit terjadi. Tak terkecuali kejadian samun. Bagi mengelak kejadian ini menimpa pada diri korang, di sini kami sediakan sedikit tip untuk mencegahnya.
Survey Port Dulu
Jangan terus memancing apabila menemui sesebuah padang pancing yang belum pernah anda pancing sebelumnya. Apatah lagi jika di lokasi tersebut tidak kelihatan pemancing lain yang memancing di tempat tersebut.
Jangan Mancing Solo
Seboleh-bolehnya jangan memancing secara bersendirian walaupun di lokasi yang biasa anda pancing dan dianggap kawasan selamat. Bila keadaan terdesak, penyamun tak mengira lokasi lagi dah.
Elak kawasan terpencil
Elakkan dari memancing di kawasan terpencil atau terlindung dari pandangan orang walaupun di lokasi tersebut ada pemancing lain yang memancing, namun pemancing lain tidak dapat melihat kedudukan anda di kawasan tersebut.
Keselamatan Kenderaan
Jika boleh, pilihlah spot memancing yang tidak jauh dari tempat anda memarkir kenderaan. Dalam pada masa yang sama anda turut dapat memantau status keselamatan kenderaan juga.
Mancing Malam
Elakkan memancing waktu-waktu sunyi seperti tengah malam atau terlalu awal pagi serta ketika tidak pemancing lain yang memancing pada waktu tersebut.
Jangan terlalu renggang
Sebaiknya juga jangan memancing terlalu jauh dengan pemancing lain walaupun hanya memancing di kolam berbayar. Ini kerana kejadian samun turut berlaku di lokasi memancing seperti ini.
Bawa senjata
Bawa senjata untuk mempertahankan diri terutamanya jika memancing di kawasan yang berisiko atau terdedah kepada sebarang aktiviti jenayah.
Jangan Leka
Jangan terlalu fokus terhadap memancing dan mengabaikan sebarang aktiviti berhampiran terutamanya kehadiran seseorang yang mencurigakan. Apatah lagi seseorang yang tidak kelihatan seperti seorang pemancing.
Biar nampak selekeh
Jangan kelihatan terlalu mewah ketika memancing kerana secara tidak langsung sebenarnya ia mengundang untuk disamun. Biarlah kelihatan selekeh kerana penampilan tersebut lebih selamat.
Pisahkan dokumen penting
Bawa dokumen dan barangan yang penting sahaja ketika memancing. Jika perlu pisah-pisahkan barangan dan dokumen tersebut. Jangan simpan kesemuanya dalam dompet.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...