Resepi Pemancing : Singgang Ikan Tongkol Tekong Tenggol

Share

 

Jika anda memancing laut dalam di perairan Terengganu, terutamanya trip memancing melebihi satu malam di laut, anda bakal disajikan dengan menu rutin yang popular di sana.

Singgang ikan tongkol sememangnya menu yang bukan saja popular tetapi amat sedap dan sangat mudah untuk disediakan.

 

Bahan-Bahan Keperluan:

 

1 ekor ikan tongkol (tongkol hitam)

3 keping hirisan lengkuas

2 hirisan kunyit hidup

2 keping asam gelugor

Serbuk kunyit

Garam

Serbuk perasa

 

Cara Penyediaan:

 

Belah kepala ikan ikan kepada dua bahagian, potong badannya ke beberapa bahagian dan bersihkan dengan sebaiknya.

 

Masukkan ikan ke dalam periuk, masukkan lengkuas, kunyit hidup dan asam keping. Kemudian masukkan air hingga menutupi ikan di dalam periuk.

 

Rebus dengan api sederhana sehingga mendidih. Kemudian masukkan garam dan serbuk perasa serta sedikit serbuk kunyit untuk memberikan warna.

 

Biarkan ia mendidih dengan api kecil dalam 5-10 minit sebelum dipadamkan api dan sedia untuk dihidangkan.

IKLAN