Kalau korang takde masalah untuk makan ikan tilapia (terutamanya tilapia hitam) maka sebenarnya langsung takde isu korang tak boleh nak makan ikan peacock bass atau PB. Sebenarnya tekstur ikan PB lebih lebih pejal dan enak berbanding tilapia. Masak apa pun sedap!
Bahan-bahan :
1 ekor peacock bass (40 cm)
10 biji tomato ceri
1 labu bawang besar (dipotong bulat)
5 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
Nenas masak (dipotong dadu)
1/2 inci halia (dihiris nipis)
2 sudu besar sos tiram
1/2 cawan sos cili
Serbuk kunyit
Garam dan gula
Ads
Cara penyediaan :
∉ Bersihkan ikan, perap seketika dengan air limau nipis, kemudian lumurkan ianya dengan serbuk kunyit dan garam secukup rasa.
Ads
∉ Panaskan minyak secukupnya untuk goreng deep fry dan goreng ikan sehingga garing. (Gunakan api sederhana supaya ikan tidak hangit/hangus).
Pacak adalah istilah yang digunakan oleh mat rempit bagi menggambarkan motosikal kapcai yang diwelley tegak dengan niat tunjuk lagak nak mampus kat jalan raya. Istilah pacak jugak digunakan oleh budak-budak sekolah/ remaja pada rambut yang ditegakkan dengan minyak rambut. Pemancing jugak menggunakan istilah pacak. Kami akan mendedahkan beberapa lagi istilah kaki pancing dalam keluaran kali ini.
FRENZY
Banyaknya ikan pelbagai jenis pada sesuatu lubuk, sungai, tasik, muara atau kat laut. Baling je umpan, gerenti kena sambar!
BOILING
Permukaan air kelihatan seperti menggelegak kerana banyaknya pergerakan ikan dalam bulatan di sesuatu kawasan.
PACAK
Menggambarkan seseorang pemancing terpacak berdiri dengan keadaan jorannya meliuk atas kepala masa bertarung dengan ikan.
NGANYIR
Pemancing yang hanyir atau mudah mendapat ikan bila memancing.
RENTUNG
Berpanasan seharian memancing khususnya casting tapi tak dapat ikan bersamaan dengan kumpau.
BORENG
Pelantar minyak. Pancingan sekitar kawasan pelantar minyak
RANGGAS
Spot memancing yang banyak halangan seperti dahan kayu atau tiang atau pokok tumbang
NELAYAN KOLAM
Pemancing yang mencari makan dengan menjual hasil pancingan di kolam
PARIH
Istilah biasa digunakan pemancing di Terengganu membawa makna tali pancing bersilang dengan pemancing lain
TOMAN JALUR
Istilah untuk toman juvana yang belum pecah tompoknya dan sebaiknya dilepaskan kembali.
Senario pemancing sekarang. Dia punya tagging set pancing berjela-jela semua tahap dewa tapi bila tengok gambar, life jacket pun tak pakai! Korang pernah tak jumpa pemancing jenis ni? Apa komen korang pemancing yang jenis Haji Bakhil bab life jacket ni…!
“Isu ini pernah jadi bualan dalam group WA pancing dengan rakan-rakan. Ramai yang dah kena makan cilinya. Bak kata admin, set pancing mahal boleh beli, tapi life jacket untuk nyawa tak mampu beli.
Macam-macam alasan depa bagi. Tak selesa la… susah nak mancing la… kata kita ni penakut la… dan macam-macam lagi la kata-kata negatif. Ada juga yang berfikiran positif. Selepas ada rakan yang lemas jatuh laut, ramai dah sedar akan kepentingan life jacket ni.”
– SHARIFF KAMAL
“Isu ni dah lama saya bangkitkan dalam grup. Pelbagai jawapan termasuk yang sinis. Walhal isu yang dibangkitkan berkaitan keselamatan. Walau life jacket ada tempoh luput, pemeriksaan berkala. Jika nak harap life jacket yang tekong sediakan, belum tentu ianya dapat berfungsi sempurna.
Biasanya tali dah putus dan sebagainya. Macam saya sendiri mempunyai yang auto. Walau mahal sikit, tapi berbaloi. Takde yang lebih penting dalam semua aktiviti melainkan keselamatan.”
– DATO’ PANGLIMA HITAM
“Pernah check life jacket dalam bot yang dibekalkan tu? Ada sesetengahnya dah rosak dan reput. Ada jugak yang tak pakai masa dalam bot. Kalau terjadi sesuatu masa tengah tidur ke, tengah mabuk laut ke, bila masa nak capai dan pakai? Saya prefer beli dan guna sendiri. Jenis gabus memang tak berapa selesa. Boleh beli yang jenis inflatable.”
– MOHAMMED RAZIF SULAIMAN
“Penting tu life jacket. Sehebat mana pun orang tu berenang kalau kat laut sampai bila kita boleh apungkan diri tanpa life jacket? Tu belum campur panik lagi… banyak kes yang lemas tu bukannya tak tau berenang pun.”
– EJAN ANGLERZ SQALLOW
“Kalau naik bot pancing kat sarawak, tekong ada sediakan life jacket. Tak yah nak beli. Kat tempat lain tak tau la. Rasanya bot-bot pancing patut sediakan life jacket yang berkualiti.”
– APAI GARETH HAYLEE HEINRICH
“Ada sesetengah tekong sediakan jaket dan cara lainnya tong kosong jika ayaq diisi berlebihan tekong akan kosongkan dua tiga biji sebagai langkah berjaga-jaga. Tong kosong akan jadi tempat bergantung. Tali diikat pada tong kosong supaya senang memegang. Kita jangan hairan kalau naik bot kenapa tong tak diisi ayaq dan ada tali pada tong tu.”
– HANAFI NAFI
“Dan juga kedudukan jaket di dalam bot selalunya disimpan dalam bekas seat bercampur barang-barang lain. Saya rasa ada eloknya jaket dikeluarkan dahulu dan ikat simpul lucut kat siling bot sebelum bergerak ke laut. Sekiranya musibah terjadi jaketlah yang paling mudah dicapai kerana dalam keadaan panik akan ambil masa untuk pakai jaket dengan betul.”
– GAMBIR GASAK
“Kalau naik bot sendiri memang kami ada jaket keselamatan sendiri tapi kalau bot sewa selalunya dah disediakan. Tapi masih ada yang bawa sendiri sebab pernah terkena sekali tekong tak ada jaket kebetulan ribut hari tu. Tuhan saja la tahu macam mana punya kecut perut sekecutnya hanya botol mineral kosong sebagai standby jika emergency. Sebaiknya setiap pemancing ada sorang satu.”
– MD REDZUAN WAN
“Bila tanya mana life jacket korang? Lepas tu dengarlah jawapan… ‘Tak payah life jacket… aku ni dah pandai berenang dah.’ ‘Tak payah life jacket. Laut ni aku dah pergi banyak kali dah.’ Sudahnya nanti kalau apa-apa berlaku siapa yang susah? Tolong ingat sikit ya yang mana otai tasik ke otai laut ke… nyawa kita ada satu je. Perkara buruk boleh jadi bila-bila masa tak kira tempat tak kira masa.”
– Imano Suziko
“Biasa tekong sediakan life jacket, mahal kalau nak beli lepas tu bukan guna selalu. Itu pada pendapat aku la sebab memang jarang sangat turun memancing kat laut ni.”
Sokong segala usaha pemeliharaan dan pemuliharaan sumber. Tanpa pengurusan sumber yang bagus, tiada tempat untuk memancing dan tiada ikan untuk dipancing. Patuhi undang-undang dan kurangkan penerokaan lubuk-lubuk baru.
Amalkan tangkapan terpilih.
Jangan ambil ikan melebihi keperluan. Pilih yang bersaiz majoriti sekadar untuk dimakan, lepaskan selebihnya.
Lepaskan ikan besar untuk menjaga warisan genetik.
Lepaskan ikan induk untuk membiak.
Amalkan kaedah yang betul dalam C&R.
Fahami bahawa ikan adalah spesis yang sangat rapuh.
Tangkap dan lepas wajib dijadikan amalan bagi setiap pemancing rekreasi.
Ikan-ikan terancam di Malaysia.
Air tawar: Kelisa, temoleh, toman bunga, jengkua, kelah (kecuali di Taman Negara), jelawat liar, patin liar seperti patin muncung, kenerak, begahak, sikang.
Air masin: Semua ikan berparuh seperti layaran dan mersuji, ikan yu besar, kerapu bara (coral trout).
Jangan mencemar atau merosakkan.
Lupuskan sampah, tali, umpan dan perkakas pancing lain dengan sempurna; recycle jika mampu.
Pencemaran merosakkan habitat ikan dan menjadikan persekitaran kurang menyeronokkan. Sedikit pencemaran mampu mencetus perbezaan yang besar.
Utamakan keselamatan semasa memancing dan boating
Perlu diingat bahawa kita bukan nelayan. Pertimbangkan keselamatan pemancing lain disekeliling dan juga diri sendiri. Jangan biarkan orang lain bimbang sedangkan kita berseronok.
Patuhi undang-undang memancing dan pengendalian bot.
Percaya bahawa peraturan adalah untuk keselamatan kita dan untuk memastikan kesejahteraan sumber.
Hormati hak pemancing
Jangan menganggu keselesaan pemancing. Sentiasa menjaga nilai persahabatan. Hormati barangan milik pemancing.
Jika hak dihormati, memancing akan menjadi lebih seronok.
Hormati hak pemilik properti.
Termasuk nelayan.
Jangan menceroboh.
Mohon kebenaran, jika perlu.
Kawasan memancing biasanya ditutup bila hak milik persendirian tidak dihormati.
Imej pemancing terletak ditangan setiap pemancing.
Sentiasa berkongsi pengetahuan dan kemahiran.
Membantu pemancing lain menjadikan anda pemancing yang lebih baik. Lebih keseronokkan untuk semua orang.
Belajar dan tingkatkan skill. Bersedia menjadi pelabur.
Elakkan dari menjadi egen penyebar spesies asing
Biodiversiti aturan Tuhan adalah paling sempurna.
Berhati-hati menggunakan umpan hidup dari spesis yang tidak wujud dalam sistem semulajadi kawasan pancingan.
Spesies asing di perairan negara.
Cichlids: flowerhorns, peacock bass, jaguar cichlids, tilapia bunga, semua jenis dari keluarga tilapia.
Kap: Kap rumput (tongsan sisik kasar), leekoh, kap kepala besar (tongsan sisik halus), kap perak, rohu.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...