Resepi Pemancing – Ketam Nipah Goreng Telur Masin Betul-Betul Best@

Share

 

Selain goreng ataupun dimasak sup, ketam juga sedap dimasak cili, masak tiga rasa dan sebagainya. Tapi apa kata up sikit skil memasak untuk cuba Chinese style, dengan menggorengnya menggunakan telur masin.

 

Bahan-bahan

 

  • 2 ekor ketam (bersihkan dan potong 2)
  • 10 biji cili padi (terpulang jika mahu pedas)
  • 2 tangkai daun kari (ambil daun sahaja)
  • 2 sudu besar mentega
  • 5 biji telur masin (buang 3 putih telurnya)
  • 1 sudu kecil gula
  • 3 sudu besar susu cair
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • Garam dan lada sulah secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

 

 

Cara Penyediaan:

 

Rebus telur masin.

 

Hancurkan telur masin (jangan lupa guna 5 kuning telur + 2 putih telur sahaja).

 

Ketam digaul dengan tepung jagung (saya letak sedikit garam dan lada sulah). Goreng sehingga ketam rangup dan masak.

 

Hidangkan ketika panas. Memang terbaik!

IKLAN