Resepi Pemancing : Kerapu Andaman Masam Manis Idaman

Share

 

Memancing dapat kerapu, memanglah syok, sebab dah terbayang nak masak apa. Selain masak stim limau, stim halia, goreng, tiga rasa, kerapu juga sedap dimasak masam manis. Apa kata lepas ni, dapat je kerapu buat sendiri resipi di bawah ini di rumah.

 

BAHAN-BAHAN:

 

  • 1 ekor ikan kerapu (diambil isi dan dipotong kiub)
  • 120 gm tepung jagung (dicampur sedikit garam)
  • 1 biji telur (dipukul)
  • Minyak masak secukupnya

 

BAHAN SOS :

 

  • 5 biji bawang merah
  • 5 biji bawang putih – dikisar
  • 3 cm halia
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 cawan air
  • Garam secukup rasa

 

CARA MEMASAK

 

  1. Gaul ikan dengan telur dan tepung jagung.

 

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ikan tadi sehingga garing. Angkat dan ketepikan.

 

  1. Sos: Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.

 

  1. Selepas itu masukkan cili kisar dan kacau sehingga pecah minyak.

 

  1. Masukkan air, sos cili, sos tomato dan garam secukup rasa.

 

  1. Apabila sudah mendidih, angkat dan tuangkan kuah ke atas ikan.

 

IKLAN