Resepi Pemancing – Kelah Masak Asam Kenyir Style

Share

 

Ikan kelah yang terkenal sebagai antara ikan eksotik bernilai tinggi pastinya sentiasa menjadi buruan kaki pancing. Ikan kelah sesuai dimasak dalam pelbagai cara, dan kunjungan Team Umpan ke Tasik Kenyir tidak lama dulu telah belajar satu resipi masak asam ikan kelah yang sangat mudah untuk dibuat dan pastinya amat menyelerakan!

 

BAHAN-BAHAN:

 

  • 1 ekor ikan kelah
  • Cili padi merah (lada jarum)
  • Kunyit hidup
  • Daun kesom
  • Asam keping
  • Garam kasar
  • Serbuk perasa

 

CARA MEMASAK:

 

Lumatkan cili padi merah, kunyit dan garam kasar sehingga hancur.

Ikan kelah yang telah dibersihkan dimasukkan ke dalam air bersama asam keping.

Rebus sehingga ikan hampir masak.

Apabila sudah menggelegak, masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi bersama daun kesom.

Biarkan mendidih, tambah sedikit serbuk perasa dan boleh dihidangkan.

 

IKLAN