Tidak lengkap sekiranya bila musim sotong tetapi tak turut serta pergi mencandat sotong. Dan lagilah tak lengkap kalau dah pergi candat sotong tapi sotong tersebut tak dibuat ketupat sotong. Bukan susah pun nak buat ketupat sotong ni. Sesiapa yang biasa rebus megi pun boleh buat.
Bahan-Bahan keperluan:
1 kg sotong (sederhana besar) – dibuang kulitnya
200 gram beras pulut – direndam dengan 2 cawan santan selama 1 jam
3 cawan santan pekat – untuk kuah
Sedikit halba
2 cm halia – dimayang
3 ulas bawang merah – dimayang
Gula, garam dan perasa.
lidi yang mencukupi
Ads
Cara Penyediaan:
Ads
Tanak beras pulut yang telah direndam bersama santan sehingga masak dan biarkan sejuk.
Masukkan beras pulut 3/4 ke dalam sotong dan sematkan dengan lidi dihujung kepala sotong. Ketepikan.
Masukkan bawang, halba, halia, garam dan gula serta santan pekat dalam periuk.
Kemudian, masukkan sotong dan kacau atas api yang sederhana sehingga sotong masak. Sedia untuk dihidang.
Ads
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Apa perbezaan casting menggunakan tali tangsi dan tali benang? Ada yang kata, kalau pakai benang, ikan akan lari sebab getaran. Lagi bagus pakai tangsi. Ada di setengah tempat pula katanya, memang tak dapat ikan kalau pakai tangsi, nak kena benang jugak.
Apa kata netizen:
“Tali tangsi best layan ikan sebab dia ada memori. Cuma, bila kita cast dari tebing sungai yang arus laju, tali tangsi cepat tenggelam dan mudah dibawa arus. Sebab dia lebih tumpat dari air. Jadi kita tak sempat nak gayakan gewang,air dah bawak lari tali.
Orang kata ikan culas pakai tali benang, boleh jadi juga sebab tali benang ada bunyi bergesel kuat dengan cincin joran bila kita karau.tali tangsi takde bunyi. Bila pakai tali tangsi juga, seperti susah untuk keluar drag reel. Sebab tali itu sendiri mungkin sudah mainkan peranan melalui memori dia tu. Bila kena ikan, nyutttt… dia terasa lain macam hingga terbawa dalam mimpi.”
“Ilmu tak berapa sangat… tapi pada pendapat saya, bila dikaitkan dengan casting ni, kesesuaian tali yang digunakan adalah benang. Banyak kelebihan bila pakai tali benang jika nak casting… benang ni lembut kalau nak dibandingkan mono. Senang cerita atas minat masing-masing…. ada kelebihan ada kekurangan. Terpulang pd individu itu sendiri.”
“Dua-dua jenis tali ni saya pernah guna. Ok je… ada je ikan yang nyambut. Pada saya, penggunaan tali lebih kepada keselesaan saya sendiri, bukan kerana dapat ikan ke tidak. Dulu ya pakai mono, tapi bila dah guna benang, lagi selesa so terus dgn benang. Entahlah ikan kat dalam air tu rasa getar ke tidak.”
“Pernah pakai dua-dua. Tapi saya pilih braid sebab walaupun lama di dalam spool dia tak bergulung. Bila birdnest, braid lagi mudah selesai.”
“Tengok padang bossku… ada keperluan untuk mono dan ada keperluan untuk braided. Kalau casting tenggiri guna bulu, mono lebih efektif.”
“Otai pernah cerita casting tenggiri kat satu port ni kalau pakai benang memang payah dapat walaupun pakai leader tangsi. Tapi yang saya tau kalau casting bc pakai tangsi memang best kalau nak buat bihun masak kicap. Hahaha!”
“Pengalaman aku… masa trip Gua Musang tak berapa menjadi disebabkan ada ahli trip kata kerana pakai tali benang. Trip Air Putih memang best sebiji sawit belah empat dapat empat ekor kelah masih tali yang sama joran yang sama. Bagi aku tali ke umpan ke kalau takde rezki memang tak menjadi kalau dah rezki itu semua tak boleh dibuat kira sangat.”
“Kalau mancing kat Sungai Perak belah Teluk Intan kena pakai benang… kalau pakai tangsi koyak la poket. Buntal kekoh sokmo tali.. kejap putuih kejap putuih.”
“Hal ni memang garu kepala. Macam-macam petua sampai dah jadi pantang larang. Ada yang meroyan gila sebab member sebelah cuma set RM 60 joran dengan mesin lagi percuma tali pun boleh naik tanda… sekarang hentam saja janji umpan ada uhmmm.”
“Dua-dua ok je… tapi kalau gewang sangkut mono lagi bahaya sebab gewang akan terbang balik kat kita.”
“Entahlah susah nak cakap. Pandai memancing pun zaman dah ada benang. Tapi kalau guna bc jadi bihun tersimpul mati kot tali tangsi.”
“Untuk daya lontaran maka braided adalah lebih utama. Kita sedia maklum saiz braid lebih kecil biarpun lbs sama.”
Jangan sangka ikan bulan tidak enak hanya kerana ia melihat persekitaran habitatnya. Sedangkan ikan keli yang boleh hidup di habitat yang tercemar sekalipun masih enak dimakan. Sebenarnya ikan bulan kurang dijadikan juadah kerana ia ikan bertulang banyak. Namun, disebalik banyak tulang, isi ikan bulan manis rasanya. Digoreng rangup pun sedap, dibuat asam rebus pun sedap!
Bahan-bahan:
2-3 ekor ikan (saiz sederhana)
Seikat daun kesum
2-3 keping asam gelugur
Garam, gula & serbuk perisa secukup rasa
Bahan-bahan kisar:
10 tangkai lada kering
3 biji bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai
Cara Penyediaan:
Ikan bulan dicuci bersih dan dikelar-kelar sedikit badannya.
Masukkan bahan-bahan kisar ke dalam periuk, masukkan air secukupnya dan didihkan.
Kemudian masukkan Masukkan asam keping dan juga ikan.
Apabila ikan dah masak, masukkan garam, gula dan bahan perisa secukup rasa. Akhir sekali, masukkan daun kesum.
Hidangkan panas-panas dan berhati-hatilah dengan tulang-tulang halus ikan.Sedia untuk dihidangkan.
Fenomena pertandingan memancing mula berkembang sejak awal tahun 90an lagi. Di dada akhbar, banner, bunting digantung di tepi jalan hingga ke media sosial Facebook dan blog, pasti terlihat iklan pertandingan memancing yang menawarkan pelbagai hadiah untuk pemenang.
Persepsi masyarakat pula bercampur baur mengenai pertandingan memancing. Bagi yang tidak meminatinya, mereka akan beranggapan ia suatu pelaburan yang belum tentu dapat membuahkan hasil. Sudahlah begitu, modal sebelum menyertai pertandingan pun besar. Mana duit untuk beli peralatan memancing, umpan, yuran penyertaan, makan minum, tol dan minyak petrol kereta dan sebagainya.
Namun, bagi ramai kaki pancing tegar lain pula ceritanya. Bagi mereka, mana tahu rezeki akan berpihak kepada mereka. Kalau menang tempat pertama dah menang puluhan ribu ringgit. Dah tak perlu bersusah payah menabung. Tambahan pula untuk pertandingan memancing sirkit, berpeluang menang hadiah utama sebuah kereta… uishh bukan kepalang lumayan.
Melihat kepada situasi tersebut dapat kita lihat percanggahan pendapat mengenai perkara ini. Adakah benar tohmahan sesetengah pihak mengenai pertandingan memancing ini sekadar membuang masa, wang dan tenaga atau adakah ia mampu memberi impak yang positif bukan sahaja kepada individu malahan kepada negara?
Impak Positif
Seperti yang diperkatakan awal tadi, terdapat beberapa elemen positif yang dapat dilahirkan melalui aktiviti pertandingan memancing ini: Pertamanya mengenai silaturahim yang dapat dibina melalui program sebegini.
Jika dapat kita lihat senario ini, tidak kira di mana sahaja pertandingan memancing dianjurkan pasti akan mendapat sambutan menggalakkan dari kaki pancing yang datangnya dari seluruh pelosok negara.
Jadi medium seperti inilah yang akan membantu para pemancing untuk mendapat lebih ramai rakan pancing yang datangnya dari daerah dan negeri yang berbeza. Para pemancing pula dapat berkongsi idea dan teknik terbaru bila mereka dapat berkumpul seperti ini.
Sumber pendapatan
Pertandingan memancing sebagai satu sumber pendapatan? Mungkin kedengaran agak janggal mengenai perkara ini, namun kita harus memandangnya melalui aspek yang lebih meluas. Sumber pendapatan di sini bukanlah hanya terhad kepada pemenang sahaja, bahkan ia meliputi keseluruhan industri ini.
Bagi pemancing yang berjaya menjadi juara di dalam sesebuah pertandingan memancing memanglah dianggap sebagai bonus untuk diri sendiri dan keluarga. Justeru itu, ini sedikit sebanyak dapat membantu pendapatan mereka.
Melalui pertandingan memancing ini jugalah dapat membantu peniaga-peniaga kecil yang ada di Malaysia. Apa tidaknya, bukan mudah untuk mereka mendapat peluang berniaga di dalam suasana meriah yang dapat mengumpulkan beribu-ribu orang di dalam satu masa. Jadi aspek sebeginilah yang dapat diperkatakan bahawa pertandingan memancing boleh menjadi salah satu sumber pendapatan.
Isu negatif
Sebagaimana yang kita tahu, pertandingan memancing juga tidak terlepas daripada dicemari dengan isu-isu atau insiden yang sedikit sebanyak dapat merencatkan industri ini. Halal ke haram? Kini timbul perdebatan mengenai isu halal atau haram sesebuah pertandingan memancing itu. Ia telah pun menimbulkan kesan dan persoalan kepada ramai kaki-kaki pancing. Terdapat beberapa ahli Ulama yang berasa terpanggil untuk memberi komen mengenai perkara ini.
Berikut jawapan daripada Halaqah.net yang dapat menjelaskan mengenai isu halal dan haram pertandingan memancing.
“Dalam hukum mengadakan pertandingan memancing dan menyertainya serta menerima hadiah daripada penganjur, ada beberapa persoalan yang harus diberi perhatian oleh penganjur dan peserta. Di antara perkara yang harus diberi perhatian ialah hadiah kepada pemenang diambil daripada sumber yang mana? Adakah ia diambil daripada wang penyertaan atau hadiah itu sumbangan daripada individu atau agensi?
Sekiranya hadiah itu diberi hasil wang kutipan penyertaan maka hukumnya HARAM. Maka sumber haram ini tidak boleh dimanfaatkan untuk makan minum atau pakaian. Dua, keadaan haram yang wujud dalam pertandingan memancing ini.
Pertamanya kerana menyertai pertaruhan dan yang keduanya menerima hadiah dari pertaruhan tersebut. Contohnya, setiap peserta dikenakan yuran RM100, kemudian daripada yuran yang terkumpul itu diberikan hadiah kepada peserta yang berjaya menangkap ikan yang paling berat atau yang paling banyak (ikut peraturan pertandingan yang ditetapkan) menang, maka cara tersebut adalah haram kerana ia termasuk dalam pengertian pertaruhan (al-qimar) yang diharamkan.
Jika hadiah kepada pemenang ditaja oleh pihak luar tanpa membabitkan wang peserta, maka ia diharuskan kerana ia termasuk dalam hibah (hadiah) daripada penganjur atau agensi yang menaja.”
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...