Ikan jelawat merupakan spesies ikan bertulang banyak yang manis dagingnya. Sekiranya memperolehi jelawat bersaiz sederhana kasar (anggaran 500gm seekor), ia saiz yang sesuai untuk dibuat masak tempoyak.
Bahan-Bahan:
2 ekor ikan jelawat saiz sederhana
1/2 cawan tempoyak
10-15 biji cili api (tumbuk halus)
2 biji cili merah (tumbuk halus)
5cm kunyit hidup (tumbuk halus)
2 batang serai (diketuk)
Seikat daun kesum
Ads
Cara Penyediaan:
Ads
Gaul sebati bahan-bahan tumbuk dengan tempoyak.
Perapkan ikan jelawat yang telah dipotong dengan bahan-bahan tersebut untuk seketika (anggaran 30 minit).
Pelik dan unik! Begitulah nama-nama ikan yang terdapat di negara kita ni. Memang banyak terdapat nama ikan yang pelik tapi kita bagi 10 contoh dahulu.
TEBAL PIPI
Nama saintifik: Pomadasys kaakan
Nama global: Barred javelin
Nama tempatan: Tebal pipi
Ikan ini yang biasanya mendiami kawasan muara juga mendapat namanya mungkin kerana sifat luarannya. Jika dilihat pada bahagian kepalanya, operkulum atau pipi penutup insangnya jelas lebih menonjol dan lebih tebal, jadi mungkin dari itu munculnya panggilan ikan tebal pipi pada spesies ini.
IKAN BIJI DURIAN
Nama saintifik: Sphaerichthys asphronemoides
Nama global: Chocolate gourami
Nama tempatan: Biji durian
Ikan biji durian agak kabur juga asal namanya yang unik ini. Spesies dari keluarga gouramy dari aspek bentuknya sukar dipadankan dengan namanya. Mungkin juga nama biji durian lekat pada spesies ini kerana saiznya yang kecil dan warna coklatnya yang seakan warna biji durian.
BAUNG ASKAR
Nama saintifik: Bagarius bagarius
Nama global: Dwarf goonch, devil catfish
Nama tempatan: Kenerak, baung askar
Ikan kenerak juga dikenali sebagai ikan baung askar bagi sesetengah tempat. Nama baung askar merujuk kepada warna atau corak pada badannya yang berwarna samaran hijau seakan-akan warna yang sinonim dengan uniform askar.
IKAN PATUNG
Nama saintifik: Pristolepis fasciatus
Nama global: Malaysian leaffish
Nama tempatan: Ikan patung, kepar
Ikan patung atau ikan kepar merupakan spesies seakan-akan puyu. Ikan patung mungkin diberi nama kerana kebolehan ikan ini statik dalam air seakan-akan patung. Selain itu, nama Kampung Sungai Kepar di Perak juga mengikut asal-usulnya mengatakan diambil nama sempena ikan kepar.
IKAN PARANG
Nama saintifik: Macrochirichtys macrochirus
Nama global: Long pectoral-fin minnow
Nama tempatan: Ikan parang, parang-parang, cabuk
Ikan parang mempunyai bentuk badan yang lebih panjang dan berwarna perak. Bentuk badannya ini seolah-olah sebilah parang yang tajam dan berkilat memungkinkan spesies ini digelar ikan parang.
IKAN SETAN
Nama saintifik: Lepidocybium flavobrunneum
Nama global: Escolar
Nama tempatan: Ikan setan, eskolar
Ikan escolar atau juga digelar ikan setan di sesetengah tempat merupakan ikan air masin. Spesies ini digelar ikan setan oleh sesetengah kaki pancing kerana warna badannya kehitaman ditambah matanya yang cukup menggerunkan. Mendiami perairan dalam dan kawasan terumbu karang di Sabah dan Sarawak.
IKAN SEBELAH
Nama saintifik: Pseudorhombus spp
Nama global: Flounders
Nama tempatan: Sisa nabi, ikan sebelah
Spesies ini unik bukan pada namanya sahaja tetapi juga bentuk badannya. Jika dilihat pada bentuk badannya, tidak sukar mengagak kenapa ikan ini digelar ikan sebelah. Ikan yang nipis ini kelihatan seolah-olah mempunyai separuh atau sebelah saja badannya.
IKAN TEBAL SISIK
Nama saintifik: Puntius binotatus
Nama global: Spotted barb
Nama tempatan: Tebal sisik
Nama ikan tebal sisik juga cukup unik jika difikirkan. Ikan dari genus Puntius ini merupakan ikan bersisik dan berwarna perak berkilau. Tidak mustahil nama tebal sisik diambil sempena sifat sisiknya yang tebal.
IKAN KEKEK
Nama saintifik: Leiognathus fasciatus
Nama global: Ponyfish, slipmouth
Nama tempatan: Ikan kekek
Asal datangnya nama ikan kekek ini kurang jelas. Malah maksud kekek itu sendiri pun kurang jelas sama ada loghat atau mempunyai maksud sebenar. Namun, namanya tetap unik dan cukup popular kerana nama ikan kekek ini ada dalam salah satu lirik lagu rakyat.
IKAN UJI RASHID
Nama saintifik: Selar boops
Nama global: Oxeye scad
Nama tempatan: Ikan lolong, ikan Uji Rashid
Nama ikan ini pun begitu unik sehingga mendapat gelaran nama Uji Rashid iaitu penyanyi dan pelakon. Kisahnya ialah kerana Uji Rashid mempunyai mata yang besar ketika zaman popularnya. Dek kerana itu, dia juga digelar ikan lolong yang juga mempunyai mata besar.
Banyak perkara yang boleh dipelajari dari hobi memancing. Selain melatih kesabaran, ia juga menjadi kayu pengukur atau tanda aras tahap kematangan kita.
#1
Kita berhenti menilai dan menghukum pemancinglain, tetapi fokus untuk merubah diri sendiri.
#2
Kita boleh menerima minat pemancinglain seadanya. Kita faham makna perbezaan pendapat. Tidak perlu taksubkepada sesatu teknik atau segmen memancing.
#3
Kita berani melepaskan kenangan lama yangpahit(kena kencing atau sebagainya). Tidak berdendam dan simpan dalam hati.
#4
Kita berhenti mengharap dan meminta dari pemancing lain, tetapi mula memberi. Biar sedikit kita memberi, tetapi jangan pernah meminta.
#5
Kita melakukan sesuatu, hanya untuk mendapat ikhlas. Melakukan sesuatu bukan untuk mendapat nilaian, pujian dan pengiktirafan netizen. Tidak tersinggung bila dikeji, dikutuk dan dihinanetizen.
#6
Kita berhenti menunjuk kepandaian, kehebatan dan mula mengakui kepandaian, kebaikan dan kehebatan pemancing.
#7
Kita berhenti membandingkan hasilkita denganhasil orang lain. Kita berdamai dengan diri sendiri. Tidak iri, dengki dan sakit hati melihat hasil pemancing lain.
#8
Kita boleh bezakan KEHENDAKdan KEPERLUAN memancing, lalu mengutamakan keperluan dari kehendak .
#9
Kita berhenti meletakkan nilai kebahagian pada kebendaan. Kita lebih menikmati “strike” dari menikmati “mahalnyaset pancing”.
Orang Sarawak berdarah Melanau banyak ikan yang pantang dimakan. Saya pernah tak percaya cakap ibu, bila makan ikan ni, habis gatal seluruh badan macam panau… nasib baik beberapa hari sahaja.
Nak ngail ikan ni guna mata kail kecil, sejengkal daripada mata kail bubuh pemberat kecil, setengah depa daripada mata kail, gulung tangsi pada pen sekitar 1 kaki & tahan dengan getah, biar semalaman. Masa nak mancing baru buka. Tangsi macam spring. Guna roti yang dikepal. Bila ikan makan… tali akan kelihatan macam spring ditarik. Layan…!
– Amir Saifudin
Ikan ni berkawan… mudah nak dapat. Guna joran udang memang best layan. Di Terengganu, ikan ni orang tak makan sangat. Dikategori sebagai ikan pengacau yang mencuri umpan. Kalau dapat, biasa lepas balik.
– Abe Din
Ada 1 tip boleh cubalah. Ambik buah nenas masak saiz kecik jer… kupas kulit ikat jadikan denak dalam air. Ikan ni suka makan buah-buahan. Lepas tu boleh guna apollo umpan isi udang or apollo mata kosong.
– Musketer Musketer
Duduk atas kelong, mancing celah-celah kayu pakai umpan roti… layan… tapi kawan aku kena duri dia, berlubang baq ang tangan dia… menggelupoq! haha!
– Khayum Karim
Cuti baru ni mancing ikan ni kat Muara Sg Ibai. Pakai umpan hirisan sotong. Punya susah nak dapat sebab terpakai kail besar sikit. Air masa tu baru nak hala ke surut. Since air jernih nampak ikan ni memecahkan & makan teritip yg terlekat di batu dalam air. Giginya tajam sampai tali braided pun berbulu digigitnya.
– Md Raisyam
Ikan ni dlu admin kalaa kat Kuantan memang sedap, dulu masa mancing dengan ayah, dekat 20-30 ekor bawak balik goreng belada. Tapi sekarang ikan ni kalau dapat, nak jamah sikit pun tak boleh buat makan sebab berbau hanyir. Jadi hargai dan jagalah kebersihan, harap sungai, muara kita bertambah baik, bukan buruk.
– Al Syaufiq
Paling senang nak cari ikan ni… kat celah-celah sangkar ternak ikan, guna mata kail kecil sahaja berumpankan isi udang. Nak dapat banyak guna saja rod tanpa reel. Kalau guna joran buluh lagi bagus. Dah macam kat parit pulak rasanya macam masa budak-budak dulu… tapi awas sirip atas ikan ni… bisa kalau kena.
– Esa Mohd
Ikan ni sedap goreng n buat masak lemak cili api… Dulu rajin menyiang sampai tangan kena duri dia… bisa yang amat la sampai kena pergi klinik cucuk.
– Noor Saliah
Pengalaman pancing ikan ni kat tiang tengah jambatan Pulau Pinang. Mula-mula tak tahu pasal ikan ni. Selalu nampak ikan ni makan teritip kat tiang jambatan. Hanya beberapa kaki dari permukaan air. Kawan ajar macam mana nak pancing. Guna roti, mata kail kecil. Ikan ni saya buat bakar je… paling masyuk bila dapat ikan yang ada telur… perghhh!
– Mohd Fauzi
Pernah jugak layan ikan ni kat Sg. Mersing masa zaman budak-budak dulu. Sekali tu jugak pernah tertusuk duri sirip dia masa nk bukak mata kail zass satu kali. Fuuyoooo… gelap pandangan menahan bisa dia… berdenyut-denyut beb….!
– Han Too
Kalau ikan kitang saiz pinggan… boleh guna mata 1 saiz kecik umpan belacan gaul dengan tepung. Pakai pelampung… perambut tak payah panjang… air gerak pasang dia start makan… dah penuh dia tak nak layan. Kawan nak try kat Kg Pasir Putih, Pasir Gudang.
– Dr Ismadi
Pernah kena sengat dengan ikan kitang. Sekali kena terus nyut-nyut. Tak tahan sangat… kencing terus kat tangan. Lepas tu rendam dalam air laut… Alhamdulillah. Lepas tu mula dah kurang sakitnya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...