Peralatan memancing moden, bot dan pelbagai inovasi produk memancing memungkinkan kita menangkap ikan dengan lebih efisien hari ini. Pemancing juga mempelajari tentang ikan dan menangkap ikan melalui program televisyen, bacaan majalah serta media sosial.
Terdapat juga kursus-kursus yang ditawarkan untuk mempelajari tentang perikanan dengan lebih khusus. Jadi terdapat kemungkinan di mana pengeluaran stok ikan berlebihan mungkin berlaku pada satu-satu tempat.
Mengapa Ianya Wujud?
Peraturan memancing membolehkan sesuatu tempat atau sumber itu dilindungi lantas memberikan peluang kepada kaki pancing untuk terus menikmati aktiviti memancing. Kewujudan peraturan memancing akan memberikan faedah dan manfaat kepada ikan, sumber ikan dan manusia sendiri.
Biasanya peraturan memancing yang wujud berbeza mengikut negara dan terdapat sesetengah negara yang begitu menitikberatkan peraturan ini.
Kewujudan peraturan memancing secara lazimnya ialah bagi mengekalkan jumlah populasi ikan. Biasanya, pakar biologi perikanan akan melakukan kajian bagi mengetahui populasi dan kesihatan ikan bagi sesuatu kawasan.
Bagi sesetengah negara, terdapat musim tertentu bagi aktiviti memancing. Ini bertujuan agar tidak mengganggu ketika musim ikan mengawan bagi mengekalkan kemandirian spesiesnya. Had saiz tangkapan juga membolehkan ikan yang belum melepaskan telurnya agar tidak dipancing sesuka hati.
Had tangkapan dalam sehari pula bagi mengelakkan pemancing memancing secara berlebihan. Ini membolehkan kita berkongsi agar semua pemancing dapat merasai peluang untuk menaikkan ikan. Walaupun dilihat sukar, namun ia memberikan banyak manfaat jika setiap pemancing mematuhi peraturan yang diperkenalkan di sesuatu tempat.
Kajian Perikanan
Pakar biologi perikanan merupakan saintis yang menguruskan populasi ikan. Untuk memudahkan kerja mereka, mereka memerlukan sebanyak mungkin tentang faktor perikanan sesuatu kawasan. Mereka juga cuba untuk memenuhi kehendak pemancing di samping mengekalkan sumber perikanan.
Bagi mengetahui jumlah tangkapan ikan, mereka memerlukan informasi daripada para memancing. Terdapat juga kaedah lain seperti membuat sampling menggunakan jala atau pukat. Ada juga yang melakukan teknik tagging bagi mengetahui sifat dan populasi ikan.
Setelah itu, berbekalkan informasi yang ada mereka akan cuba menentukan kaedah terbaik bagi pemancing dan juga sumber perikanan itu.
Kewangan Sumber Perikanan
Bagi negara luar, tajaan kewangan bagi kajian perikanan dan sumber perikanan datangnya daripada pemancing itu sendiri. Sesetengah datang daripada hasil pengeluaran lesen memancing dan ada juga datangnya daripada program tajaan kerajaan bagi pengurusan sukan memancing. Sebarang cukai daripada pembelian alatan memancing atau bot juga akan disalurkan untuk tujuan perikanan.
Antara kegunaan dalam tujuan perikanan termasuk pengurusan perikanan, kajian perikanan, program kesedaran alam sekitar, program pemuliharaan, program keselamatan perikanan dan juga program memancing.
Ada orang kata, ikan apa pun sedap kalau dibuat masak kari. Memang betul ada betul pendapat tersebut. Tapi kalau ikan yang sedap isinya agak dirugi dibuat kari kerana kari tersebut boleh membunuh rasa asal ikan itu. Jadi, kalau ada ikan yang kurang sedap rasanya seperti ikan alu-alu maka memang sesuai sangat dibuat kari.
Bahan-Bahan: (Bergantung kepada saiz ikan alu-alu)
1 ekor ikan saiz kecil dipotong
2 biji bawang besar (dikisar)
1 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
1/2 sudu biji sawi
1/2 sudu halba
2 sudu besar kari ikan (digaulkan dengan sedikit air dijadikan pes)
1 mangkuk air asam jawa
1 mangkuk santan
Sedikit air
Sedikit garam
2 tangkai daun kari
Cara-Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan bahan kisar,biji sawi,halba dan daun kari sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air. Masak hingga betul-betul garing atau pecah minyak.
3. Masukkan air asam jawa dan ikan.Bila dah menggelegak masukkan santan dan garam.
4. Masak sehingga menggelegak beberapa minit dan bolehlah diangkat.
Kegilaan atau gila yang dimaksudkan di sini lebih kurang macam keadaan `tamak’. Bila dah terlalu tamak akhirnya akan jadi `gila’. Dalam memancing pun macam-macam jenis gila yang ada.
Gila Jig
Gila jenis ini hanya dialami oleh jigger pada dua situasi. Situasi pertama ialah ketika memilih jig untuk dibawa ke trip jigging. Terlalu banyak sangat jig nak dipilih sampai tak tau nak bawa yang mana. Situasi kedua adalah ketika untuk menggunakannya. Jadi `mabuk’ secara tiba-tiba yang menyebabkan seperti hilang kewarasan untuk memilih dan menggunakannya.
Gila Trip
Gila jenis pulak bukannya berlaku ketika dalam trip memancing. Sebaliknya berlaku dalam minda yang mengakibatkan kepala seperti nak kebabom. Ia berlaku apabila banyak tawaran untuk join trip muncul secara serentak. Semua trip best belaka sama ada pada tarikh serentak atau terlalu rapat satu trip dengan trip yang lain.
Gila Hasil
Gila jenis hanya dapat dikesan setelah berakhirnya sesuatu trip memancing terutamanya trip memancing laut dalam. Pemancing yang diserang gila ini dapat dikesan ketika proses pembahagian hasil pancingan. Para pegila ini tanpa segan silu berusaha untuk mendapatkan hasil pancingan yang berkualiti walaupun hasil pancingan tersebut bukannya beliau yang perolehi.
Gila Spot
Gila jenis ini biasanya dialami oleh tekong atau juru pandu pancing ketika membawa pemancing menguji lubuk-lubuk berpotensi. Berpotensi menurut fahaman tekong dan juru pandu pancing itulah. Oleh kerana terlalu banyak lubuk atau spot yang hendak diuji, ia berkesudahan dengan satu spot pun tidak memberikan sebarang hasil kepada pemancing.
Gila Kerusi
Kerusi yang dimaksudkan dalam gila jenis ini ialah seat atau posisi kedudukan tempat memancing. Lazimnya ia berlaku dalam trip memancing memancing di laut dalam sama ada trip jigging ataupun trip bottom. Kerusi yang sering direbutkan tentulah spot di bahagian belakang bot. Pemancing yang terkena gila jenis ini tidak akan mengalah kepada pemancing untuk terus memiliki kerusi tersebut setiap kali trip.
Gila Kuasa
Gila jenis ini biasanya dialami oleh pemancing yang bersifat ketua dalam sesuatu trip berkumpulan. Atau seseorang yang paling banyak mengeluarkan belanja untuk sesuatu trip. Gila kuasa yang dimaksudkan ialah bersikap bossy yang gemar memerintah itu ini kepada ahli trip yang lain, seolah-olah pemancing lain itu seperti budak suruhannya.
Gila Gewang
Gila gila jenis hampir sama dengan gila jig juga. Bezanya, ia bukan berlaku di laut atau sungai sebaliknya di atas darat. Pegila gewang ini sebenarnya adalah pengumpul gewang. Apa saja gewang yang viral atau berstatus gewang keramat akan dimilikinya dengan apa cara sekali pun. Namun gewang tersebut langsung tidak digunakan ketika memancing. Malah, ada juga yang memancing atau casting pun tersangat jarang.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...