Resepi Pemancing : Ikan Tenggiri Masak Acar

Share

 

Pernah dalam satu trip memancing, pembantu tekong ada menyediakan satu resepi yang simple tapi sedap. Bila ditanya, katanya cuma masak acar ikan tenggiri je.

Admin percaya, kalau ada bahan-bahan hiasan pasti rupanya sama macam pengkongsian resepi ini.

 

Bahan-Bahan:

 

  • 3-5 keping ikan tengiri (lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit)
  • 8 ulas bawang putih kecil (dihiris)
  • 2 labu bawang besar (potong kasar)
  • 3 cm halia muda (hiris halus)
  • 10 biji cili padi
  • 1 sudu kecil biji sawi
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 cawan hirisan timun (tanpa empulur)
  • 1 cawan hirisan lobak merah
  • 5 sudu besar cuka
  • 3/4 cawan air
  • Serbuk perasa, garam dan gula secukup rasa

 

Cara Masak:

 

  • Goreng ikan sehingga masak (jangan goreng garing) dan ketepikan.
  • Panaskan 5 sudu besar minyak bekas goreng ikan tadi.
  • Tumis bawang putih bersama bawang besar hingga layu.
  • Masukkan biji sawi, lobak merah dan timun dan serbuk kunyit.
  • Gaul sebati dan kemudian tambahkan air. Apabila air mula mendidih, masukkan ikan tengiri goreng dan cuka.
  • Biarkan mendidih seketika dan kemudian sebatikan rasa dengan serbuk perisa, garam dan gula.
IKLAN