Pernah dalam satu trip memancing, pembantu tekong ada menyediakan satu resepi yang simple tapi sedap. Bila ditanya, katanya cuma masak acar ikan tenggiri je.
Admin percaya, kalau ada bahan-bahan hiasan pasti rupanya sama macam pengkongsian resepi ini.
Ads
Bahan-Bahan:
Ads
3-5 keping ikan tengiri (lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit)
8 ulas bawang putih kecil (dihiris)
2 labu bawang besar (potong kasar)
3 cm halia muda (hiris halus)
10 biji cili padi
1 sudu kecil biji sawi
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 cawan hirisan timun (tanpa empulur)
1 cawan hirisan lobak merah
5 sudu besar cuka
3/4 cawan air
Serbuk perasa, garam dan gula secukup rasa
Ads
Cara Masak:
Goreng ikan sehingga masak (jangan goreng garing) dan ketepikan.
Panaskan 5 sudu besar minyak bekas goreng ikan tadi.
Tumis bawang putih bersama bawang besar hingga layu.
Masukkan biji sawi, lobak merah dan timun dan serbuk kunyit.
Gaul sebati dan kemudian tambahkan air. Apabila air mula mendidih, masukkan ikan tengiri goreng dan cuka.
Biarkan mendidih seketika dan kemudian sebatikan rasa dengan serbuk perisa, garam dan gula.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Perkara yang tak sepatutnya berlaku ini akan berlaku kalau kaki casting dan kaki bottom join bersama dalam satu trip. Maklum sajalah teknik memancing yang berbeza. Kaki bottom biasanya akan menyamar dan menyorok sehabis mungkin untuk mengendap kelah. Tau-tau datang kaki casting dengan bersahaja baling gewang ke spot yang sama. Silap-silap bukan saja akan kumpau bahkan akan berlaku insiden yang lebih buruk.
Biasanya bermula dari rumah lagi, malas nak pikul sawit banyak-banyak. Bawak sawit bajet ngam-ngam untuk kegunaan sendiri saja. Kemudian bila nak trekking ke lubuk dari campsite pun bajet lagi. Sudahnya masa masa umpan habis dibuat rasuah dan umpan tapi ikan belum buka mulut.
Adakalanya kekili dan joran memang dah sempurna tetapi aksesori lain seperti mata kail, perambut dan batu ladung tertinggal, atau silap bawa yang tak bersesuaian. Untung-untung nasib dapatlah pinjam daripada rakan-rakan yang lain. Tetapi kalau rakan-rakan lain pun bawa alatan yang cukup untuk kegunaan sendiri saja, maka sendiri mau ingatlah apa akan jadi.
Biasanya dalam kepala pemancing dah terbayang suana lubuk, ikan-ikan dan kejayaan yang akan dicapai sebelum hari trip lagi. Sebaliknya apabila tiba hari kejadian dan melihat lubuk tidak sebagaimana yang dibayangkan, semangat terus down. Belum start pancing pun dah patah semangat memang berkemungkinan besarlah akan pulang dalam kekumpauan.
Dua lokasi yang cukup seronok untuk tidur ialah di laut dan hutan. Susah nak komen bab tidur ni sebab memang ada pemancing yang tak boleh nak ubat tabiat suka tidur bila dah tiba di lokasi memancing. Kalau korang bersedia untuk kumpau atau langsung tak kisah kalau kumpau bolehlah membuta sepanjang waktu.
Ada beberapa panduan dan perkara melibatkan untung rugi yang perlu anda fikir masak-masak sebelum sertai trip pancing laut dalam di pelantar minyak.
Perlu membuat tabungan sekurang-kurangnya setahun awal daripada tarikh bertolak. Kos trip dalam anggaran RM800-RM1,000 seorang. Jika berlaku penarikan diri ahli trip tanpa deposit penuh pada saat akhir, maka kos akan bertambah lagi.
Wajib ada set bangla (joran dan kekili elektrik) yang dua tiga lebih mahal harganya dari kos trip. Anggaran set bangla yang paling murah pun tidak kurang dari RM2,000. Set pancing manual tidak sesuai untuk digunakan dalam trip memancing yang memakan masa 4-5 hari.
Set lain perlu ada ialah set untuk jigging. Set jigging yang berkualiti tinggi amat penting kerana kawasan pelantar minyak merupakan lubuk ikan-ikan monster. Sekurang-kurang pun anda akan hangus RM1500-RM2000.
Untuk dua set pancing bottom dan jigging memerlukan dua jenis tali sulam yang berlainan kuasa. Untuk memasukkan tali ke dalam kedua-dua spool ini anda perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM300 lagi.
Selain itu perambut 60-100 lb perlu disediakan dalam kuota yang mencukupi. Jig, popper, split ring, mata kail, batu ladung, fighting belt. Lain-lain perbelanjaan seperti kos perjalanan, ais, makan minum, semuanya memerlukan belanja yang bukan sedikit.
Perlu buat persiapan rapi. Jika pergi dengan peralatan tidak sesuai, ada baiknya tidak payah pergi kerana mungkin anda akan buang duit, letih badan dan rugi masa.
Stamina dan kesihatan badan juga perlu dijaga. Elakkan demam sakit sebelum bertolak. Bagi kaki jigging mereka ada kalanya bersenam di gym untuk membentuk ketahanan otot tangan, kaki dan badan.
Biasanya, ramai yang tidak mementing soal ini sehinggalah merasai dan menyaksikan kekuatan tarikan ganas ikan-ikan mega di pelantar minyak. Ramai yang mengakui lain kali perlu lebih persediaan peralatan yang lebih baik termasuk teknik ikatan pada popper dan shock leader yang lebih kemas. Lain kali sebelum datang, masuk gym dulu!
“Salah tanggapan tu, yang sebetulnya ‘berkumpulan’ bukan ‘berpuak’. Ini terjadi disebabkan oleh minat oleh kaki pancing itu sendiri.
Tak semua orang suka main laut dalam, tak semua orang main kolam, tak semua orang main lombong.
Tetapi untuk menyatukan kaki pancing yang sama tempat pancingan, satu kumpulan ditubuhkan untuk bertukar-bertukar pendapat dan ilmu dalam dunia pancingan.
Tak ada kumpulan yang melarang untuk mengambil ahli baru. Percayalah, kalau mereka semua duduk semeja pun, tak kira kaki pancing laut dalam, kaki pancing lombong , kaki pancing kolam mereka pasti ada yang nak diborakkan.
Kalau berpuak, mereka saling membenci. Itu bukan seorang kaki pancing yang sejati.”
Pendapat 2
“Memang wujud golongan pemancing yang berpuak-puak ni. Contohnya, walaupun geng dalam group FB, golongan ni ada group dia sendiri seperti group chat whatsapp dan lain-lain.
Diorang akan turun memancing dengan geng dia jer. Mungkin tak nak berkongsi lubuk dan sebagainya. Bagi saya, memancing dengan siapa-siapa pun tak kisah. Janji enjoy dan make friends.”
Pendapat 3
“Yang berpuak-puak tu selalunya libatkan pertandingan atau peminat-peminat tegar sesuatu produk pancing.
Masing-masing nak tunjuk merekalah hebat dengan produk mereka, tanpa produk itu maka tak akan menang kata mereka. Dari provok suka-suka terus melarat sehingga ke group-group di dalam FB.
Ape pun tak boleh la berpuak-puak ni. Dunia pancing kita tak besar mana, esok lusa pusing-pusing jumpa balik dengan orang sama jugak. Akhir kata “Mancing je pun, why so serious?”
Pendapat 4
“Biasalah, arena pancing itu sendiri pon ada pelbagai kaedah dan teknik…. So, tak mustahil la kaki-kaki pancing pon berpuak-puak. Kaki rendam, kaki ngilat, kaki kolam, kaki udang, salt water, fresh water, laut dalam, pantai, kaki sungai pergunungan, dan lain-lain. Belum masuk kaki fly lagi… banyak lahh!!!!
Pendapat 5
“Biasa la… geng-geng OTAI mana nak bercampur dengan FRESHMEN… geng-geng BRANDED mane ngam ngan geng-geng MAMPU MILIK… Geng-geng FAMOUS segan nak bergaul dengan geng PICISAN… Even dalam group sendiri pun ade geng ORG LAMA dan BUDAK BARU NK UP… Sekian.”
Pendapat 6
“Kebiasaannya isu berpuak-puak ni muncul di dalam satu group yang besar. Selaku ahli di dalam group-group mengilat, saya banyak dapati ianya lebih kepada faktor individu itu
sendiri yang mana apabila berlaku perbalahan sesama ahli maka fenomena berpuak-puak makin menjadi.
Perbezaan fahaman memancing juga menyumbang kepada masalah ini sebagai contoh, caster yang mengamalkan CNR adakalanya bertegang dengan caster yang tapau hasil tangkapan.”
Pendapat 7
“Dalam memancing ni biasanya berpecah daripada segi teknik sama ada bottom, casting, jigging, popping dan sebagainya.
Dan seterusnya berpecah mengikut platform media sosial mahu pun forum. Tapi satu je yang pasti, takde lah sampai bermasam-masam muka, insyaallah.
Bahan-membahan tu adatlah lelebih lagi kalo burung bangau tu asyik ngeko gi mancing. Janji mancing. Pedehal?”
Pendapat 8
“Jika tengok dalam dunia bottom, caster, jigger, surfer, flyer ni memang ada unsur berpuak-puak.
Ini wujud sebab banyak benda, contohnya pendapat, port rahsia, barang-barang mahal, kelengkapan dan berbeza ideologi.
Yang pasti kita kena kikis dulu sifat dengki dan ego yang menebal dalam diri kita. Semuanya berkaitan dengan MENTALITI kita.. Jika mentaliti kita sihat, maka sihatlah apa-apa jua yang kita usahakan.”
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...