Pernah dalam satu trip memancing, pembantu tekong ada menyediakan satu resepi yang simple tapi sedap. Bila ditanya, katanya cuma masak acar ikan tenggiri je.
Admin percaya, kalau ada bahan-bahan hiasan pasti rupanya sama macam pengkongsian resepi ini.
Ads
Bahan-Bahan:
Ads
3-5 keping ikan tengiri (lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit)
8 ulas bawang putih kecil (dihiris)
2 labu bawang besar (potong kasar)
3 cm halia muda (hiris halus)
10 biji cili padi
1 sudu kecil biji sawi
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 cawan hirisan timun (tanpa empulur)
1 cawan hirisan lobak merah
5 sudu besar cuka
3/4 cawan air
Serbuk perasa, garam dan gula secukup rasa
Ads
Cara Masak:
Goreng ikan sehingga masak (jangan goreng garing) dan ketepikan.
Panaskan 5 sudu besar minyak bekas goreng ikan tadi.
Tumis bawang putih bersama bawang besar hingga layu.
Masukkan biji sawi, lobak merah dan timun dan serbuk kunyit.
Gaul sebati dan kemudian tambahkan air. Apabila air mula mendidih, masukkan ikan tengiri goreng dan cuka.
Biarkan mendidih seketika dan kemudian sebatikan rasa dengan serbuk perisa, garam dan gula.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Sebagai salah satu ikan air tawar terbesar di dunia, spesies ini membesar sehingga 1.9meter dan beratnya mencapai 600kg. Ia memiliki piringan sirip dada oval yang relatif tipis dan terluas anterior, dan muncung tajam dengan hujung yang menonjol.
Ekornya tipis dan seperti cambuk, dan tidak memiliki lipatan sirip. Spesies ini seragam coklat kekelabuan di atas dan putih di bawah; bahagian bawah sirip dada dan sirip perut memiliki pita gelap lebar yang khas pada margin posteriornya.
Berada di alam dasar sungai, ikan pari air tawar raksasa menghuni wilayah berpasir atau berlumpur dan memakan ikan kecil dan invertebrata. Pari betina melahirkan hidup dari satu hingga empat ekor anak, yang didukung oleh histotroph (uterine milk) yang diproduksi secara maternal.
Spesies ini menghadapi tekanan penangkapan ikan yang besar untuk daging, rekreasi, dan tampilan akuarium, serta degradasi dan fragmentasi habitat yang luas. Tekanan ini telah mengakibatkan penurunan populasi yang substansial di setidak-tidaknya Thailand tengah dan Kamboja. Akibatnya IUCN telah menilai ikan pari raksasa air tawar sebagai Terancam Punah.
Secara morfologi, di antara lubang hidung pari ini ada tirai pendek dari kulit dengan pinggiran posterior yang halus. Mulut kecil membentuk lengkungan yang lembut dan berisi empat hingga tujuh papila (dua hingga empat besar di tengah dan satu hingga empat kecil di samping) di lantai. Gigi kecil dan bulat disusun menjadi pita seperti trotoar. Ada lima pasang celah insang di sisi perut cakram. Sirip perut kecil dan tipis; spesies jantan dewasa memiliki clasper yang relatif besar.
Ekor bentuk silinder yang tipis berukuran 1.8–2.5 kali ukuran badan dan tidak memiliki lipatan sirip. Tulang menyengat bergerigi tunggal diposisikan di permukaan atas ekor dekat pangkalan. Dengan panjang hingga 38cm, tulang belakang adalah yang terbesar dari semua spesies ikan pari.
Ada pita tuberkel berbentuk hati di permukaan atas cakram memanjang dari sebelum mata ke pangkal sengatan; ada juga baris garis tengah dari empat hingga enam tuberkel yang diperbesar di tengah cakram.
Sisa dari permukaan atas disk ditutupi oleh dentikel granular kecil, dan ekor ditutupi dengan tusukan tajam melewati sengatan. Spesies ini berwarna coklat kekelabuan di atas, sering dengan warna kekuningan atau merah muda ke arah sirip tepi; dalam kehidupan kulit dilapisi dengan lendir berwarna coklat gelap.
Bahagian bawah badan berwarna putih dengan pita gelap lebar, bertepi bintik-bintik kecil, di tepi belakang sirip dada dan sirip perut. Ekornya berwarna hitam di belakang tulang belakang. Ikan pari raksasa air tawar mencapai setidaknya 1.9 meter lebar dan 5 meter panjangnya, dan kemungkinan mampu membesar lagi.
Dengan laporan dari Sungai Mekong dan Chao Phraya spesimen dengan berat 500–600 kg, ia menempati peringkat di antara ikan air tawar terbesar di dunia.
Di sebalik keseronokan hobi memancing, sebenarnya ia antara hobi yang berisiko mendatangkan kecederaan dan kemudaratan sekiranya beberapa perkara di bawah ini dianggap tidak penting dan ambil mudah. Berikut disenaraikan beberapa risiko seorang kaki pancing yang perlu sentiasa waspada agar tidak mendatangkan kedukaan kepada diri, keluarga dan juga insan tersayang.
Terkena mata kail gewang
Ia kes yang kerap berlaku di kalangan kaki casting terutama menaiki bot yang ‘sesak’ dengan penumpang. Kesannya, bila ternampak boiling sang ikan, mulalah gelojoh tidak pandang kiri dan kanan, akibatnya rakan tepi dan belakang menjadi mangsa. Walaupun punca kesalahan ini sering kali dituding kepada caster baru, ada kalanya berlaku juga di kalangan caster lama.
Tindakan: Jangan sesekali menaiki bot melebihi had penumpang. Selain tidak selesa, ia juga mengundang kejadian bot karam.
Kemungkinan Bot Karam
Kes berlaku disebabkan, tidak mahir mengendalikan bot (fiber), bot fiber dibawa laju terlanggar objek (biasanya kayu balak hanyut, tunggul yang tidak kelihatan). Di laut pula ia jarang-jarang berlaku dan kes bot karam selalunya disebabkan dipukul ribut dan ombak besar.
Tindakan: Pengendali bot perlulah seorang yang mahir dan tahu selok-belok sesuatu lokasi pancingan, misalnya di sungai dan tasik. Sentiasa berhati-hati ketika melewati kawasan tunggul, melalui sungai yang berarus deras. Jika di laut, sentiasa peka dengan keadaan cuaca.
Sesat Dalam Hutan
Pernah mengalami kejadian sesat ketika memancing. Jika pernah, anda boleh tahu betapa bingungnya macam mana ia boleh berlaku. Untuk elakkan sesat, sentiasa berteman di sesuatu lokasi yang belum anda pernah sampai. Jika menjarakkan diri di kawasan yang tiada liputan telefon pula, pastikan anda dapat melihat kelibat rakan anda dan rancang dengan rakan-rakan terlebih dahulu sekiranya anda ingin berpecah lokasi (kumpulan lebih kecil).
Tindakan: Paling mudah bawa wisel bagi tujuan kecemasan. Anda boleh meniup bagi menarik perhatian di saat anda sudah kekeringan tekak menjerit meminta tolong.
Kemungkinan Lemas
Tiada sebab mengapa anda tidak memakai jaket keselamatan sebaik sahaja anda menaiki bot, lebih-lebih lagi bot fiber ketika memancing. Sentiasa periksa dan sematkan jaket keselamatan dengan baik. Sekiranya bot karam dan terbalik, jangan sesekali panik. Cuba bertenang dan capai benda yang boleh terapung seperti tong minyak. Elakkan memakai pakaian yang berat seperti seluar jean ketika memancing.
Tindakan: Bagi jaket keselamatan jenis gas, periksa bilakah tarikh luput gas berkenaan.
Kemalangan Jalan Raya
Perkara paling indah buat kaki pancing adalah ‘banyak masa dan banyak duit’. Namun bukan semua kaki pancing beruntung ada kedua-duanya. Ramai kaki pancing terus pulang dari trip atas alasan kena esok masuk kerja.
Penat, mengantuk, tidak tukar pemandu, tidak berehat dan tidur seketika, mengejar masa untuk sampai di rumah, antara faktor mengundang berlakunya musibah ini. Periksalah keadaan kereta sebelum menaiki kenderaan dan jangan lupa memakai tali pinggang keselamatan kerana ia mampu mengurangkan kecederaan lebih teruk sekiranya berlaku kemalangan.
Tindakan: Langkah terbaik, semua ahli trip perlu merancang perjalanan trip dengan baik seperti mengambil cuti lebih, hotel, chalet dan menginap selepas pulang dari trip sebelum pulang keesokan harinya.
Bacaan doa perlu dipanjatkan kepada yang Maha Esa dipanjatkan agar terhindar dari sebarang musibah.
Seorang kaki pancing dan juga bukan kaki pancing MESTI memiliki sekurang-kurangnya satu pelan perlindungan insurans diri kerana malang itu tidak berbau.
“Kalau aku senang je. Dia buat banyak kali pun tak apa. Kemudian minta dia arrange satu trip. Tak perlu trip ribu riban harga dia, cukup cecah seribu sudahlah. Kemudian pada hari kejadian, pakat semua tarik diri. Baru dia ada akal!”
– Mie Nandrek
“Masuk aje nama terus kena bayar full. Tak ada booking nama pakai air liur je… no money no talk! Banyak lagi kaki pancing nak join.”
– Saipul Bahari
“Sekali buat perangai macam tu, tanpa alasan munasabah (contoh alasan, anak sakit masuk hospital) terus dibuang dari geng. Tidak akan diajak lagi sampai bila-bila. Sila pergi cari komplot lain.”
– Mohd Faizal Moin
“Team kami amal macam ni.. kalau last minute cancel, kena bayar tambang full jugak. Alhamdulillah team bagi kerjasama. Saya sendiri dah dua kali last minute kansel. Hasil pancing tetap dapat walaupun tak turun.”
– Jaih Zaraki
“Disarankan penganjur minta deposit sekurang-kurangnya 50% dan deposit hangus jika tarik diri saat akhir tanpa pengganti. Dalam soal ni penganjur kena tegas. Kalau penganjur sanggup payung takpe la.”
– Weslley Melina
“Senang saja. Tengok alasan dia dulu. Kalau munasabah okey, boleh terima. Kalau tak munasabah, jawabnya lain kali minta terus bayaran penuh dari dia, baru isi nama. Kalau dia nak tarik diri jugak, Alhamdulillah….”
– Nazri Rahim
“Ya… memang ada orang macam ni. Cara mendidik, kita atur satu trip lepas tu kita kansel last minute pulak. Tu je ubat dia, bagi ada akal sikit.”
– Mohd Afiz Mustapa
“Tengok dulu apa sebabnya dia kancel. Kalau takde sebab, next trip semua hasil tangkapan kita bahagi sama-sama kecuali bahagian dia je jangan kasi.. hehe.”
– Wi Zu Rai
“Sabar je la. Kadang-kadang ada hal yang tidak dapat dielakkan. Jadi teruskan aktiviti. Tapi kalau kerana dia semua trip kansel… sebat pakai joran, sorang sepuluh kali.”
– Azman Apot
“Tengok dulu alasan dia… logik ke tak logik. Kalau alasan dia bini tak bagi, suruh dia mintak cerai…! memang ramai yang kansel sebab takut bini. Puikkk!”
– Pak Tam
“Kali pertama kansel kita terima. kali kedua kansel terima lagi. kali ketiga kalau dia ikut… tolak dia kat tengah laut. Settle satu masalah kawan yang tak guna! Tak jadi kawan pun takpe la kalau ada orang camni.”
– Danish Bangkok
“Aku salah seorang daripada yang kansel last minute. Bapak masuk hospital dan anak lelaki patah kaki. Cukup tak alasan ni? Hehe… sori la kawan-kawan. Bukan disengajakan tu.”
– Jas Kiddin
“Paling haprak dah la tak join trip… lepas tu minta refund pulak. Memang dajei betul! Ishhh… geram pulok rasanya eh.”
– Fauzan Yaacob
“Memang pernah kena dan kami ada cara tersendiri untuk mendidiknya. Caranya kita orang asyik bercerita dalam grup pasal trip memancing yang dia tak pergi tu. Lama-lama dia malu sendiri dan keluar grup… hahaha. Korang boleh try guna kaedah ni.”
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...