Kalau dapat haruan saiz-saiz curut (saiz kecil), kalau nak dilepaskan tu lepaskanlah elok-elok. Tapi kalau nak bawak balik dan lepaskan dalam kuali memang terbaik haruan saiz ni dibuat goreng bercili.
Bahan-Bahan:
3 Ekor ikan haruan sederhana curut.
4 Ulas bawang putih (ditumbuk)
2 Biji bawang besar (ditumbuk)
5 Biji cili merah (ditumbuk)
5 Biji cili padi- (ditumbuk)
Sedikit air asam jawa
Gula
Garam
Minyak masak
Serbuk Kunyit
Ads
Cara Penyediaan:
♠ Gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Biar seketika kemudian goreng ikan tersebut sehingga garing. Dah siap angkat dah toskan minyaknya. Susun dalam pinggan.
Ads
♠ Bawang putih, bawang besar, cili merah dan cili padi ditumbuk. Jika nak kisar pun boleh. Ikut mana yang selesa.
♠ Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga masak. Lada sebaiknya dimasak lama sikit nak elak daripada sakit perut.
Ads
♠ Setelah itu, masukkan air asam jawa. Jangan masuk banyak, takut rasa masam lebih nanti.
♠ Kemudian, masukkan garam dan gula. Bila semua bahan tadi sekata tutup api.
♠ Tuangkan sambal tersebut ke atas ikan yang telah digoreng tadi. Siap untuk dihidangkan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Sungai Dengkil ini memang terkenal dengan patin mega sehingga mencecah 19 kg. Itu rekod yang dipegang oleh otai kami iaitu Anik. Dia merupakan pemancing tegar di sekitar kawasan ini. Biasanya lokasi ini penuh dengan pemancing.
Untuk mendapatkan patin di sini, umpan yang digunakan amat ringkas iaitu dua bungkus roti Gardenia dan sebotol esen pandan. Ikan patin di sini memang gemar makan roti. Umpan dedak, usus ayam dan cacing umpamanya kurang mendapat sambutan.
Kami semua membawa dua batang joran setiap orang. Saya hanya menggunakan joran biasa je. Pakai batang Santec 7 kaki, kekili Shimano dengan tali Ichiban 30lb.
Cukup untuk melayan patin mega di sini kalau menggunakan teknik yang betul. Anik pula dengan pancing kebanggaannya yang menggunakan kekili Maguro dan Abu Garcia. Lain pula dengan adiknya iaitu jijo yang lebih gemar menggunakan Ryobi.
Roti disangkut pada perambut dua mata dan dicampak ke lubuk yang didiami sang patin. Kami menggunakan teknik pancingan dasar. Memandangkan arus sungai deras, pemberat yang besar kami gunakan agar tali tidak hanyut dibawa arus.
Dua jam pertama berlalu tiada apa yang berlaku. Kami menukar lokasi dan memilih di bahagian hulu sungai. Kata Anik, dekat situ memang lubuk yang tidak pernah mengecewakan.
Balingan pertama mengambil masa kurang dua minit sebelum seekor patin mega terus menyambar umpan saya. Apa lagi berhempas pulaslah saya bertarung dengan ikan patin tu. Ikan ini memang gagah dan tidak mudah mengalah seperti ikan kolam.
Kira-kira 10 minit kemudian barulah saya berjaya menaikkan seekor patin seberat 7 kg. Puas hati tak terkata. Setengah jam kemudian giliran Anik pula beraksi.
Batang jorannya hampir tercampak ke dalam sungai gara-gara disentap kuat oleh ikan. Dengan pengalaman yang dimiliki, kurang 5 minit dia berjaya menaikkan patin seberat 9 kg.
Riak wajah kecewa mula kelihatan pada wajah sepupu saya iaitu Piji, Jijo dan Adam. Namun mereka tidak berputus asa mereka beralih tempat. Selang kira-kira sejam kemudian, barulah joran Jijo disentap kuat.
Tanpa berlengah dia mula melayan tarikan kuat sang patin. Hasilnya seekor lagi patin seberat 4 kg berjaya dinaikkan. Agak besar tetapi masih tidak berjaya menandingi tangkapan saya dan Anik. Adam dan Piji pula langsung tidak mendapat hasil pada kali ini.
Kami memancing hingga pagi. Sekitar pukul 7 pagi, Anik berjaya menaikkan seekor lagi patin. Namun tidaklah besar sangat. Dalam anggaran sekilo lebih sahaja. Katanya saiz sedemikian memang sedap dibuat gulai tempoyak.
Sebelum pulang saya sekali lagi mendapat seekor lagi patin. Anggaran berat kurang dari 1 kg. Ok la, rezeki mana boleh ditolak. Selepas itu,tiada lagi kelibat ikan bermain dengan joran kami.
Antara penghalang utama dengan pemancing dan pancingan laut dalam ialah masalah mabuk laut. Berikut merupakan beberapa petua yang dilakukan sendiri oleh pemancing untuk mengatasi mabuk laut.
Tiga hari sebelum ke laut kena setting mental dan fizikal kita dulu. Salah satu caranya ialah dengan buangkan angin dalam badan kita. Angin dalam badan menyebabkan kita pening-pening dan muntah. Bagi membuang angin ini disarankan minum Eno halia atau apabila produk minuman halia 2 hingga 3 pek bagi satu hari.
Makan kena jaga… jangan belasah je ikut sedap tekak. Sebaiknya elak dari makan makanan yang agak pedas atau berempah.
Rehat kena cukup… sebab kat laut nanti kita banyak menggunakan tenaga, mental dan fizikal.
Makan ubat mabuk yg diambil di klinik. Cakap je kat doktor kata nak memancing kat laut dalam. Dia akan bagi punya, tapi yang terbaik saya makan ubat mabuk ialah ubat mabuk untuk ibu mengandung.
Ketika memancing, jangan sekali-kali pikir adakah aku mabuk? Banyakkan bersembang dengan kawan masa atas bot.
Satu petua lagi agak ekstrem sikit… mungkin korang ada perasan ikan yang ditangkap atau dibeli kadangkala ada anak ikan yang masih terlekat di dalam mulut ikan tersebut.
Selalunya kita buang tetapi kali ini sesiapa yang mempunyai masalah mabuk ini, ambil ikan tersebut dan celur. Kemudian makan atau telan. Tapi kalau nak mujarab lagi makan mentah-mentah dan jangan yang lupa selawat ke atas Nabi.
Kalau ditanya saya apa relevan tentang anak ikan ini dengan mabuk? Saya sendiri tiada jawapannya tetapi petua ini telah diturunkan turun temurun oleh datuk nenek saya yang hampir semuanya nelayan pantai.
Ada sesiapa yang berdarah O? Kalau korang bukan berdarah O, tak mengapalah… tapi kalau korang ada kawan yang berdarah O, bersahabatlah dengan beliau. Sesungguhnya pemancing berdarah O ini banyak keistimewaannya.
2. Tak kisah pemancing lain dapat ikan walaupun sepatutnya dia dapat ikan tersebut. Asalkan orang lain bahagia walaupun menangis dalam diam.
3. Seorang teman yang sejati. Senang cakap takkan kencing member sendiri.
4. Berpewatakan tegas dan keras pada luaran sahaja, hati tetap tisu jugak.
5. Seorang yang fleksibel. Jika korang berbuat baik, dia akan berbuat baik tapi kalau berbuat jahat, dia akan membalas dengan kejahatan juga.
6. Sangat tidak berkira dan tidak berdendam. Masalah-masalah kecil akan dilupakan begitu saja.
7. Setiap kebaikan orang akan diingati, malah akan dibalas melebihi apa yang diperoleh.
8. Sentiasa berusaha untuk kelihatan padu dan gagah walaupun berada dalam keadaan sedih seperti kumpau berdarah.
9. Setia! Percayalah… pemancing berdarah O ini seorang yang sangat setia tidak kiralah terhadap pasangan, kerjaya ataupun hobi. Jadi, sia-sia sajalah kalau korang ajak diorang ni buat hobi lain selain memancing.
10. Seorang yang adil… dan sangat bencikan pada pembohongan dan kemunafikan. Maknanya, pemancing berdarah O ini bukanlah jenis pemancing yang nak berbohong pasal berat ikan atau mengaku ikan orang lain, dia yang dapat.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...