
Ada sesiapa yang berdarah O? Kalau korang bukan berdarah O, tak mengapalah… tapi kalau korang ada kawan yang berdarah O, bersahabatlah dengan beliau. Sesungguhnya pemancing berdarah O ini banyak keistimewaannya.
- Seorang yang sangat komited. Kalau memancing akan diusahakan sehingga berjaya dapat ikan.
2. Tak kisah pemancing lain dapat ikan walaupun sepatutnya dia dapat ikan tersebut. Asalkan orang lain bahagia walaupun menangis dalam diam.
3. Seorang teman yang sejati. Senang cakap takkan kencing member sendiri.
4. Berpewatakan tegas dan keras pada luaran sahaja, hati tetap tisu jugak.
5. Seorang yang fleksibel. Jika korang berbuat baik, dia akan berbuat baik tapi kalau berbuat jahat, dia akan membalas dengan kejahatan juga.
6. Sangat tidak berkira dan tidak berdendam. Masalah-masalah kecil akan dilupakan begitu saja.
7. Setiap kebaikan orang akan diingati, malah akan dibalas melebihi apa yang diperoleh.
8. Sentiasa berusaha untuk kelihatan padu dan gagah walaupun berada dalam keadaan sedih seperti kumpau berdarah.
9. Setia! Percayalah… pemancing berdarah O ini seorang yang sangat setia tidak kiralah terhadap pasangan, kerjaya ataupun hobi. Jadi, sia-sia sajalah kalau korang ajak diorang ni buat hobi lain selain memancing.
10. Seorang yang adil… dan sangat bencikan pada pembohongan dan kemunafikan. Maknanya, pemancing berdarah O ini bukanlah jenis pemancing yang nak berbohong pasal berat ikan atau mengaku ikan orang lain, dia yang dapat.
Wacana – Kemalangan pemancing ketika memancing!!

MUHAMMAD TAQDIR
“Aku pernah kena time casting. Tengah syok casting sekali tercampak rod dalam sungai. Nak selamatkan dah tak sempat. Arus masa tu laju sangat. Hanya mampu melihat rod tenggelam dibawa arus.”
KHAIRUL NIZAM
“Pernah kena. Masa tu casting haruan. Dah dapat ikan pegang kepala ikan menggelupur pulak. Tengok-tengok mata kail kena jari. Lepas tu tak tau nak buat macam mana. Terus cabut macam tu je… terkeluar isi wooo.”
HIGO GARCIA MP
“Kemalangan kereta masa nak pergi pertandingan memancing Cyberjaya. Patah peha, buku lali kiri kanan, lidah hampir putus, tulang sendi tangan beralih. Duduk hospital Putrajaya tiga minggu. Tersadai kat kampung 3 bulan atas wheelchair.”
ARARAGI KOYOMI
“Pernah masa kecil dulu. Pergi memancing dengan ayah dan keluarga. Masa ayah nak baling umpan, adik pergi belakang ayah.
Aku terus lari tarik adik aku, tapi aku yang kena. Ladung hentak kepala, kail sangkut kat bibir. Dah la kat kail masih ada perumpun. Huhuhu.”
RIZAL JAKA
“Adik ipar teman tengah karau pancing naik,masa nak baling semula tersangkut pulak. balik dia tersangkut. Bukan tersangkut pada pokok tapi pada telinga sendiri daaa. Doktor pun pening fikir macam mana nak keluarkan kail tu daripada telinganya.”
ADAM IKWAN
“Masa memancing kat sungai. Perambut tersangkut, tarik kuat-kuat batu ladung saiz 5 hinggap kat dahi. Masa tu rasa macam nak pitam.
Dahi rasa macam ada air mengali. Rasa dengan tangan…dah berkicap! Bak kata orang tua-tua dah jadi adat memancing… salam perkenalan.”
CP OTAI
“Memancing kat kolam. Tarik punya tarik sangkut pulak. Biasa la bila sangkut guna kaedah ambil kain balut kat tangan tarik. Sekali tercabut batu ladung yang panjang terpacak kat dahi member…hospital jawabnya. Hati-hati bila memancing.”
Apa pendapat anda? Ayuh share perkongsian ini kepada semua rakan pemancing. Terima kasih!
Jangan lupa like, follow & see first Facebook Majalah Umpan
Kenapa Ramai Kaki Pancing `Pencen’ Selepas Kahwin?

Orang kata, zaman bujang menjadi waktu yang paling ‘heaven’ untuk kaki pancing. Waktu ini, merupakan saat yang membolehkan kita menghabiskan masa berjam-jam atau berhari-hari keluar memancing tanpa perlu memikirkan apa-apa yang berlaku di rumah atau persekitaran anda.
Tapi, keseronokan ini dikatakan tak bertahan lama. Semuanya berubah bila kaki pancing mula menjejakkan kaki menempuh alam rumah tangga dan pada masa itu aktiviti memancing dikatakan terganggu, malah ada yang terpaksa menggantung joran untuk selama-lamanya. Benarkah begitu?
Gantung Joran?
Pendapat 1
Sesetengah pemancing bila berumah tangga akan menggantung jorannya atas sebab menghormati kedua-dua ibu bapa dan keluarga mertua mereka. Biasanya, selepas beberapa bulan kegiatan memancing akan dilakukan seperti sedia-kala. Tapi, mungkin ada juga ahli keluarga yang tak suka melihat anak mereka meninggalkan keluarga semata-mata untuk hobi memancing ni.
Pendapat 2
My wife ni kalau kita nak keluar memancing memang takde masalah. Janji belanja dapur dan segala bil settle. Dia kata, “Kalau nak memancing, pancing ikan jaa, jangan pancing ikan mulut merah tau!” Ha..ha…
Pendapat 3
Bini aku ni kekadang OK kadang-kadang TAK OK bila aku nak keluar memancing.. Tengok mood dia… Susah juga nak pergi memancing. Nak kena jaga hati bini dulu, baru dapat lesen…
Pendapat 4
Pada saya tak juga.. Macam saya, bini siap belikan lagi set pancing untuk memancing kat Sedili dulu dan tak pernah melarang keluar memancing pun. Cumanya, mungkin bila dah kahwin ni, komitmen dengan keluarga adalah yang paling utama bagi sesetengah individu berbanding hobi.
Masa bujang lagi saya dah bawa keluar memancing, jadi dia dah faham keseronokan memancing ni.. Bising-bising sikit sebab belum barang pancing mahal tu ada la.
Pendapat 5
Pada saya, ramai juga kawan-kawan yang kena gantung joran elepas berkahwin… Alhamdulillah isteri saya memahami hobi saya. Pernah saya bawa isteri serta anak-anak ke kolam untuk merasai keseronokan memancing. Isteri siap cakap patut ler awak syok memancing. Bila ikan tarik kita lawan tarik balik.
Terasa gigil tangan merasa sentapan ikan. Terus isteri cakap awak tunggu ye anak-anak besar nanti, saya nak join sekali mancing. Anak pula asyik tanya bila nak pergi mancing. Sebenarnya lebih seronok kalau anak isteri join sekali trip memancing dan boleh dijadikan aktiviti riadah bersama keluarga.
Pendapat 6
Pendapat gantung joran adalah tidak perlu pada saya. Memancing adalah satu hobi yang tidak memudaratkan. Malah ia mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan. Masa terluang boleh digunakan untuk bersama keluarga beriadah & memancing.
Namun pemancing harus pandai menguruskan masa agar keluarga tidak diabaikan disebabkan aktiviti memancing yang terlalu padat.
Pendapat 7
Bagi persoalan ini, saya sebagai penyimpan joran-joran ul berpendapat adalah TIDAK PERLU gantung joran. Ini adalah kerana kita HANYA PERLU menyimpan joran dengan kemas di rak joran. Sekiranya takut atau risau joran2 dipatahkan oleh isteri anda, sila pilih rod Ugly stick kerana istilah patah itu TIADA.
Bagi saya, lepas kawin saya masih dengan hobi saya. Isteri dah faham kenapa saya dengan pancing tak dapat dipisahkan. Ini adalah kerana dgn memancing saya dapat rileks kan sikit kepala dan fikiran ini setelah stress bekerja. Nak-nak dengan GST dan harga minyak naik.
Pendapat 8
Lepas kahwin kene ingat tanggungjawab. Walau hobi kita ni bagus. Tapi bole jadi tak bagus kalau abaikan tanggungjawab kat rumah. Beli barang mancing ribu-ribu. Anak nak mintak belikan KFC ke mainan RM10 bukan main berkira. Itu dah tak betul. Bini nak beli langsir baru untuk rumah kata mahal, pun tak betul.
Yang betulnya, kenalah pandai beragak. Jangan hanya taksub memancing. Bahagikan masa sebaiknya. Keputusannya pasti Tak perlu gantung joran.
Renungan Ramadan – Doa di dalam hati ketika berbuka

Mohon Keampunan
“Allahumma Ya ‘Affuw Ya Ghaffar Ya Tawwab Ya Quddus Ya Jalil…. Ya Allah maafkan segala dosa dan kesilapan kami hari ini dalam bulan yang mulia ini.
Ya Ghaffar Ya Ghaffur… ampuni kami atas dosa-dosa lidah, mata, telinga, kaki, tangan, pemikiran dan hati kami, kami bertaubat untuk tidak mengulangi dosa-dosa itu dan suci jernihkan hati kami dari kebencian dan dendam, cinta dunia dan kotoran syirik.”
Memohon diterima ibadah puasa
“Allahumma Ya Rahman Ya Rahim… terimalah ibadah puasa kami ini sebagai ibadah seorang hambaMu.”
Mohon dibuka pintu syurga tanpa hisab
“Allahumma Ya Fattah Ya Razzaq Ya Karim… bukalah pintu syurga buat kami tanpa hisab, sesungguhnya kami tidak sanggup dihisab olehMu, Ya Hasib.”
Mohon ditutup pintu neraka
“Allahumma Ya Hafiz Ya Muhaimin… tutuplah pintu neraka buat kami, kami tak mampu disiksa di nerakaMu, Ya Muntaqim.”
Mohon dikuatkan untuk ibadah sepanjang malam
“Allahumma Ya ‘Aziz Ya Qowiy Ya Matin… perkasakanlah, kuatkanlah dan teguhkanlah jiwa dan jasad kami untuk beribadah kepadaMu sepanjang malam ini demi mencari redha dan cintaMu, Ya Rahman Ya Rahim Ya Waduud.”