Isi daging ikan cencaru akan kurang rasanya berbanding ikan pelagik lain seperti kembong atau selar. Kalau digoreng kosong memang kurang mencakop rasanya. Tetapi kalau dibuat sambal kelapa dan disumbat dalam badannya memang A. Nak buat sambal kelapa tu taklah susah sangat. Ini cara-caranya…
Bahan keperluan:
5 ekor ikan cencaru
1/2 biji kelapa parut
1 biji bawang besar (kisar)
Ads
2 ulas bawang putih (kisar)
3 cm inci kunyit hidup (kisar)
5 tangkai cili kering (direndam air panas dan dikisar)
Sedikit belacan
Garam & gula
Ads
Air asam sedikit
Cara Penyediaan:
Ads
Bersihkan ikan dengan menghiris bahagian belakang. Jangan dipotong bahagian bawah perut untuk buang isi perutnya.
Gaulkan bahan-bahan kisar bersama kelapa parut. Campurkan sekali gula, garam dan air asam jawa.
Sumbatkan bahan-bahan ini ke dalam badan ikan melalui hirisan belakang badannya.
Panaskan sedikit minyak dan goreng seperti biasa. Ia juga boleh dibakar atau dipanggang.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Memang tidak sempurna kalau pergi trip mencandat sotong tapi tak masak terus sotong yang diperolehi.
Percaya atau tidak, sotong yang direbus hanya dengan laut saja pun dah cukup sedap. Inikan pulak kalau dimasak sambal.
Kemudian dimakan dengan nasi panaas-panas! Peghhhh… selera!
BAHAN-BAHAN
5-6 ekor sotong dipotong bulat (kalau sotong kecil tak perlu potong)
Bawang besar (potong bulat)
Bawang merah (tumbuk)
Bawang putih (tumbuk)
Sedikit belacan
5 sudu cili boh
Air asam jawa
Garam
Serbuk perisa
Gula
CARA-CARANYA:
Tumiskan bawang putih, bawang merah dan belacan yang ditumbuk terlebih dahulu.
Bila naik bau, masuk cili boh. Tumis sampai naik minyak. Kemudian boleh terus masukkan air asam jawa.
Selepas itu, masukkan sotong. Kacau-kacau, masukkan garam, serbuk perisa dan gula. Selepas itu masukkan bawang besar yang dipotong bulat. Biarkan seketika. Dah siap!
Sekiranya anda salah seorang penonton siri Monster River, pastinya ada perasan pengacaranya kerap memakai baju-t yang sudah koyak rabak. Baju tersebut dianggap sebagai lucky shirt atau baju bertuah yang biasa disebut oleh kalangan pemancing sebagai baju buntat.
Secara peribadi, admin 100% tidak menaruh kepercayaan terhadap buntat atau apa saja barang yang dianggap membawa tuah ini. Cuma kadangkala, apabila memakai sesuatu pakaian tersebut, rezeki memancing pada hari tersebut macam menjadi-jadi pulak.
Bila sarung pakaian lain, kurang pula menjadi atau hampir kumpau dibuatnya. Kemudian, bila sarung kembali pakaian yang dianggap bertuah tersebut, rezeki kembali menjadi.
Rentetan dari kejadian seperti itulah tanpa sedar ia telah mengheret kita untuk mempercayainya. Malah, ia turut menaikkan semangat dan keyakinan apabila memakainya. Admin percaya sedikit para pemancing walaupun tidak mempercayai sepenuhya, sedikit sebanyak tetap percaya juga pada baju buntat ni. Jom kita tengok apa kata netizen…
“Rezeki tu Allah bagi. Takde kena mengena dengan baju. Syirik kalau percaya pakai baju, pancing, gewang, reel dan lain-lain yang kita rasa lucky bila pakai atau guna. Akidah kena jaga. Bismillah tawakkal, simple.”
– ABU FARISH ASRI
“Saya pun ada baju khas untuk memancing. Kalau pakai baju tu memang confirm dapat ikan besar-besar. Biar koyak pun takpe. Last-last baju tu terbakar. Sekarang dah takde dah baju special. Mancing pun kadang-kadang bangau.”
– MOHD AKBAR
“Teman idok ler percaya sangat pasal baju buntat ni. Tapi tu la… tiap kali turun mancing suka sangat pakai baju selai ni. Orang perak kata dekor (menjadi). Tapi itu lebih kepada rezeki. Kalau nak kumpau tu kumpau jugak. Hahahahaha…”
– JAI HANAFI
“Petua tu… dulu kalau pergi memancing memang kena pakai baju buntat. Lagi satu mak cakap jangan mandi pagi… bangun je terus pergi memancing. Baru dapat banyak ikan.”
– KETAM KIRA DUIT
“Ni bukan pasal buntat tapi nak bagi mantera memancing… ‘hulur-hulur tali perambut, aku hulur kau sangkut, kau tak makan sakit perut, aku tarik kau sangkut. Ini mantera jangan percaya sangat. Kalau percaya kompom kumpau. Hahahaha.”
– BU LAN
“Nak kata baju buntat rasanya bukan. Kalau trademark tu mungkin la. Kami kalau nak turun mengail tak kira kolam ke… sungai ke janji pergi mengail pakai baju hitam…. hahahaha.”
– RANTING TAIB ANDAK
“Saya pun ada… memang suka pakai bila pergi mancing. Ada rezeki untunglah, tak ada rezeki nasib laa… Allah yang bagi. Setiap kaki pancing memang ada baju dia suka pakai bila nak pergi memancing. Bohong la kalau cakap takde langsung barang bertuah termasuklah set pancing.”
– SU-HILL DGN
“Baju buntat memang tak ada. Tapi aku ada baju khas… baju khas berupa unifom kerja ni selalu pakai untuk mengelak bini tau aku pergi memancing. Hahaha… korang boleh try taktik aku demi kesejahteraan rumahtangga.”
– SYAHRAIN SYAHMI
“Memang betul! Pada awalnya aku pun macam tak nak percaya. Tapi itulah… dah dua kali dapat ikan besar dengan baju yang sama.”
– MOHD FANDI IBRAHIM
“Ini semua boleh menjurus kepada syirik. Tak payah la buat benda karut-marut ni. Benda macam ni memang setan suka hasut supaya kita percaya.”
– ABU HASSAN ABD RAZAK
“Saya percaya pada baju bertuah… lucky shirt. Bukan saja baju, reel pun sama. Reel dah patah tapi still guna sebab tuahnya bagus.”
– ANDREW JAMES
“Rezeki itu datang dari Allah… mulalah memancing dengan Bismillah disudahi dengan Alhamdulillah walaupun kumpau. Sekurang-kurangnya kita dah dapat rezeki pergi memancing. Ada sesetengah orang nak memancing pun langsung tak berpeluang.”
Satu perkara yang sepatutnya menjadi tanggungjawab kita sebagai pemancing di kelong, saya dapati ramai yang mengambil sikap sambil lewa mengenai hal kebersihan dan keselamatan di atas kelong. Bukan satu dua buah kelong malah hampir kebanyakan kelong berkeadaan yang sama.
Saya sering perhatikan mata kail dan apollo yang tidak digunakan selalunya disangkut di merata-rata tempat sama ada pagar kelong, tiang, dinding mahupun tempat duduk di kelong. Perbuatan kurang bertanggungjawab ini mampu mengundang kecederaan terutamanya jika ada kanak-kanak di atas kelong.
Sampah sarap pula dibiar bertaburan yang kemudiannya akan jatuh ke laut di tiup angin. Sampah ini akan hanyut ke pesisir pantai atau pintu muara dan mengotori pemandangan di sana. Walaupun pihak kelong ada menyediakan plastik sampah namun tidak ramai pemancing yang mahu menggunakannya.
Perairan Lukut sebagai contoh merupakan kawasan laluan dan cari makan bagi penyu dari spesies karah. Sekiranya bernasib baik, kita akan dapat melihat sang penyu berenang di sekitar kelong. Jadi plastik sampah yang dihanyutkan tadi mungkin boleh mengundang bahaya kepada spesies ini.
Plastik yang hanyut akan kelihatan seperti obor-obor, antara makanan utama penyu dan sekiranya termakan, sang penyu akan mati tercekik. Jadi sedar atau tidak kita menjadi penyumbang kepada pembunuhan penyu.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...