Satu perkara yang sepatutnya menjadi tanggungjawab kita sebagai pemancing di kelong, saya dapati ramai yang mengambil sikap sambil lewa mengenai hal kebersihan dan keselamatan di atas kelong. Bukan satu dua buah kelong malah hampir kebanyakan kelong berkeadaan yang sama.
Saya sering perhatikan mata kail dan apollo yang tidak digunakan selalunya disangkut di merata-rata tempat sama ada pagar kelong, tiang, dinding mahupun tempat duduk di kelong. Perbuatan kurang bertanggungjawab ini mampu mengundang kecederaan terutamanya jika ada kanak-kanak di atas kelong.
Ads
Sampah sarap pula dibiar bertaburan yang kemudiannya akan jatuh ke laut di tiup angin. Sampah ini akan hanyut ke pesisir pantai atau pintu muara dan mengotori pemandangan di sana. Walaupun pihak kelong ada menyediakan plastik sampah namun tidak ramai pemancing yang mahu menggunakannya.
Ads
Perairan Lukut sebagai contoh merupakan kawasan laluan dan cari makan bagi penyu dari spesies karah. Sekiranya bernasib baik, kita akan dapat melihat sang penyu berenang di sekitar kelong. Jadi plastik sampah yang dihanyutkan tadi mungkin boleh mengundang bahaya kepada spesies ini.
Plastik yang hanyut akan kelihatan seperti obor-obor, antara makanan utama penyu dan sekiranya termakan, sang penyu akan mati tercekik. Jadi sedar atau tidak kita menjadi penyumbang kepada pembunuhan penyu.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Bagi para lelaki, sangat disarankan memakan ikan ketutu. Kerana ikan ini mempunyai manfaat untuk meningkatkan vitalitas. Hal tersebut disebabkan dalam ikan ketutu banyak mengandung enzim dan juga hormon yang dapat membantu meningkatkan kesuburan bagi lelaki.
Ubat Penyembuhan Pasca Pembedahan
Salah satu manfaat ikan ketutu lainnya ubat alami dalam penyembuhan pasca pembedahan. Dengan pengambilan ikan ketutu secara rutin dalam jumlah yang cukup, maka akan mempercepatkan proses penyembuhan pasca pembedahan.
Menghaluskan Kulit
Bagi lady anglers, pengambilan ikan ketutu dengan jumlah minimum 100 gram setiap hari, mampu membuat kulitnya menjadi halus dan mulus. Ini kerana ikan ketutu sangat kaya kandungan vitamin E. seperti yang kita tahu Vitamin E merupakan salah satu jenis vitamin yang bermanfaat untuk kesihatan serta kecantikan kulit.
Agen Awet Muda
Selain dapat menghaluskan kulit anda, khasiat lain ikan ketutu yang banyak mengandung vitamin E ini, ialah membantu kita awet muda (jika diambil secara rutin). Sebab vitamin E yang ada di ikan ketutu, selain menghaluskan juga dapat meremajakan kulit anda serta membuang sel-sel kulit mati serta kerutan di permukaan wajah.
Mengubati Patah Tulang
Rawatan pesakit patah tulang dengan menggunakan atau pengambilan ikan ketutu merupakan cara yang tepat. Hal tersebut disebabkan kadar albumin yang tinggi dalam ikan ketutu sangat bermanfaat dalam pemulihan sel-sel tubuh yang rosak serta juga terbelah (pesakit patah tulang akan mempunyai sel yang terbelah). Untuk memperbaiki dan juga memulihkan sel tubuh yang telah terbelah tersebut dengan menggunakan albumin yang di dalam ikan ketutu.
Dapat Meningkatkan Kadar Albumin Di Dalam Tubuh
Albumin merupakan protein yang diproduksi oleh hati, kekurangan albumin membuat seseorang mudah terkena infeksi hepatitis. Orang yang mempunyai kadar albumin yang rendah terdedah terinfeksi dengan pelbagai penyakit hati seperti liver, hepatitis bahkan sirosis hati.
Meningkatkan Sistem Imun Tubuh
Manfaat albumin yang lainnya adalah untuk meningkatkan sistem imun tubuh. Kalau sistem imun meningkat, tubuh anda akan kebal terhadap pelbagai macam penyakit yang dapat masuk ke dalam tubuh.
Penyembuhan Luka Terbakar
Saat terkena luka terbakar, ada beberapa sel yang rosak. Kandungan albumin yang terdapat dalam ikan ketutu dapat memulihkan sel yang rosak akibat luka bakar tersebut. Kalau sel rosak tersebut dapat dipulihkan maka penyembuhan pada luka terbakar pun akan semakin cepat.
Mengubati Penyakit Hepatitis
Salah satu khasiat albumin lain ialah mengubati penyakit hepatitis. Hepatitis terjadi disebabkan oleh hati yang tidak mampu memproduksi albumin yang sangat bermanfaat bagi kesihatan hati. Oleh kerana itulah pengambilan daging ketutu dapat bermanfaat.
Mengurangi Risiko Terkena Serangan Jantung
Dengan pengambilan daging ikan ketutu secara rutin dalam jumlah yang tepat dipercayai dapat mengurangi risiko terkena penyakit serangan jantung.
Gejala mabuk laut bukanlah sesuatu yang indah untuk dihadapi apatah lagi dikenang. Namun korang masih boleh mengatasi gejala ini dengan melakukan persiapan awal seperti berikut.
Sebelum menyertai sesuatu trip memancing, pastikan diri anda mendapat tidur yang cukup. Jika tidak dapat 8 jam sekadar 4-5 jam sudah memadai.
Jangan lupa makan terlebih dahulu, tapi jangan sampai terlalu kenyang. Jangan makan makanan yang mengandungi minyak yang banyak. Apabila sudah makan ianya dapat menghindarkan perut daripada dimasuki angin yang boleh menyebabkan mabuk.
Ubat-ubatan seperti minyak angin, balm, koyok, dan ubat tahan mabuk juga perlu disediakan. Makanlah ubat tahan mabuk 1/2 jam sebelum memulakan sesuatu trip.
Semasa di atas bot, badan jangan terlalu membongkok atau melihat ke bawah, ini kerana jika keadan itu berlaku ianya juga boleh membuatkan anda cepat merasa mual atau loya, cubalah melihat sesuatu yang jauh.
Cuba hindari daripada duduk berdekatan dengan bahagian enjin, kerana bau asap yang terhasil daripada enjin tersebut juga boleh membuatkan anda mabuk.
Bawalah bekal buah-buhan segar ataupun jus buah. Air bergas juga mampu membantu mengeluarkan angin dari badan.
Satu lagi tip yang mungkin dapat membantu adalah dengan cara mendengar muzik.
Jika tekak sudah mula merasa mual atau ingin muntah, sebaiknya muntahkan saja kerana ianya akan membuatkan badan anda lebih berasa selesa.
Cabaran paling getir memancing ikan pari ialah bila berhadapan dengan tindakan ikan pari melekap seluruh tubuhnya di dasar laut. Berikutan daripada itulah munculnya pelbagai petua untuk membebaskan pari daripada melekap.
Ada petua yang logik tetapi kebanyakannya langsung tak boleh boleh diterima akal.
Petua 1 – Jentik tali
Jentik tali pancing macam main gitar. Alasannya, pari akan terasa ngilu akibat daripada getaran tali pancing yang turut menggetarkan mata kail yang tertusuk pada mulut pari. Rasanya mungkin ada benarnya jugak sebab kalau kita sakit gigi memang sensitif sangat pada sebarang getaran.
Petua 2 – Curah air tawar
Curah air tawar sama ada air paip atau air minuman pada tali pancing. Alasannya, air tawar yang akan mengenai mulut ikan pari akan menyebabkan kejutan atau melemahkannya. Sekaligus akan membuatkan ia bergerak keluar dari melekap. Logik ke air tawar boleh sampai ke mulut ikan pari setelah dicurahkan pada tali pancing?
Petua 3 – Gentel tembakau
Gentel atau lurutkan tembakau rokok pada tali pancing laju-laju. Alasan dan kesannya sama juga macam jentik tali pancing supaya ikan pari akan rasa ngilu. Di mana logiknya pun lebih kurang sama juga. Tak tercapai dek akal macam mana getaran tersebut boleh sampai ke mulut pari sekaligus rasa ngilu boleh mengatasi rasa sakit akibat tertusuk mata kail.
Petua 4 – Hantuk dengan batu ladung
Sama ada menggunakan klip atau snap yang disangkutkan batu ladung, kemudian dilepaskan menerusi tali pancing dengan tujuan untuk mengetuk kepala atau mulut ikan pari, ia tetap merupakan satu tindakan yang tak masuk akal. Lebih-lebih lagi teknik pancingan tersebut menggunakan perambut tanduk atau ranggung.
Petua 5 – Halau dengan tembakau
Dikatakan ikan pari tidak suka bau tembakau (usah bincang bila masa pulak pari pernah hidu bau tembakau), maka tembakau dimasukkan di dalam uncang kain dan diturunkan melalui tali pancing menggunakan batu ladung sebagai pemberat.
Persoalan paling utama, tak tersangkut ke uncang tembakau tu pada batu ladung yang digunakan di tanduk atau ranggung?
Petua 6 – Guna petrol Ron95
Konsep yang sama menggunakan uncang tembakau. Kesannya juga nampak macam boleh diterima akal. Tapi pelaksanannya tetap tidak pratikal. Lebih buruk ia boleh mencemarkan alam sekitar. Silap-silap ikan lain yang ada di lubuk tersebut semua cabut lari sebab tak suka bau petrol.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...