Ikan baung dengan menu baung masak tempoyak memang tak dapat dipisahkan. Memang padu menu tu.
Tapi semestinya baung ni boleh buat masak tempoyak je, masak menu lain pun tak hilang rasa sedap baung tu.
Nak buat bbq atau bakar pun sempoi. Kalau nak try bakar, ni dia resepi dan cara penyediaannya.
Bahan-Bahan Keperluan:
1 ekor ikan baung saiz kasar.
Ads
(Dibersihkan dan diperap dengan air asam jawa atau tepung gandum seketika bagi menghilangkan rasa hanyir).
Bahan-Bahan Untuk Sambal (dikisar)
2 batang serai diketuk.
Dua inci halia.
3 ulas bawang merah.
3 ulas bawang putih.
3 tangkai cili padi.
Sedikit garam.
Sedikit serbuk perisa (jika perlu)
Cara-Cara Penyediaan:
Ads
Lumur dan ratakan bahan-bahan tadi seluruh badan ikan.
Letak daun pisang dan sapukan sedikit minyak masak di atas grill. Letakkan ikan di atasnya.
Bakar atau grill di atas api yang sederhana.
Ads
Tambah ramuan sambal ke atas badan ikan.
Balikkan ikan dan masak sehingga rata.
Jangka masa masak ikan antara 15-20 minit.
Sedia untuk dihidangkan dengan air asam jawa atau kicap berlada.
(tip: Untuk mengetahui ikan sudah empuk atau tidak, cungkil isi ikan dan lihat sama ada isi ikan sudah bercerai dari tulang atau tidak. Enak dimakan dengan nasi ketika masih panas).
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Ikan toman (giant snakehead) merupakan spesies terbesar dalam famili Channidae dan mampu membesar sehingga 150 cm dengan berat sehingga 20 kilogram. Ini adalah kenyataan dari pakar yang buat kajian tentang ikan toman, jadi adalah sukar untuk mempercayai kewujudan toman sehingga 55kg.
Selaku ikan monster bersifat predator dan kepaduan daya juangnya, toman amat popular bagi para pemancing. Khususnya penggemar sukan memancing segmen mengilat atau casting. Padang pancing seperti tasik, sungai, lombong, paya atau kolam yang menjadi habitat toman akan diredah kaki pancing apabila mengetahui kewujudannya.
Toman dipancing dengan pelbagai kaedah. Sama ada menerusi teknik pancingan dasar, apungan atau mengilat. Pelbagai umpan juga boleh digunakan untuk memancing toman. Ikan hidup, hirisan ikan, belut, katak atau umpan tiruan. Dari pelbagai teknik dan umpan, mengilat atau casting menggunakan umpan tiruan atau gewang merupakan kaedah paling popular dan dikuti ramai.
Abaikan persoalan mengilat toman menggunakan set spinning atau baitcaster yang manakah lebih praktikal dan menyeronokan. Begitu juga gewang jenis apa yang afdal untuk casting toman. Sama ada gewang permukaan, gewang minnow atau crank, gewang selaman cetek atau dalam, sesudu, katak kayu atau getah, atau pelbagai jenis spinnerbait.
Sebaliknya, apa yang menjadi topik yang ingin dibicarakan ialah… Apakah gewang mahal berstatus tahyul saja akan disambar oleh toman??
Bagi pemancing yang baru berjinak-jinak dengan sukan memancing toman, antara dilema yang sering dihadapi adalah bajet untuk membeli gewang. Apatah lagi apabila harus berkomplot dengan masta-masta caster yang taksub pada gewang-gewang tahyul berharga tinggi untuk mengilat toman.
Gewang dengan nilai RM50 dan ke atas bolehlah dilabel sebagai gewang mahal. Tidak semua pemancing mampu untuk melabur dengan bajet sekasar itu demi menjerat seekor toman yang berkemungkinan akan menjahanamkan terus riwayat gewang tersebut.
Bagi membincang perkara ini, berikut merupakan pendapat dan buah fikiran pemancing yang sudah sekian lama berkecimpung dalam arena mengilat toman.
“Apa yang ada pada gewang mahal juga terdapat pada gewang murah. Bezanya yang paling ketara adalah dari segi renangan serta bahan atau material yang digunakan. Ditambah pula dengan corak dan warna yang sangat menarik telah mempengaruhi pertimbangan para pemancing. Terdapat banyak pilihan gewang harga murah di pasaran yang perlu anda cuba keberkesanannya.
Yang penting anda mampu menggayakan gewang itu sendiri bersesuaian dengan lokasi dan jenis gewang itu sendiri. Toman lazimnya tidak terlalu memilih jika anda menggunakan sebarang jenis gewang. Yang paling penting bagaimana anda persembahkan gewang.
Gewang juga tidak melakukan aksi gaya renangan secara automatik. Tanpa bantuan dari pemain yang berpengalaman, gewang mahal seperti tidak bernilai. Jadi, pendapat yang mengatakan toman hanya boleh dipancing dengan gewang mahal adalah tidak tepat sama sekali.”
“Kalau mampu pakai yang mahal, pakailah… kalau tak mampu, gewang pun jadi jugak. Tentang gewang mahal dan murah ni susah sikit nak cakap. Orang ni banyak macam. Kalau yang suka pakai yang jenis mahal mungkin salah satunya adalah kerana kualitinya, lain pada yang lain, nak tarik tarik perhatian orang pun ya.
Mungkin juga minat dia mengumpul barang-barang berjenama… tapi yang murah pun tidak ada kurangnya jugak. Cuma kena la pilih-pilih sikit.
Murah tapi ada kualiti… mengikut atas kemampuan la. Kesimpulannya, terpulanglah pada pengguna nak pilih mana yang bersesuaian. Tapi hakikatnya semua gewang ikan hentam. Asal ada aksi renangan yang bersesuaian dengan ikan yang diburu dan juga teknik individu.
Purata boleh dikatakan 70% skil individu yang mendapat strike termasuk bijak melihat keadaan tempat, cuaca, air dan persekitaran yang untuk menggunakan gewang apa ketika itu.”
“Ia adalah satu fakta bukan auta kerana ikan tak kenal gewang. Penjelasannya mudah saja… ikan toman adalah pemangsa yang rakus. Ia tidak memandang jenis gewang kerana sifatnya yang kejam. Perbezaan yang ketara jika membandingkan aksi gewang mahal dan murah ialah pada persekitaran toman itu sendiri. Jika tekanan casting tinggi aksi gewang memainkan peranan penting. Jika tidak, apa yang lalu pasti dihentam oleh toman.”
Bila dapat ikan kerapu manis (pemancing je tau kerapu manis ni apa), hanya satu resepi yang terbayang di mata admin. Masak sweet & sour la. Kalau buat kari kurang sikit kerapu ni. Kalau korang dah terliur, baik simpan segera resepi ni.
Bahan-Bahan Keperluan:
1 ekor ikan kerapu (diambil isi dan dipotong kiub… kalau rajin la. Kalau ikan kecik, goreng sekor pun boleh)
120 gm tepung jagung (dicampur sedikit garam)
1 biji telur (dipukul)
Minyak masak secukupnya
Bahan Untuk Sos:
5 biji bawang merah
5 biji bawang putih (dikisar)
3 cm halia
1 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
1 cawan air
Garam secukup rasa
Cara Penyediaan:
Gaul ikan dengan telur dan tepung jagung.
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ikan tadi sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
Sos:
Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
Selepas itu masukkan cili kisar dan kacau sehingga pecah minyak.
Masukkan air, sos cili, sos tomato dan garam secukup rasa.
Apabila sudah mendidih, angkat dan tuangkan kuah ke atas ikan.
Berkongsi kereta untuk pergi memancing merupakan satu rutin yang biasa diamalkan oleh para pemancing. Tidak sama ada lokasi memancing dalam jarak jauh atau dekat. Ia adalah satu langkah yang bijak dan menjimatkan.
Namun, demi keselamatan bersama, beberapa panduan atau etika berkongsi kereta ini perlulah diamalkan oleh semua ahli trip.
Panduan Bagi Pemandu
Pandu dengan cermat dan berhemat. Tak kiralah kereta sendiri atau kereta member sentiasa peka pada pemanduan.
Pastikan sampai ke destinasi dengan selamat. Tak guna sampai cepat tapi dalam keadaan yang sakit-sakit.
Jangan berangan strike lebih-lebih. Kalau boleh jangan berangan langsung. Takut nanti sambil berangan pun boleh kumpau.
Jangan paksa drive sebab mengantuk atau letih. Jangan sayang nak bagi kereta pada member untuk drive.
Co-Pilot
Navigate jalan. Tolong cadangkan route yang lebih cepat dan selamat.
Jangan tidur! Sentiasa pantau keadaan pemandu dan gaya pemanduannya.
Jadi penghibur atau tukang cerita. Cerita bohong pun tak apa janji ada interaksi dengan pemandu terutamanya.
Jadi pembantu keperluan pemandu seperti berikan air minuman, nyalakan rokok atau sebagainya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...