Resepi Pemancing : Asam Rebus Ikan Bulan

Share

 

Jangan sangka ikan bulan tidak enak hanya kerana ia melihat persekitaran habitatnya. Sedangkan ikan keli yang boleh hidup di habitat yang tercemar sekalipun masih enak dimakan. Sebenarnya ikan bulan kurang dijadikan juadah kerana ia ikan bertulang banyak. Namun, disebalik banyak tulang, isi ikan bulan manis rasanya. Digoreng rangup pun sedap, dibuat asam rebus pun sedap!

 

Bahan-bahan:

2-3 ekor ikan (saiz sederhana)
Seikat daun kesum
2-3 keping asam gelugur
Garam, gula & serbuk perisa secukup rasa

Bahan-bahan kisar:

10 tangkai lada kering
3 biji bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai

 

Cara Penyediaan:

Ikan bulan dicuci bersih dan dikelar-kelar sedikit badannya.

Masukkan bahan-bahan kisar ke dalam periuk, masukkan air secukupnya dan didihkan.

Kemudian masukkan Masukkan asam keping dan juga ikan.

Apabila ikan dah masak, masukkan garam, gula dan bahan perisa secukup rasa. Akhir sekali, masukkan daun kesum.

Hidangkan panas-panas dan berhati-hatilah dengan tulang-tulang halus ikan.Sedia untuk dihidangkan.

IKLAN