Dapat saja pari atau sebaik berjaya daratkan ikan pari, pasti ramai dah terbayang apa juadah yang ingin dibuat. Yang pastinya menu paris asam pedas memula sekali terbayang di mata. Nah… ini dia resepi untuk korang buat sendiri pari asam pedas tahap melibas sedapnya.
BAHAN-BAHAN:
Ads
500 gm ikan pari
6 biji bawang merah (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
50 gm cili kering (dikisar)
3 cm halia (dikisar)
3 cm lengkuas (dikisar)
3 cm kunyit hidup (dihiris)
3 cm belacan (dikisar)
1 tangkai daun kesum
1 kuntum bunga kantan (belah empat)
1 batang serai (diketuk)
5 biji kacang bendi
Minyak kelapa secukupnya
Air asam jawa secukupnya
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN:
Ads
1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang merah, bawang putih, cili kering, halia, lengkuas dan belacan sehingga pecah minyak.
2. Masukkan daun kesum, bunga kantan, serai dan air asam jawa. Kacau sehingga mendidih.
Ads
3. Kemudian masukkan air, gula dan garam secukup rasa. Kacau dan biar mendidih seketika.
4. Masukkan ikan pari yang telah dibersihkan dan juga bendi. Biar masak dan bolehlah diangkat.
5. Sedia dihidangkan dan dinikmati.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Mancing adalah satu hobi yang menyeronokkan tetapi juga boleh mendatangkan perasaan yang tidak enak. Ia boleh bertukar menjadi boring, tension atau marah disebabkan beberapa perkara. Berikut merupakan perkongsian netizen Umpan berkenaan perkara ini.
“Pasal dapat tak dapat ikan tu tak apa… jangan kita pergi mancing bawa orang tak tahu pasal memancing. Hadoiii serik dah bawa orang yang macam ni pergi mancing… asyik nk balik je…!!!”
“Bila umpan habis time tengah syok memancing! Memang tak boleh blah!!!”
“Tengah syok-syok mancing, datang la 2-3 orang masuk sungai rentang jaring, terbakor je jiwa dan raga melihatnya…!”
“Talipon tak berenti berbunyik…. Hangen…!”
“Gewang sangkut, sentap-sentap terus putus. Haiiishhh… ”
“Bila sesirat bergulung kat perambut. Tensen rasanya nak buat perambut baru… Perghhh..!!”
“Tension – bila spool jadi mee hoon goreng tauge lebih.
Boring – bila tali asyik sanggit ngan geng sebelah…
Marah – plak bila tengok screen sonar ikan menggerutu punya la banyak tapi seekor ikan pun tak nak jamah umpan aku…. ”
“Aku tension/boring/marah masa memancing bila mana ada orang/kawan/family minta tolong aku buat perambut kail masa ikan tengah menjadi-jadi.”
“Bila ada orang bawak bot betul-betul lalu depan tali pancing ngan lajunya… macam takde tempat lain nak lalu. Bila ada orang pasang jaring kat area lubuk baik punya. Bila ada orang memekak dan membebel tak tentu pasal bila tengah mancing.”
“Bila kawan yang tak memancing bergurau baling ketul batu… memang hanginnnn…!”
“Bila mancing kat kolam… pakai baling hentam coromok je… tak tengok kira kanan atau beri salam. Bukan je boring… tension bila port kita dah baik kena kacau…. marah bila ditarik tali kita sekali…. warrrgggghhhhhh!!!!”
“Bila dah buat planning nak pergi mancing tiba-tiba dapat surat jemputan tarikh yang sama saudara buat kenduri…tension!!! ”
“Tertekan bila plan nak pergi mancing, ramai yang nk follow… tapi bila beli barang mancing aku sorang-sorang je. ”
“Bila umpan bawak sikit, banyak pulak ikan makan… bila bawak banyak umpan…. bangau…! Gerrrrrrrr!!!”
“Yang lagi angin bila sampai je tepi sungai tiba-tiba lak air keruh sampai. Entah dari mana hujan aku pun tak tau la… hangin… hangin.”
“Punyalah galak menyambar anak ikan, habis semua jenis gewang dihulur, satu pun tak layan… arrgghh!!! Tensionnyeeee!!!!”
Apa reaksi anda sekiranya set pancing yang baru dibeli dengan harga ribuan ringgit, diberi pinjam kepada kawan dan set pancing tersebut patah atau rosak ketika sedang bertarung dengan ikan?
Itulah topik wacana yang admin bentangkan untuk kali ini. Rasa topik ini terlalu mudah untuk difahami. Malah ia bukan perkara baru dalam dunia memancing. Ia boleh berlaku kepada sesiapa saja termasuklah diri anda.
Admin sendiri pernah alami perkara seperti ini. Walaupun set pancing yang diberi pinjam kepada kawan itu tidaklah sampai mencecah ribuan ringgit, tetapi ia tetap rosak juga apabila diberi pinjam kepada kawan yang belum berpengalaman.
Tentu saja untuk meminta ganti rugi terasa tidak sampai hati pula. Tetapi rugi tetap rugi juga. Tambah menyakitkan hati, set peralatan kita pulak yang dipersalahkannya dengan pelbagai alasan.
Jom kita sama-sama rasai pahit manis rakan-rakan kita yang pernah berhadapan dengan perkara ini.
“Kalau jiwa pemancing sebenar, dia takkan marah tapi dia akan terkejut dengan saiz dan kekuatan ikan tu yang berjaya mematahkn joran dia yang berharga ribu-ribu ringgit tu. Keesokan hari barulah dia akan marah. Marah kat kedai pancing sebab tauke kedai tu kata joran yang dia beli tu harganya ribuan ringgit sebab joran tu boleh tarik ikan besar dan takkan patah.”
– ZAIDI IDIAZ
“Perasaan dia sama macam kita baru beli lure harga puluhan ringgit dan nak hampir cecah ratus, kemudian selang beberapa jam pi casting. First cast leader putus… lure pulak melayang jauh nun di sana.”
– AZHAR USMPENANG
“Pernah… beli jam 3petang… pakai malam tu. Kawan pinjam dan kena tarik pari lebih 10kg. Lawan dekat 1jam then patah. Apa boleh buat… minta bayar half ja sebab member.”
– RAYNER NELSON CHONG
“Senang je… berlapang dada dan fikir rasional. Then minta peminjam ganti balik… bayar monthly pun takpe. Braided putus takpe, jangan putus silaturahim.”
– FAUZAN YAACCOB
“Ganti la apa lagi. Pinjam pandai ganti mau pandai la. Kalau kita yang bagi pinjam boleh runding-runding sikit. Kalau dia yang mintak, pandai-pandai le.”
– ABU HASSAN ABD RAZAK
“Nama pun pinjam… faham-faham sendiri la apa makna pinjam. Takkan nak bagi member sedap… kita pulak murung selama sebulan.”
– ASMUNI ABD RAHMAN
“Patah tu okey lagi sebab tahu kat situ ada ikan besar dan kita tahu yang rod mahal tak menjamin kualiti. Tapi kalau kawan buat jatuh joran dalam laut atau sungai itu kawan patut humban dalam laut juga.”
– MOHD AZNIN FAZLI
“Itu kira baiklah jugak tengah bertarung dengan ikan. Lagi sedih bila bagi pinjam dekat member, member nak melontar, terlebih hayun joran tu sampai kena lantai dan patah joran tu. Perghhh!”
– NIK IRSHAM
“Sebab ikan takpe… nama pun kawan. Takde hal punya sambil-sambil tunggu ke darat google la apa yang patut dan tunjuk kat dia yang mana berkenan.”
– ZA KI
“Joran patah tarik ikan no hal lagi tapi kalau jenis pinjam tak reti pulang ni macam mana? Bertahun dah rasa. Kita pulak yang malu nak mintak banyak kali. Dh pinjam set, pinjam reel plak. Tu pun tak pulang lagi. Apa punya orang la.”
– KEMBARA AMIE
“Selagi member tu kata nak ganti balik joran tu… rasanya ok kot. Tapi kalau dia ganti dengan sorry je… memang cari pasal la.”
Biarpun berapa puluh tahun anda memancing dan seberapa banyak pengalaman yang anda, janganlah jadi pemancing yang bodoh sombong atau berlagak pandai! Ini amat penting terutama bila anda meneroka lubuk baru. Sentiasalah bertanyakan mereka yang arif dengan kawasan tersebut dan kaji dahulu lokasi memancing anda untuk mengelakkan kes membangau sehari suntuk!
Mudah Kelam-kabut
Kalau kot ye pun teruja nak memancing elakkan dari menjadi seorang yang kelam-kabut. Bukannya apa, bila terjadinya kes-kes kelam-kabut ni pasti ada saja masalah yang akan terjadi. Tertinggal set pancinglah, ikan rabutlah dan yang paling teruk berpotensi untuk ditimpa kecederaan sewaktu memancing. Jadilah seorang pemancing yang sentiasa bertenang dan rancanglah sebaik mungkin perjalanan sebelum anda keluar memancing.
Dengki tak bertempat
Kes kaki pancing cemburu ni mesti banyak kali terjadi di kalangan kita. Pantang je tengok orang tarik ikan mesti ada 1 atau 2 orang yang jenis tak senang duduk bila tengok orang strike. Time tu jugaklah dia nak pindah duduk kat kawasan orang yang dapat ikan tu. Haihh, kalau boleh, jadilah pemancing yang sentiasa percaya pada rezeki sendiri. Janganlah dek kerana sikap tamak dan cemburu tu anda dibenci pemancing lain.
Set Peralatan Tak Sepadan
Biasa terjadi bila memancing dapat sambaran tetapi ikan susah nak mengena. Adakah anda kaji semula mengapa perkara itu terjadi? Besar kemungkinan ia datang daripada pemilihan peralatan yang salah. Jadi sebagai pemancing, anda harus tahu apa spesies ikan sasaran anda. Jadi dari sini anda boleh menentukan peralatan apa yang sesuai untuk anda gunakan. Sebagai contoh, janganlah nak pancing layaran guna mata kail udang pulak nanti.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...