Resepi pemancing – Asam Pedas Ikan Pacu

Share

Ramai pemancing yang tak makan ikan pacu kerana tidak pernah mencubanya.  Atau sebab rasa isinya yang rasa macam tanah. Sebenarnya jika dibersihkan dengan teliti bagi menghilangkan hanyirnya dan dibuat asam pedas… rasanya ramai pemancing yang sanggup berpanas memancing ikan pacu.

 

Bahan

 

1 ekor ikan pacu (saiz kecil)

1 sudu asam jawa dibancuh dengan setengah cawan air

2 batang serai diketuk

Seikat daun kesum

Bendi atau terung (tak suka tak payah)

Air

Minyak

 

Bahan kisar

 

1 biji bawang besar

2 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

15 tangkai cili kering (dilembutkan dahulu)

1 inci belacan

I inci kunyit hidup

1/2 inci halia

1/2 inci lengkuas

 

Cara Menyediakannya:

 

Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar bersama serai sehingga pecah minyak dan wangi.

Tambahkan air asam jawa

Masukkan air (nak pekat letak sikit) dan biarkan hingga mendidih.

Masukkan gula, garam dan serbuk perasa. Kemudian baru masukkan ikan.

Tambah bendi, terung atau apa saja sayur dan biar semuanya masak.

IKLAN