Memang tidak dapat dinafikan penawar bagi disengat sembilang ialah dengan mendapatkan rawatan dari doktor atau pusat kesihatan. Namun, jika terkena sengat di tengah laut dan jauh dari daratan, penawar alternatif merupakan kaedah yang terhampir dengan mangsa. Dan biasanya, pemancing yang pernah disengat sembilang ada penawar dan petua yang tersendiri.

 

“Pernah kena.… lepas tu tekong suruh gigit dan telan ekor ikan sembilang tu. Alhamdulillah kurang sakit… boleh teruskan mancing sampai ke petang.  Masa tu naik sampan kena dalam pukul 10 pagi. Tapi lepas naik darat… balik rumah mandi terus tangan start bengkak. Terus pergi klinik kena inject!”

– ZULKEFLE SIPUN

 

“Penawar paling mujarab… kerat sikit ekor belakang dia, lepas tu kunyah dan telan. Kompom boleh kurang sakit. Bukan main-main ni… dulu ada pak cik geng tangkol ketam yang ajar buat macam ni. Alhamdulillah dia punya sakit tak merebak. Cuma sakit kat tempat kena sengat tu yang perlahan-lahan hilang sakit.”

– MOHD KAMAL

 

Rahsia Penawar Biasa Disengat Sembilang Oleh Netizen

 

“Dulu saya merawai ikan sembilang, biasa kena sengat tu je petuanya. Tapi saya juga ada guna buah pinang muda. Caranya keluarkan bijik pinang yang bulat tu, lepas tu belah dua dan lekatkan tempat yang kena sengat tu sehingga melekat. Buah pinang tu akan menarik bisa ikan dalam lima minit akan hilang.”

– SULAIMAN LEMAN

 

Rahsia Penawar Biasa Disengat Sembilang Oleh Netizen

 

“Saya pernah kena sengat ikan sembilang… ya ampun punya la bisa setengah mati! Tak ada penawar yang nak guna.. yang ada cuma Panadol. Telan sekali 4 biji baru reda sikit bisa dia.”

– MAD TOCANG

 

“Belah kepala ikan sembilang tu… ambil otak atau lendirnya kemudian sapu pada bahagian yang kena sengat.”

– KAMAL JUNA

IKLAN

 

“Pakai air bateri… tuang dekat tempat kena sengat. Betul ni… tapi jangan minum. Kalau di minum kubur tempatnya. hehehe… titis di tempat terkena sengat pari atau ikan sembilang.”

– SAKURAGI THORMARTEOEW

 

Rahsia Penawar Biasa Disengat Sembilang Oleh Netizen

 

“Petua yang saya dapat dari ayah… ikan sembilang, keli, duri dan keluarganya… asah kuku guna pisau, ambik habuk kuku dan tampal di tempat kena sengat. InsyaAllah rasa berdenyut sakit hilang.”

– AMIR AZIZ

 

“Saya pernah kena dekat rumah rakit. Kena dekat jari manis… sungguh manis penangannya. Cara saya buat, ikat lengan… tumbuk asam jawa, bubuh dalam kain, lepas tu ikat kat tempat kena sengat tu… minum susu. Alhamdulillah, saya boleh sambung mancing lagi.”

– LAN JB

 

Rahsia Penawar Biasa Disengat Sembilang Oleh Netizen

IKLAN

 

“Tak ada ubat! Tunggu la 3 kali pasang surut air. Banyak kali dah kena. Banyak dah petua ikut termasuk makan ekor… pahit yang amat! Tapi denyut tetap sama dia punya sakit boleh rendam tangan dengan air panas.”

– MUHD SAFREE

 

“Paling mujarab ambik satu misai kucing kemudian cucuk dekat tempat yang kena sengat tu… nanti akan terasa hisapannya. Saya dah cuba Alhamdulillah lena tidur dengan izin Allah.”

– SEKUT COTEK

 

Rahsia Penawar Biasa Disengat Sembilang Oleh Netizen

 

“Pengalaman Wak kena…. baca selawat, tekapkan tempat kena sengat tu kat badan ikan tu balik (mean kat lendir badan ikan tu.…) petua dari orang lama jugak ni. Alhamdulillah… boleh sambung mancing balik.”

– CIKWAN REDZUAN JELANI

 

“Kalau kena atas bot… rendam jari atau tangan yang kena sengat dalam minyak petrol dan pecahkan biji asam jawa, lekap kat tempat yang kena.”

IKLAN

– MAZLAN MAJID

 

Rahsia Penawar Biasa Disengat Sembilang Oleh Netizen

 

“Bisanya rasa macam kena api rokok.. setiap saat berdenyut. Kalau kena air pasang lagi kuat denyutnya. 8 jam tahan bisa. Bibir pun dah biru. 4 jam sekali inject, sampai sekarang kaki lemah sebelah.”

– NORA ZEMAN

 

“Biasa saya kalau kena sengat sembilang ni atau ikan duri saya akan kencingkan kat jari yang kena sengat tu dan biar beberapa minit sampai reda. Lepas reda baru basuh balik tangan dengan air bersih.”

– FAKHRUL TAHIR

 

“Masa memancing dulu-dulu dengan orang-orang lama… dia ambik tahi cacing tanah yang masih baru dan sapu pada tempat terkena sengat.”

– YAMIN HAMZAH

 

Rahsia Penawar Biasa Disengat Sembilang Oleh Netizen

 

“Selalu dah kena… cara saya, gigit sikit tempat kena sengat, sedut sikit bagi keluar darah, buang lepas tu sapu minyak angin cap kapak… tak sampai sejam lega.”

– MAT NASH

 

Rahsia Penawar Biasa Disengat Sembilang Oleh Netizen

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI