Ikan gerong belang tidak lagi menjadi spesies sasaran pancingan konvensional (bottom fishing atau pancingan dasar) laut dalam, sebaliknya ia sudah menjadi spesies sasaran utama khususnya penggemar teknik jigging ringan di negara kita.
Walaupun fizikal mulut ikan gerong belang merupakan jenis bottom feeding, namun apabila gewang tiruan digayakan di zon strike atau habitatnya, gerong belang akan menjadi spesies ikan pemangsa yang sangat agresif dan rakus.
Ads
Respon gerong terhadap jenis gewang juga sangat meluas. Disebabkan itu, gerong belang digemari oleh pemancingyang gemarkan penggunaan umpan tiruan seperti teknik mengilat, jigging, surf casting serta fly fishing dek kerana gerong tidak sukar untuk dipujuk.
Ads
Jika anda berada di kawasan zon strike spesies ini, pasti sangat mengujakan apabila strike demi strike yang dilakukan oleh sang gerong terhadap gewang yang dihulur. Gewang ‘hard lure’ minnow saiz kecil hingga sederhana antara saiz ideal yang sesuai untuk menggoda gerong belang. Saiz sebegini sesuai untuk mengilat terutama di kawasan agak cetek, di mana menjadi tempat permainan gerong.
Ads
Selain itu, gewang permukaan seperti popper dan stick bait pula bukan sahaja sangat efektif, malah mampu memberikan visual aksi sambaran yang mengagumkan saat dibaham spesies trevally ini.
Teknik penggunaan umpan tiruan seperti jigging, casting, trolling, fly fishing malah penggunaan soft plastic memang efektif untuk memancing gerong jika anda berada di zon strike atau habitat kegemaran gerong. Selalunya kawasan cetek berpasir, jernih dan berterumbu karang mempunyai potensi tinggi sebagai zon strike.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Jika memancing tenggiri menggunakan umpan ikan hidup, kita seharusnya tahu bagaimana untuk persembahkan umpan tersebut di dalam air. Ini adalah faktor paling penting untuk mengendap tenggiri. Tenggiri adalah pemburu pertengahan dan bawah permukaan air.
Ikan tenggiri gemar berada kira-kira 20 kaki hingga 40 kaki dari permukaan air. Jika menggunakan perambut sepanjang 4 depa, umpan tadi perlu diangkat 5 depa setelah batu ladung mencecah dasar.
Kemudian umpan dihanyutkan mengikut arus dan diangkat sedikit demi sedikit dalam tempoh tertentu jika tiada tanda-tanda sentapan. Kedalaman kemudian disukat jika berlaku sentapan tenggiri. Jadi golongan nelayan dapat membaca secara kasar kedudukan tenggiri.
Cara ini lebih efektif selain kita laraskan kedalaman bagi mereka yang menggunakan kekili elektrik. Bacaan kedalaman air boleh membantu mereka melabuhkan umpan pada tahap kedalaman yang tepat.
Di kawasan unjam pula ramai menggemari teknik hanyut atau di bawah sedikit di permukaan air sahaja. Tenggiri bukan pemburu dasar dan amat jarang menyerang mangsa di dasar air kecuali mangsa sedang dikarau naik ke atas. Yang penting umpan mesti digantung dari dasar minima 6 meter atau lebih. Tengok kedalaman air.
Bagi teknik menghanyut pula disarankan pakai belon. Pastikan umpan berada kira-kira 7 depa dari belon.
Sebarang ikan yang menyambar umpan pemancing bukan berdasarkan kepada jenis peralatan, harga, saiz, jenama dan empunya pancing. la lebih tertakluk kepada cara penyampaian, umpan, lubuk serta nasib pemancing itu sendiri.
Untuk aruan tasik, jika pemancing menggunakan peralatan aksi ringan tentu bagai nak tercabut lengan melawannya. Kalau cekap mengawal peralatan, episod separuh jalan mungkin dapat dihindarkan.
Sebagai mana sifat ikan berkulit ‘Melayu’ ini yang amat rakus melarikan tangsi, peralatan kelas menengah ke atas disyorkan dengan kekuatan tangsi dari 15-30lb.
Joran pendek (joran bot) lebih sesuai dengan lenturan parabolik agar mudah pemancing mengepam dan memujuk ia menyerah diri. Denyutan hujung joran berulang kali membuatkan ramai pemancing bertambah gian untuk bertarung dengannya lagi.
Memancing dari bot lebih senang kerana spesies ini lebih tertumpu di luar pantai. Gancu juga perlu jika anda berminat untuk membawanya pulang, jika tidak, potong saja tali perambut atau biarkan saja ia memutuskan perambut ketika menggelupur di permukaan air tanpa mencederakannya.
Untuk sportfishing, disyorkan agar menggunakan mata kail jenis ketajaman kimia (chemical sharpness) yang mudah reput apabila berada lama di dalam air.
Dengan ini, mata tertanggal dengan sendiri dan ikan bebas seperti biasa untuk pertarungan di masa akan datang. Mata kail jenis Octopus untuk umpan hidup dan O’Shaughnessy untuk umpan mati dengan saiz 1 hingga 4 adalah disyorkan.
Teknik Dan Umpan
Aruan tasik sentiasa berkeliaran mencari mangsa di kawasan yang memiliki makanan yang banyak. Mangsa pula terdiri dari anak-anak ikan pelagik, sotong, udang, ketam dan anak-anak ikan lain yang berada di habitat laluannya seperti anak kunyit.
Oleh kerana berketurunan pemburu, menggunakan umpan ikan mati tidak menjadi masalah untuk menawannya. Jika ia ada berdekatan, umpan ikan tadi akan menjadi mangsa sementara aruan tasik akan menjadi milik anda.
Walaupun aruan tasik sejenis ikan pelagik, memancing dasar mempunyai peratus sentapan yang lebih tinggi berbanding pertengahan air dan permukaan (teknik hanyut atau guna belon). Selain itu, teknik menunda juga berkesan untuk mendapatkan aruan tasik.
Gewang ikan, sotong atau skirt boleh digunakan untuk menunda aruan tasik. Kawasan pilihan menunda ialah di sekitar pulau, luar kawasan unjam dan kawasan pantai berbatu karang. Jangan menunda berdekatan dengan unjam dan pelampung bubu kerana pasti gewang anda tersangkut pada tali yang berserangkai.
Lengkapkan peralatan anda dengan umpan pilihan tadi dan padankan dengan perambut di antara 40-60lb. Perambut tangsi memadai dan berkonsepkan ‘satu aruan tasik, satu perambut’.
Biasanya perambut tangsi akan calar akibat bergeser dengan barisan gigi halusnya. Aruan tasik mempunyai kekuatan larian dan junaman yang kuat, konsisten dan suka berlegar di permukaan sebelum membuat junaman di saat akhir.
Banyak kes putus perambut di permukaan air terjadi apabila teknik menggancu tidak betul. Pada masa ini bukan saja aruan tasik, spesies-spesies lain juga mampu membuat junaman apabila badan tersentak atau sakit (kena sipi) ketika si pemancing sudah yakin ikan tersebut dalam genggaman.
Jika terjumpa aruan tasik berlegar di sekitar bot, sistem tegangan perlu ‘disetkan’ pada tahap sesuai bagi membenarkan larian junaman selepas mata pancing sudah tersusuk pada bahagian mulutnya. Kalau anda tersilap, sarang burung terjadi atau tangsi kehabisan dipecutnya.
ikan kitang adalah haiwan omnivor. Oleh kerana itu ia boleh dipancing dengan menggunakan umpan isi ikan atau udang. Rasanya yang lembut, lunak dan manis membuatkan ikan ini banyak diburu oleh para pemancing pinggiran laut.
Habitat ikan kitang biasanya ada di struktur-struktur dermaga, pemecah ombak serta tepi hutan bakau. Malah ada pemancing yang perna pernah mendapatkan ikan di penghujung sungai air payau. Ikan kitang sangat menyukai habitat yang mempunyai lumut atau tumbuhan dalam air lainnya.
Memancing ikan kitang memang sangat mengasyikan, jika menggunakan alat pancing kelas ringan atau light tackle. Ikan kitang tak mudah menyerah saat terkena mata pancing, badannya yang pipih dan lebar membuat tarikan semakin menyenangkan karena ikan kitang akan terus melawan.
Teknik memancing ikan kitang di pelantar
Umumnya teknik memancing kitang ada dua iaitu menggunakan joran beradu (tanpa kekili) dan menggunakan joran light tackle. Untuk memancing ikan kitang biasanya saya menggunakan alat pancing kelas ringan dengan spesifikasi :
Joran: 2-6lb
Panjang joran: 5-6 kaki
Kekili: Siri 500-2000
Line: 0.18 – 0.22 mm
Ladung: 5gm (ikut kesesuaian arus)
Mata kail: Nombor 5-7
Teknik memancing ikan kitang ini boleh dilakukan dengan umpan adunan tepung dan dedak, atau juga bisa menggunakan umpan udang kertas.
Biasanya teknik ini menggunakan teknik pelampung, susahnya menggunakan pelampung adalah harus disertai joran yang panjang, kita juga tidak boleh membiarkan pelampung hanyut ke struktur tiang. Jadi ia lebih sesuai untuk pancingan santai tetapi perlu dipantau sentiasa.
Teknik mancing ikan kitang yang paling kerap saya gunakan ialah dengan menggunakan umpan udang kertas dan umpan rasuah untuk mengumpulkan ikan. Umpan rasuah dibuat dari adunan tepung gandum, margarin dan bahan lainnya seperti umpan untuk memancing belanak.
Dengan adanya umpan rasuah, ikan akan selalu kekal di situ. Tanda-tanda ikan kitang sudah berkumpul adalah ketika umpan rasuah berputar-putar. Kedalaman spot yang biasa saya pancing sekitar 7 sampai 10 meter. Umumnya kedalaman umpan rasuah sekitar 4-5 meter.
Ketika kita memancing menggunakan cara ini, umpan rasuah dan umpan di mata kail harus sejajar, sebab jika kedalaman berbeza sedikit saja terkadang ikan tidak mau makan.
Maka ketika umpan rasuah masih berputar tetapi ikan tidak mau makan umpan yang ada di mata kail, kita harus memeriksa kedalaman umpan rasuah dan umpan utama yang ada di mata kail kemudian selaraskannya.
Waktu yang tepat memancing ikan kitang adalah ketika air mulai naik dan air mulai bergerak turun, biasanya ikan kitang akan berhenti makan jika air pada posisi paling tinggi dan paling rendah.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...