Kejayaan mendaratkan ikan kelah terutamanya bersaiz kasar bermula daripada perkakasan pancing yang digunakan. Tiada kompromi untuk menggapai kejayaan. Di sini kami perturunkan sedikit ilmu dari aspek teknik dan taktik untuk memancing kelah liar.

 

Faktor Peralatan

 

Semua peralatan mestilah dalam keadaan yang sangat bagus. Joran aksi sederhana berat, 7 hingga 9 kaki panjang lebih sesuai. Kekili dengan 200 meter tali 15 – 25 paun sudah mencukupi. Tali tangsi perlulah tahan kikisan.

 

Rahsia Kejayaan Mengail Kelah Zaman Berzaman

 

Anda perlu menggunakan mata kail yang kuat bersaiz 1/0 hingga 6. Saya gemar menggunakan mata kail berparuh yang bertangkai pendek jenama Daichi (kelabu) dan Mustad Saltwater (hitam) kerana keloknya ditempa dengan baik sehingga dapat memberi kekuatan yang padu. Walaupun tersangkut, ia tidak akan lurus sebelum tali putus.

 

Mata kail diikat kepada perambut sepanjang 18 inci. Perambut yang panjang diperlukan bagi memastikan umpan tidak ditutupi oleh daun daun mati di dasar sungai.

IKLAN

 

Rahsia Kejayaan Mengail Kelah Zaman Berzaman

 

Teknik Dan Skill

 

Anda perlu memastikan semua struktur ikatan terbentuk dengan baik tanpa sebarang kecacatan yang berupaya melemahkan tali. Sekiranya tali yang keluar daripada ikatan tersebut kelihatan kusut, bermakna ikatan tadi tidak berapa baik. Ikat semula. Ingat, perkara sekecil ini boleh menyebabkan kegagalan dan penyesalan ketika memancing kelah.

 

IKLAN

Kaedah memancing secara dasar dengan menggunakan batu ladung nombor 3 – 6 yang bebas bergerak merupakan pilihan terbaik kili digunakan antara perambut dan tali utama. Sebagai tambahan, saya sering meletakkan manik plastik lembut antara tali utama dan cili bagi melindungi ikatan.

 

Rahsia Kejayaan Mengail Kelah Zaman Berzaman

 

Terdapat juga sungai yang dipenuhi dengan batu dan kayu yang boleh menyebabkan tali perambut sering tersangkut setiap kali lontaran. Di sini, kita perlu mengubah taktik. Jangan gunakan kili atau batu ladung bebas sebaliknya gunakan kepingan timah sepanjang 2 inci dan setebal 1/2 inci.

 

Lilitkan kepingan timah kepada tali utama dan ketatkan kedua-dua hujungnya menggunakan playar atau gigi anda. Pelik bukan tetapi teknik ini memang berhasil. Apabila anda melontar biarkan ia tersangkut antara batu. Biarkan.

IKLAN

 

Rahsia Kejayaan Mengail Kelah Zaman Berzaman

 

Apabila hendak mengarau tali, keluarkan tali sepanjang 30 meter dan biarkan air yang membawanya dan arahkan joran ke arah yang sama kemudian rembat joran ke atas melepasi kepala dan belakang anda.

 

Paksaan akan berlaku dari arah hilir yang kemudiannya akan membebaskan tali tersebut. Kemudian karaulah tali sekuat hati sebelum ia tersangkut lagi. Kalau masih tersangkut, cuba tarik tali dengan tangan bukannya dengan joran. Batu ladung ini akan menjadi longgar lalu membebaskan tali.

 

Rahsia Kejayaan Mengail Kelah Zaman Berzaman

 

Jika tak berjaya juga, memang tiada pilihan lain kecuali tarik saja sampai putus, jadi anda cuma kehilangan mata kail dan batu ladung buatan sendiri.

(Sumber : Aznir Malek)

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI