Perjalanan bermula dengan menaiki motosikal dan bersambung dengan berjalan kaki di tepi jeram sungai mendaki bukit untuk sampai ke lubuk tersebut. Pada jam 2 petang mereka tiba di Lubuk Kolam dan agak memenatkan, mereka pun merehatkan diri di tepi jeram sungai sambil menyiapkan kelengkapan untuk memancing tengas.
“Letak je dah lekat ikan tengas,” kata Mat pada Bob dengan senyum melebar. Memang lapar betul ikan tengas di sini. Mat dan Bob asyik menaikkan ikan tengas yang boleh tahan saiznya.
Ads
Tidak lama kemudian ikan semakin kurang menyambar umpan. Bob mula naik mencari port yang lebih sesuai lebih tinggi dari port yang dipancing oleh Mat. Biarlah Mat seorang diri terus melayan di lubuk tersebut.
Tidak sampai setengah jam, Mat melihat Bob berlari bergegas turun dari celah-celah batu sungai menuju ke arah Mat. Sebaik sahaja sampai di tepi Mat, Bob menepuk bahu Mat sambil bersuara cemas.
Ads
“Mat… jom blah!”
Dengan tiba-tiba, selepas ditepuk oleh Bob, Mat melihat keadaan sekeliling menjadi gelap gelita, mereka memang terkelu melihat keadaan sekeliling, mereka merasakan keadaan baru jam 4 atau 5 petang, tetapi jam di tangan menunjukkan pukul 10 malam.
Ads
Keadaan yang gelap di hutan tebal, yang tidak ada kampung yang berhampiran. Mereka pula tidak membawa sebarang lampu, dengan hanya pemetik api rokok yang dijadikan lampu untuk menyuluh mereka pulang ke bawah. Dalam serba kepayahan dan mendebarkan mereka berjaya juga keluar dari kawasan tersebut.
Sehingga ke hari ini, Bob dan Mat masih mengatakan mereka baru sahaja tiba di Lubuk Lakom, tetapi hari sudah gelap dengan tiba-tiba. Memang sukar untuk diterima oleh akal. Mujur tak disesatkan atau hilang begitu saja.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Tahun 1995 hingga 1998 adalah tahun saya kemaruk dengan aktiviti memancing. Maklumlah waktu tu jadi guru banyak masa senggang. Waktu petang boleh buat macam macam aktiviti. Lebih-lebih kalau duduk di Saratok. Boleh mengail udang di pangkalan.
Waktu itu juga kawan-kawan Iban sering mengajak saya memukat di Alit. Pantai Alit yang agak landai memang menjadi lokasi memukat anak belanak atau disebut orang tempatan ikan kemura. Selain anak belanak kadang udang laut (lapis/tohey) juga mudah sangkut.
Saya masih teringat lagi saat air surut kami dah mula mencacak kayu atau buluh di pantai. Selepas jaring diikat pada kayu atau buluh tadi. Kami akan menunggu saat air pasang. Waktu itu kami tak hanya berdiam diri. Maka masing-masing mencapai joran dan melabuhkan kail dan ladung sambil menanti pari merenggut umpan.
“Woii! Dapat woiii!” jerit Cikgu Zul bila jorannya direntap sesuatu. Sambil melayan kekili, Cikgu Zul menarik sedikit demi sedikit tali jorannya. Meskipun mula-mula ikan melawan tapi akhirnya tewas juga ditarik ke daratan. Ternyata bukan pari tapi sembilang.
Bila air mula pasang… saya, Cikgu Zul dan Cikgu Wan mula meninjau pukat. Banyak juga anak belanak sangkut dipukat. Cikgu Zul memang peminat ikan belanak.
“Ni kalau masak steam sedap ni, Zal.” kata Cikgu Zul.
Selesai memukat saya menyimpan pukat di dalam bonet Kancil. Masing-masing pulang ke rumah. Namun pada waktu malam ada ‘pelawat’ datang menjengah di rumah mertua tempat saya menginap.
Ia disedari oleh orang kampung yang nampak sebiji bebola api berlegar di atas kereta saya. Saya juga perasan bila terdengar bunyi kicauan murai dan tekukur di tengah malam agak riuh.
Saya pun turun ke bawah rumah. Kelihatan beberapa orang kampung datang membawa lampu suluh. (maklumlah waktu itu kampung Nyabor masih menggunakan generator).
“Ado antu laut dibah yo… tapi dah lari dikepong kamek orang.” Kata seorang jiran tidak jauh dari rumah.
Keesokan paginya 5 ekor bangkai tekukur peliharaan adik ipar mati dalam keadaan dadanya berlubang.
“Apa kitak polah ari marek cikgu?” Tanya seorang penduduk.
“Kamek memukat jak. Dapat ikan murak dan lapis. Pas ya kamek pulang,” jawab saya.
“Ni pukat tek?” Soal beliau kembali.
“Ado dalam bonet,” jawab saya.
“Sik dicuci?” tanya beliau lagi.
“Sik…” jawab saya pendek.
“Yasullah. Patutlah diagak antu kitak tok… (patutlah kamu di kejar hantu) rupanya pukat sik dicuci.”
“Manalah saya tahu…” jawab saya tersengih.
Saya membuka bonet. Terkejut sungguh bila pukat saya penuh dengan sampah, daun kering dan tulang ikan.
Saya dan penduduk kampung mengutip semua sisa yang terlekat dipukat dan dibawa semula ke pantai Alit untuk dibuang.
Sejak itu saya tak berani lagi kelaut. Rasa cuak bila dikejar penunggu laut. Bila gian nak mengail. Saya hanya mengail haruan di parit sahaja.
Antara lokasi tercantik di dunia adalah di lautan. Terutamanya di kawasan terumbu karang kerana di kawasan terumbu karang inilah terdapat hidupan marin yang cantik.
Sekiranya menemui ikan-ikan ini, sanggup ke dibuat asam pedas atau kari?
Mandarin fish atau mandarin dragonet merupakan ikan yang kecil, berwarna-warni dan berasal dari keluarga dragonet yang amat popular dalam industri ikan hiasan air masin. Mandarin fish berasal dari perairan Pasifik antara selatan Kepulauan Ryukyu, Jepun hingga ke Australia.
Emperor Angel Fish
Emperor angelfish atau angelfish maharaja ini merupakan ‘maharaja’ dalam genus Pomacanthus dan merupakan spesies ikan hiasan marin.
Ikan ini selalunya tertumpu pada kawasan terumbu karang dan berasal dari Lautan Hindi dan Pasifik, dari Laut Merah ke Hawaii dan Kepulauan Australia.
Lion Fish
Lion Fish merupakan satu daripada beberapa spesies ikan marin yang berbisa dalam genus Pterois,Parapterois, Brachypterois, Ebosia atau Dendrochirus dan berasal dari famili Scorpaenidae.
Ikan ini juga dikenali sebagai Turkey Fish, Scorpion atau Fire Fish. Mereka amat dikenali dengan durinya yang sangat panjang dan terpisah-pisah, dan mempunyai penampilan yang berjalur merah, hijau, hijau laut, coklat, oren, kuning, hitam,jingga atau putih.
Clown Triggerfish
Ikan triggerfish atau nama saintifiknya Balistoides conspicillum merupakan ikan yang berasal daripada order Tetraodontiformes.
Ikan ini tertumpu di kawasan terumbu karang dan biasanya ditemui di perairan tropika Indo-Pasifik.
Symphysodon atau discus merupakan genus 3 spesies ikan air tawar cichlid yang berasal dari lembangan Sungai Amazon.
Discus sangat popular sebagai ikan hiasan dalam akuarium dan industri bagi ikan ini merupakan salah satu industri utama di beberapa negara di Asia.
Moorish Idol
Ikan Moorish atau Zanclus cornutus merupakan ikan spesies marin yang kecil dan satu-satunya dari keluarga Zanclidae dalam order Perciformes.
Merupakan penghuni tropika dan tertumpu kepada kawasan terumbu karang dan lagun subtropika, ikan ini dikenali kerana populasi meluas di seluruh Indo-Pasifik. Sesetengah butterflyfish hampir menyerupai ikan Moorish ini.
Clownfish
Clownfish atau anemonefish merupakan ikan yang berasal dalam subfamili Amphiprioninae dalam famili Pomacentridae.
Lebih kurang 29 spesies telah dikenalpasti, satu dalam genus Premnas dan selebihnya dalam genus Amphiprion.
Dalam persekitarannya mereka membentuk simbiosis dengan anemones. Bergantung kepada spesies, clownfish kebanyakannya berwarna kuning, oren, kemerah-merahan atau kehitam-hitaman dan garis-garis putih.
Saiz terbesar mencapai 18 cm (7.1 inci) manakala yang terkecil kurang daripada 10 cm.
Flame Angel
Merupakan saudara terdekat kepada Coral Beauty, Flame Angel mempunyai warna yang sangat terang berbanding ikan lain.
Ikan ini juga sebenarnya mudah didapati dan mampu dimiliki oleh penggemar ikan hiasan.
Parrot Fish
Ikan ini dinamakan parrot fish kerana mulutnya seakan paruh burung. Ikan ini menggunakan paruhnya untuk menghancurkan invertebrata kecil sebagai makanan di kawasan terumbu karang.
Kebanyakan pasir dan terumbu karang di lantai dasar laut sebenarnya hasil makanan ikan parrot, ianya mengunyah terumbu karang, memakan invertebrata kecil dan meludah kembali kalsium yang berlebihan.
Kebanyakan spesies pada awalnya berwarna merah, coklat atau kelabu tetapi pada fasa terminal ianya berubah kepada hijau terang atau biru dengan tompok-tompok merah jambu atau kuning terang.
Kampung Kebeng merupakan sebuah kampung dalam gugusan kampung Belum Lama yang telah ditinggalkan setelah penduduknya diarah pindah oleh pihak kerajaan Malaya pada tahun 1947.
Setelah hutan Royal Belum ini diwartakan di bawah enakmen Perbadanan Taman Negeri Perak pada tahun 2003, Kampung Kebeng ini bertukar wajah menjadi destinasi memancing khususnya bagi penggemar spesies ikan sungai pegunungan, kelah dan kejor.
Namun untuk ke Kampung Kebeng tidaklah semudah yang disangka kerana tiada sebarang pengangkutan melainkan perlu meredah denai hutan berbukit dan anak sungai berjeram sekitar 15 kilometer lengkap dengan permit dan juru pandu yang diiktiraf.
Aktiviti memancing di hulu Sungai Kejar ini telah lama diketahui oleh tiga orang ahli kelab perikanan rekreasi Aluminium Boat Casting atau Alucast. Hanya setelah didorong oleh seorang lagi rakan ahli kelab yang akan menyertai trip bersama grup lain, barulah mereka bertiga berpeluang untuk turut serta.
Menyedari perihal laluan dan rintangan yang bakal dihadapi, sedikit sebanyak persiapan khususnya fizikal dilakukan sebelum menjayakan ekspedisi meredah hutan memburu kelah.
Ekspedisi selama lima hari empat malam hampir 30 orang peserta termasuk juru pandu dan porter bermula apabila berakhirnya perjalanan air di hilir Sungai Kejar. Setelah menyelesaikan urusan permit di kem Sungai Kejar, perjalanan merentas kanopi hutan bermula dengan jalan berbatu tepi sungai yang mudah mencederakan otot jika tersilap langkah.
Begitu juga ketika meredah arus di sungai berbatu. Setelah melepas Sungai Ketir dan beberapa kawasan perkhemahan, ahli ekspedisi berehat dan bermalam dahulu di kawasan perkhemahan Kampung Kajang.
Mana-mana ahli ekspedisi yang masih bertenaga akan memulakan aktiviti memancing malam namun kebanyakannya melayan kepenatan dan mengumpul tenaga.
Keesokan paginya barulah kembali menyambung perjalanan sehingga tiba di Kampung Kebeng dengan trek perjalanan yang mampu membuatkan lidah terjelir hingga ke lutut.
Apa yang menarik, trek perjalanan yang digunakan merupakan trek yang sama digunakan oleh binatang liar dan kesan tapak-tapak kakinya boleh dilihat dengan jelas.
Di tapak perkhemahan Kampung Kebeng ini ahli-ahli ekspedisi akan berpecah menjadi kumpulan kecil bagi melakukan aktiviti memancing khususnya mencari spesies sasaran utama iaitu kelah merah. Ada kumpulan yang mencuba di kawasan berhampiran tapak perkhemahan, ada yang mudik ke hulu dan juga yang turun ke hilir sungai.
Walaupun tidak banyak spesies kelah merah yang berjaya dijinakkan, namun pengalaman meredah hutan ini sangat berharga khususnya bagi tiga orang ahli Alucast dan sejurus selamat pulang dari ekspedisi sudah mula berkira-kira untuk melangkah lebih jauh lagi hingga ke hulu Sungai Merah.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...