Masak megi dengan udang galah merupakan menu biasa bagi pemancing udang galah. Namun jangan ingat hanya setakat itu saja kemampuan seorang pemancing. Ramai pemancing yang handal memasak termasuklah admin. Hehehe…
Kalau korang dah jemu hadap megi udang galah atau udang galah masak lemak, apa kata korang try pulak buat udang galah telur masin. Resepi ini pun datangnya dari pemancing jugak!
Bahan-Bahan:
500 gm udang galah
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Ads
Minyak
3 sudu udang kering direndam dan dicincang halus
3 sudu besar mentega
3 biji bawang putih (dicincang)
10 biji cili padi (dihiris serong)
2 tangkai daun kari
Ads
3 biji telur masin (direbus sehingga masak)
1 sudu kecil gula
5 sudu besar susu segar
Cara Penyediaan:
Ads
Rebus dan asingkan putih telur (ambil yang kuning sahaja) hancurkan kuning telur ketika masih panas.
Udang dibersihkan dan digaul dengan garam dan serbuk kunyit.
Goreng sekejap sehingga udang berubah warna. Angkat dan ketepikan (buangkan semua lebihan minyak)
Panaskan kuali masukkan mentega, tumis bawang putih, daun kari, udang kering dan cili padi hingga wangi dan masukkan telur masin yang dihancurkan tadi.
Kemudian masukkan susu segar dan gula (tak perlu letak garam sbb dah ada rasa masin dari telur masin)
Kacau rata dan masukkan udang. Kacau lagi. Masak seketika, kemudian bolehlah dihidangkan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Hampir 1 jam meredah denai, akhirnya mereka berlima sampai ke lubuk yang dituju. Sebatang anak sungai mengalir jernih, tenang dan deras di bahagian hilirnya menyambut kedatangan mereka. Tetapi tumpuan lebih terarah ke kawasan air yang mengalir tenang dan gelap airnya di bawah pokok besar.
“Geng, kita pasang khemah dululah. Lepas ni kita cari kayu api dan pasang joran. Mana tahu ada ikan yang menjadi mangsa santapan tengah hari kita nanti” arah Azam. Semua mengikut arahan Azam tanpa banyak soal.
Dua buah khemah didirikan tidak jauh dari gigi air. Zainal kemudiannya mencari kayu api untuk dijadikan bahan bakar. Mizan dan Jimie pula sudah memasang empat batang joran dengan berumpankan perut ayam yang diadun dengan tepung gandum dan juga umpan kelapa sawit peram.
Jam dua petang, mereka sudah berjaya menaikkan tiga ekor ikan sebarau, dua ekor tengas dan lima ekor ikan lampam sungai. Ikan-ikan itu dibersihkan lalu dipanggang begitu saja untuk dijadikan santapan tengah hari. Aduh, enak tak terkata apabila menikmati ikan segar yang ditangkap sendiri dan dimakan panas-panas begitu.
Menjelang waktu Maghrib, Azam sudah mula menghidupkan unggun api di tepi sungai. Selain untuk menerangkan kawasan perkhemahan, unggun api juga bertujuan menghalau nyamuk, agas serta menakutkan binatang liar kalau ada.
Namun sesuatu yang ganjil berlaku apabila senja semakin melabuhkan tirainya. Ketika asyik melayan joran yang galak dimakan ikan, satu suara asing menegur dari belakang. Tiba-tiba muncul seorang lelaki berusia awal 50-an, bertubuh kurus, tetapi kelihatan pucat dari semak-samun berhampiran.
“Boleh pak cik tumpang berteduh sebentar di sini” jawab lelaki itu dengan ramah. Azam hanya memandang saja. Zainal dan Mizan pula bagaikan terkunci mulut. Jimie leka melayan jorannya yang galak dimakan ikan.
“Duduklah encik. Kami pun baru saja sampai petang tadi. Kalau encik nak makan, ada lagi nasi petang tadi. Ikan panggang tu pun ada lagi. Tapi kena cicah dengan air kicap je la” kata Hairi menjawab bagi pihak rakan-rakannya.
“Tak takut ke memancing di tengah-tengah hutan ni?” lelaki misteri tadi terus menyoal.
“Nak takut bendanya. Bukan ada hantu atau bunian kat sini” lancang Hairi menjawab. Azam menjeling tajam ke arah Hairi! Tiba-tiba guruh berdentum. Daun-daun mula menari di tiup angin.
“Nak hujanlah pulak. Leceh…” rungut Hairi. Dia memandang ke tempat lelaki tadi duduk. Berderau darahnya. Lelaki tadi telah ghaib entah ke mana! Malam itu mereka berlima tidak dapat memancing. Semuanya berkurung di dalam khemah.
Hujan turun mencurah-curah diikuti dengan petir dan kilat sabung menyabung. Selain itu, mereka dapat mendengar pelbagai bunyi aneh kedengaran di sekeliling kawasan khemah. Seperti ada pesta keramaian.
Suara kanak-kanak dan orang dewasa berbual jelas kelihatan. Ini menyebabkan mereka gelisah dan tidak dapat tidur. Masing-masing enggan membuka mulut, bertanyakan hal yang berlaku, apatah lagi cuba untuk menjenguk apa yang berlaku di luar khemah.
Keesokan harinya, mood memancing seperti sudah hilang. Tepat jam 9 pagi, mereka berlima sudah siap mengemas untuk pulang. Namun, sampai sahaja ke tempat kereta diletakkan, mereka terperanjat apabila melihat kawasan itu sudah dipenuhi oleh polis dan orang awam.
“Ada apa ni bang?” Tanya Jimie kepada seorang lelaki.
“Ada orang jumpa mayat dalam gaung. Kata polis, mungkin dah 2,3 hari mati kot. Kena bunuh. Ngerilah!” jawab lelaki itu bersahaja.
Sewaktu pihak polis mengusung mayat itu, secara tidak sengaja mereka terpandang ke arah muka mayat yang tidak ditutup rapat. Berderau darah mereka berlima apabila melihat muka lelaki itu saling tak tumpah dengan lelaki asing yang datang berteduh di khemah mereka malam tadi.
Siapa lelaki berkenaan dan bagaimana dia ghaib dengan tiba-tiba serta bunyi aneh di sekeliling khemah mereka terus menjadi persoalan. Sejak kejadian itu, mereka tidak berani untuk berkunjung ke Jeram Lesung. Pengalaman yang dilalui tersebut menyebabkan mereka menjadi serik terutama kepada Hairi!
Sejarahnya, teknik ini banyak digunakan di Jepun dan China sejak tahun 960 lagi dan diwariskan secara turun temurun. Di Jepun, tradisi memancing ikan dengan menggunakan burung Cormorant ini disebut ‘ukai’.
Biasanya teknik ini dilakukan bersama nelayan lain yang semuanya memiliki burung ini. Dengan menaiki perahu, para nelayan membentuk sebuah formasi lingkaran dan burung-burung Cormorant diarahkan untuk mengejar ikan dengan arah ke tengah dari lingkaran.
Setelah burung Cormorant dilepas dari perahu oleh nelayan, ia dengan segera akan menyelam dan menangkap ikan dengan paruhnya.
Untuk mengendalikan burung, para nelayan memasang tali pengikat pada leher burung. Ini dilakukan untuk mencegah burung daripada menelan ikan yang bersaiz besar, namun
burung Cormorant masih boleh menelan ikan kecil atau ikan yang tidak menepati saiz yang diinginkan nelayan.
Teknik ini sangat berkesan pada waktu malam kerana nelayan menggunakan cahaya api dari obor untuk menarik perhatian ikan.
Saat ini, teknik Cormorant fishing merupakan khazanah memancing yang semakin luput ditelan zaman.
Lebih malang lagi, teknik ini hanya dilakukan oleh nelayan yang berusia di mana nelayan muda lebih gemar menggunakan teknik moden seperti jaring dan pukat.
Fakta
Burung Cormorant merupakan burung air yang memiliki kaki berselaput dan mempunyai paruh yang berkantung. Menu utamanya ialah ikan.
Meskipun memiliki kelemahan, namun belitong adalah jenis ikan serba guna yang juga boleh diolah dan dibuat menjadi masakan yang lazat. Dagingnya bersifat lunak dan manis. Sebelum dimasak daging ikan ini berwarna merah muda tapi akan memudar saat dimasak.
Belitong juga sangat rendah lemak, namun lembut dan kaya rasa. Jika diolah dan dimasak dengan tepat maka rasa semulajadi ikan belitong yang manis akan sangat nikmat jika dimakan salad, atau dengan buah segar.
Buat anda yang tertarik untuk membuat olahan ikan belitong, di bawah ini akan dipaparkan cara memasak ikan belitong yang sesuai.
Cara Mengukus Ikan Belitong
Langkah pertama sebaiknya ikan belitong dikukus dengan menggunakan daun pisang.
Cara ini akan membuat ikan matang secara perlahan dan sekaligus menjaga agar sari dagingnya tidak rosak selama dimasak. Caranya, daun pisang sebaiknya direndam sekitar 2 menit agar lebih lembut lalu didihkan sekitar 30 saat.
Setelah itu potong ikan belitong dengan hati-hati menjadi beberapa bahagian sesuai selera. Ketika memotong sebaiknya sambil ditekan perlahan agar fillet tidak hancur. Setelah itu bungkus potongan ikan belitong dengan daun pisang dan kukus.
Setelah itu sejukkan potongan daging ikan belitong lalu letakkan dalam piring dan masukkan peti sejuk sekitar 30 minit. Saat didinginkan anda boleh menuangkan sari lemon atau limau nipis, garam, lada, atau rempah untuk menghilangkan bau hanyirnya. Setelah itu daging belitong siap dimasak dengan pelbagai resepi yang dihajati.
Resepi Steak Belitong
Olahan dengan resep steak belitong ini akan memberikan sajian yang sangat lazat. Berikut ini cara memasaknya.
Bahan keperluan:
Ikan belitong secukupnya
Mentega secukupnya
french fries secukupnya
Sebiji cili hijau
Sebiji tomato
Daun salad secukupnya
Daun bawang secukupnya
Minyak zaitun secukupnya
Minyak ikan secukupnya
Limau nipis secukupnya
Cara penyediaan:
Campurkan semua bahan salad seperti daun salad, tomato, cili hijau
Kemudian tambahkan minyak zaitun dan minyak ikan.
Panaskan teflon yang telah dituang marjerin setelah itu tumis ikan belitong dengan menambahkan sedikit perahan limau nipis.
Tunggu beberapa minit hingga daging matang.
Setelah matang pindahkan ke pinggan dan tuangkan salad di atas ikan. Boleh juga salad dituang dalam mangkuk lain lalu sajikan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...