Nama penuh: Mohd Syahril b Mat Taib

Nama FB: Shahril Taib

Usia: 40

Status: Tekong Air Ganda

 

UMPAN: Sejak bila memancing dan mula menjadi tekong/guide?

SHAHRIL: Saya memancing dari zaman kanak-kanak lagi. Biasalah permainan budak-budak. Saya mula menjadi tekong secara tidak rasmi ni sejak 1997. Ia bermula dengan mengikut member jadi drebar bot di  Tasik Temenggor.

 

Produk & Servis: Tekong Casting Otai Air Ganda

 

UMPAN: Kenapa anda memilih kerjaya ini?

SHAHRIL: Lebih kepada sebab minat dengan dunia casting kot. Dari memancing seorang diri dan bawa rakan-rakan yang juga minat casting, lama kelamaan saya nampak potensi untuk dijadikan satu kerjaya yang boleh menyumbang pendapatan kepada saya.

 

Produk & Servis: Tekong Casting Otai Air Ganda

IKLAN

 

UMPAN: Pada pandangan anda, apa kriteria perlu ada untuk jadi tekong/guide?

SHAHRIL: Paling utama mestilah kena banyak bersabar. Jadi tekong ni tak boleh cepat meradang dengan bermacam kerenah customer.

Kadang-kadang customer tu tak pernah memancing pun dengan teknik casting. Jadi, kita la kena bagi tunjuk ajar. Bukan sekadar bawa customer ke lubuk-lubuk yang berpotensi saja.

 

Produk & Servis: Tekong Casting Otai Air Ganda

 

UMPAN: Apa rintangan yang dihadapi dan harapan anda dalam meneruskan kerjaya ini?

SHAHRIL: Saya sudah lama berkecimpung dengan dunia casting di sini. Tahun demi tahun saya dapat melihat sendiri ikan target semakin berkurangan tahun demi tahun.

Kaki-kaki casting kebanyakannya melepaskan hasil tangkapan tetapi lebih ramai lagi pihak lain yang mengeluarkan ikan-ikan dari sini.

IKLAN

 

Produk & Servis: Tekong Casting Otai Air Ganda

 

UMPAN: Ceritakan pengalaman memancing (trip) yang manis / pahit?

SHAHRIL: Saya rasa semua tekong atau guide berpendapat yang sama di mana kenangan manis apabila trip sukses dan customer dapat banyak hasil. Kenangan pahit pula bila customer pulang tanpa sebarang strike.

 

Produk & Servis: Tekong Casting Otai Air Ganda

 

UMPAN: Berikan sedikit tip untuk memperoleh hasil pada trip anda?

SHAHRIL: Tip di sini mudah je saja. Cuma baling kena tepat dan cepat. Di sini kami gunakan teknik menunggu ikan timbul baru baling. Jadi kena cepat la.

IKLAN

Kalau ikan timbul perlahan saya cadangkan pakai gewang permukaan. Letupan ikan yang menyambar gewang permukaan ni lebih dia punya feel.

 

Produk & Servis: Tekong Casting Otai Air Ganda

 

Pakej servis:

Saiz bot: 17kaki

Enjin: Yamaha 15hp

Harga sewa: RM300-RM350

Jumlah pemancing: 2-3 caster

Waktu memancing: 7pagi-7petang

Lokasi memancing: Tasik Kenering (Air Ganda)

Jeti: Jeti Padang Ragut Kg. Padang.

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI