Nama: Mohammad Faizal b Zakaria

Nama FB: Jdy Jdy

Usia: 40

Nama produk: Jdy Jdy Part & services

 

UMPAN: Ceritakan, sejak bila bergelar pengusaha servis kekili?

JDY JDY: Saya bermula dengan minat memancing sejak di bangku sekolah rendah lagi. Sejak tahun 2008 saya berkenalan dengan seorang pemancing berbangsa Cina dan dia seorang yang berkebolehan membaiki semua jenis reel.

Saya belajar di rumahnya di Petaling Jaya bila ada masa terluang. Hampir 2 tahun mengenalinya hingga beliau telah meninggal dunia pada tahun 2010 akibat sakit jantung.

Selepas itu saya cuba praktikan apa yang saya belajar. Ada antara kawan-kawan pada masa itu hantar servis reel mereka pada saya dari pelbagai jenama mesin dari yang murah hingga yang mahal.

 

 

UMPAN: Kenapa anda memilih usaha ini dan bagaimana ia boleh bermula?

JDY JDY: Pada mulanya saya lakukan kerja servis reel ini bagi mengisi masa terluang.

Alhamdulillah sejak tahun 2017 makin ramai kenali saya dan mereka menggunakan khidmat saya untuk servis reel mereka.

Antara reel yang banyak saya buat dari Shimano Stella dan Daiwa Saltiga kerana saya antara salah seorang yang boleh mendapatkan sparepart original dari Japan.

Selain itu saya menjual reel berjenama stella dan saltiga baru dan terpakai.

 

 

UMPAN: Apa rintangan dan harapan anda dalam meneruskan usaha ini?

JDY JDY: Rintangan bagi saya tidak menjadi masaalah utama kerana setiap servis yang saya berikan pada pelanggan disertakan dengan warranty.

Bagi saya keuntungan menjadi perkara nombor dua. Saya mementingkan kualiti dari kuantiti, Insyaallah.

Harapan saya, dapat membawa nama Jdy Jdy Part & Services hingga ke peringkat antarabangsa dan mengharumkan nama malaysia kelak.

 

 

UMPAN: Ceritakan apa kelebihan servis dan pakej yang ditawarkan?

JDY JDY: Kelebihan yang saya terapkan dalam repair & services reel ialah seperti jika sesuatu reel itu rosak dan part reel itu sudah tidak dikeluarkan dari pihak kilang, saya

mencari idea bagi modified part yang rosak itu dengan part dari jenama yang lain atau custom part itu seperti asal.

Itu kelebihan yang saya pelajari dari guru saya. Selain itu saya juga membuat sesuatu kelainan dengan upgrade drag reel tersebut dengan mengambil kira segala pengiraan dari semua sudut bagi tidak menjejaskan prestasi dan ketahanan reel itu.

Untuk upgrade bearing biasa kepada bearing high speed dan seramik juga saya lakukan jika ada pelanggan yang berminat.

Selain itu saya telah mencipta sejenis anti rust untuk dalaman reel bagi menahan dari karat jika kerap menggunakannya di air masin. Ramai yang telah menggunakan anti rust pada reel mereka.

 

 

UMPAN: Cerita sedikit pencapaian membanggakan dalam usaha anda ini?

JDY JDY: Antara pencapaian yang membanggakan dalam hidup saya ialah dapat kepercayaan dari sahabat-sahabat Malaysia yang kerap memancing ikan bersaiz mega

(mekong bersaiz 80 hingga 170kg) di Thailand iaitu Bungsamran dan Bungsena untuk upgrade drag dan bearing reel Daiwa Saltiga Dogfight 7000 dan Shimano Stella SW14000.

Ini perlu bagi menjamin kepuasan pemancing bila bertarung dengan ikan bersaiz mega.

Alhamdulillah ramai juga yang merujuk kepada saya sebelum membeli reel yang sesuai untuk setiap padang pancing.

Hingga kini boleh dikatakan saya mempunyai pelanggan dari setiap negeri dalam Malaysia.

Pengalaman manis saya ialah ada seorang pelanggan dari Terengganu tiba di Kuala Lumpur jam 2.00 pagi mengservis dan upgrade reel Shimano Twin Power beliau secara berdepan di kedai mamak.

Demi tidak menghampakan beliau, saya buat serta merta.

 

Tinggalkan Komen