UMPAN: Sejak bila bergelar pengusaha pakaian memancing?
ONEART: Secara rasminya saya terlibat dengan cetakan pakaian sejak Januari 2011.
Ads
UMPAN: Kenapa anda memilih usaha ini dan bagaimana sejarah permulaannya?
ONEART: Saya memilih dunia printing kerana ia satu bidang yangmenarik dan selalu orang akan mencari.
Sejarah mula saya memasuki dunia printing apabila melihat sahabat saya yang tidak putus-putus terima tempahan baju team/group dan lain-lain.
Saya hanya seorang pemancing dan dari situ timbul minat saya untuk mencuba memasuki dunia printing baju pancing dengan bermodalkan RM1K untuk membeli peralatan basic untuk memulakan printing baju pancing untuk group/team dan lain-lain.
Ads
UMPAN: Apa rintangan dan harapan anda dalam meneruskan usaha ini?
ONEART: Rintangan yang saya lalui… customer cancel order dan tidak membuat sebarang bayaran setelah barang sudah diambil.
Harapan saya oneart terus dikenal ramai orang dan terus mampu untuk memberi sumbangan untuk event memancing.
UMPAN: Ceritakan apa kelebihan produk anda?
Ads
ONEART: Oneart adalah pembuat printing seperti baju, cap, sticker, banner dan pelbagai printing yang lain, dengan kualiti butik tetapi harga kaki lima.
UMPAN: Cerita sedikit pencapaian membanggakan dihasilkan dari produk ini?
ONEART: Pencapaian yang saya banggakan ramai sahabat-sahabat saya kenal dan memberikan pujian hasil kerja saya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Ikan lampam dipercayai menyukai sesuatu yang berlemak. Oleh kerana itulah buah sawit yang berlemak dan berminyak merupakan umpan yang disukai oleh lampam.
Begitu jugalah nasi lemak yang kaya dengan santan yang lemak manis.
Bahan keperluan:
Kerak nasi lemak
Mata kail rambai
Set pancing lampam
Cara Penyediaan Umpan:
Kerak dan nasi lemak yang sudah keras direndam terlebih dahulu di dalam air. Memadai direndam sekadar melembutkannya sahaja. Sekiranya terlalu dan kembang berderai ia sudah tidak boleh digunakan lagi.
Ambil kira-kira segenggam keras nasi lemak yang masih melekat dan cucukkan mata kail rambai. Kemudian turunkan umpan tersebut ke dasar lubuk yang mana ikan-ikan lampam banyak berlegar-legar di permukaan air.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Apabila ditanya, apakah keistimewaan memancing di kolam yang diuruskan oleh beliau, Sani M. Arshad, atau lebih mesra dengan panggilan Wak Sani hanya menyatakan satu perkara saja – kedamaian. Sejak mengambil alih pengurusan dari pengurusan sebelumnya pada 15 Mac 2014 yang lalu, suasana damai dan harmoni ketika memancing itulah yang beliau cuba praktikkan.
Dengan mengatasi permasalahan masalah banjir, saliran serta sistem keluar masuk bekalan ke kolam dan kemudahan yang lebih mesra kepada pemancing pemancing, lantas Wak Sani menamakan kolam pancing air tawar komersial tersebut sebagai Kolam Harmoni.
KOLAM BENTUK BOOMERANG
Kolam yang terletak di Kampung Pulau Meranti, Puchong, Selangor ini mungkin agak tersorok sedikit ke dalam kawasan perkampungan, namun usah bimbang kerana terdapat papan tanda arah ke kolam di jalan utama bagi memandu arah khusus pemancing yang buat pertama kali ke kolam tersebut.
Setibanya di lokasi kolam, pemancing pastinya tidak sabar untuk merasai keseronokan memancing di Kolam Harmoni. Landskap Kolam Harmoni ternyata berbeza dan bukannya tipikal seperti kebanyakan kolam yang berbentuk empat segi. Berkeluasan 500 kaki X 500 kaki ia lebih menjurus berbentuk boomerang.
Berkedalaman antara 6 sehingga 8 kaki dan penghuni kolamnya mula mencecah 15 tan terdiri daripada patin, tongsan, rohu, pacu dan likoh. Seperti kebanyakan kolam lain, Kolam Harmoni turut mengamalkan konsep pancingan tangkap dan lepas melebihi 3 kilogram ke atas. Sementara spesies kurang dari 3 kilogram boleh dibawa pulang.
Patin yang mendominasi ruang kolam dianggarkan 8 tan dengan skala spesies terberat 12 kilogram. Tongsan sisik halus hanya setengah tan namun saiz terberat sudah mencecah 20 kilogram. Rohu dengan berat 3 kilogram ke atas mencecah 3 tan, sementara pada setiap minggu 600-800 kilogram rohu bersaiz kecil untuk pancingan bawa pulang dimasukkan ke kolam.
Tambah menarik bagi kaki rohu, pihak kolam sedia membeli semula rohu dengan nilai RM 4 per kilo. Sementara pacu bersaiz 3 kilogram ke atas juga dengan anggaran 3 tan. Manakala ikan karak atau siamese carp bersaiz 4-7 kilogram terdapat kira-kira 30 ekor.
OPERASI 24 JAM
Selain daripada kuantiti dan skala saiz ikan yang seronok untuk dipancing, kolam yang beroperasi selama 24 jam ini turut menawarkan pakej memancing yang jarang ditawarkan oleh kolam-kolam lain.
Syarat yang dikenakan hampir sama saja, maksimum 2 mata kail, pelampung tidak dibenarkan dan begitu juga dengan organ dalaman haiwan sebagai umpan. Dengan yuran RM 33 untuk 4 jam pertama dan tambahan RM 5 untuk setiap jam berikutnya, pihak kolam menawarkan pakej tangkapan dengan ‘boll’ di dalam mulut ikan yang amat berbaloi.
Setiap ekor patin 7 kilogram ke bawah akan dibayar balik RM 1.50 perkilo. Patin 7 ke atas (pakej harian) bagi tangkapan pertama bernilai RM 100, kedua RM 70, ketiga RM 60, keempat dan kelima RM 50. Bonus untuk patin 11 ke atas turut disediakan daripada jumlah RM 500. Pacu di bawah 5 kg pula dibayar RM 2 perkilo.
Sementara untuk pacu 5kg ke atas bagi tangkapan pertama dibayar RM 50, kedua RM 30 dan ketiga RM 20, Rohu 3 kg ke bawah dibayar RM 4 perkilo, 3-6 kg RM 3 perkilo, sementara rohu 6 kg ke atas bagi tangkapan pertama diberi bonus RM 100, kedua RM 70, ketiga RM 60, keempat dan kelima RM 50.
Bagi setiap tangkapan tongsan sisir halus pula, tangkapan pertama RM 50, kedua RM 30 dan ketiga RM 20. Dan bagi setiap ekor karak 5 kg ke atas akan memperolehi RM 50 seekor dan di bawah 5 kg pula RM 30 seekor.
Kemudahan untuk solat turut disediakan begitu juga dengan kantin yang beroperasi dari jam 9 pagi hingga 9 malam. Dan demi keharmonian, Kolam Harmoni tidak menganjurkan sebarang pertandingan atau game sebaliknya mengalu-alukan jika mana-mana kelab memancing yang ingin mengadakan komplot atau event sebagaimana komplot silaturahim yang dianjurkan oleh Team Jelajah A1 Pacak. Komplot memancing silaturahim itu berjaya mengumpul sehingga 70 orang pemancing dari pelbagai kelab di Lembah Kelang, Negeri Sembilan dan Melaka.
*Untuk mengetahui maklumat terkini kolam bolehlah hubungi Facebook Kolam Mancing Harmoni
Pada asasnya swivel atau kili (cili) adalah peralatan atau perkasasan terminal yang merupakan kelengkapan penting dalam disiplin memancing.
Ia merupakan alat yang diperbuat daripada logam yang mampu berputar bebas dengan tujuan mengelakkan tali pancing terutamanya tali sulam dari berpintal (twist) ketika memancing.
Penggunaan swivel ketika memancing sangat kritikal. Pemancing akan menggunakan swivel untuk mewujudkan titik antara tali utama dan alatan terminal bagi mengelakkan
pergerakan berpusing (twist) alatan tersebut seterusnya membuatkannya kusut dengan tali utama.
Selain itu, swivel juga berfungsi sebagai penyambung kepada beberapa bahagian seperti perambut dengan tali utama atau batu ladung.
Contohnya apabila kita menarik umpan atau gewang, rintangan daripada arus yang laju akan menyebabkan geseran sekaligus menyebabkan umpan atau gewang akan berputar.
Dalam kejadian ia akan menyebabkan tali pancing yang digunakan (tanpa penggunaan swivel) akan turut sama berputar.
Terutamanya jika menggunakan tali sulam tanpa perambut kejutan yang panjang.
Selain bertujuan untuk mengelakkan putaran atau pintalan, swivel turut berfungsi sebagai penyambung alatan memancing.
Contohnya tali utama dengan perambut atau perambutan dengan jig dan sebagainya lagi.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...