Bermula sebagai tempat penternakan ikan dalam sangkar, kini ia mampu membangun dan menjadi sebuah chalet terapung yang gah di utara tanah air.

Chalet Terapung Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Merbok, Kedah yang dibina dengan peruntukan RM1.6 juta ini bolehlah dianggap sebagai sebuah tempat peranginan yang ideal buat kaki pancing, terutama buat mereka yang ingin membawa keluarga.

 

Mula beroperasi Januari 2010 yang mana hanya terdapat 3 buah chalet dan 1 dewan mesyuarat ketika itu, hari ini chalet ini semakin mengorak langkah apabila menaik taraf

kemudahan dan menambah bilangan chalet hingga menjadi 8 buah, termasuk 6 dormitori, 4 bilik penginapan tambahan dan 1 dewan untuk pengunjung.

 

Port Ngeteh Retro – Chalet PPK Merbok

 

Menurut Pengurus Chalet Terapung PPK yang lebih mesra dipanggil Encik Hamdan,

“Terhasilnya idea untuk membangunkan chalet terapung ini ialah apabila projek ternakan ikan mengalami kerugian hampir RM2.1 juta yang diakibatkan bencana tsunami sedikit masa dahulu.

 

Oleh itu, kerajaan negeri telah memberi peruntukan sebanyak RM300,000 dan dari situlah kami mula mendapat ilham untuk membangunkan sebuah kawasan penginapan ala terapung kerana ianya kelihatan unik dan masih belum banyak terdapat di Malaysia.”

 

Port Ngeteh Retro – Chalet PPK Merbok

 

“Malah lebih menarik lagi, chalet ini berlatar belakangkan panorama hutan simpan kekal paya bakau Sungai Merbok yang menjadi habitat 32 spesies pokok bakau, burung, unggas

IKLAN

dan pelbagai hidupan marin. Apatah lagi apabila Sungai Merbok ini dikatakan sebagai antara hutan paya bakau tercantik di dunia,” tambahnya lagi.

 

Menurut Encik Hamdan lagi, jalinan kerjasama antara Chalet Terapung PPK Merbok dengan Tourism Kedah, Pejabat Daerah Kuala Muda dan agensi-agensi pelancongan yang lain

sedikit sebanyak telah membantu menaikkan nama chalet terapung ini, bukan sahaja kepada pelancong tempatan, malahan luar negara.

 

Port Ngeteh Retro – Chalet PPK Merbok

 

Percutian kaki pancing

 

Selain dihiasi pemandangan paya bakau yang indah dan menghijau, chalet terapung PPK juga boleh menjadi percutian yang ideal buat kaki pancing.

Sungai Merbok selain terkenal dengan tinggalan sejarah turut didiami pelbagai spesies ikan yang pastinya mampu mengujakan percutian memancing anda.

IKLAN

 

Port Ngeteh Retro – Chalet PPK Merbok

 

Siakap, senangin, kerapu, semilang, duri, dan pelbagai lagi ikan sering menjadi habuan pemancing yang berkunjung ke sini.

Malah, hasil yang ada di sini juga kadangkala di luar jangkaan! Bila tiba musim ikan masuk, ada yang sampai tak muat tong ikan dibuatnya.

 

Port Ngeteh Retro – Chalet PPK Merbok

 

Yang menariknya di sini, anda boleh memancing di sekitar balkoni chalet anda sahaja.

Pastinya sungguh mengujakan bila dapat melontarkan joran sambil menghirup udara segar hutan paya bakau ini.

 

IKLAN

Malah, sesi pancingan anda tidak hanya terhad di chalet anda menginap sahaja. Anda masih boleh memilih untuk memancing di tiga pelantar yang disediakan yang mana

pelantar ini terletak di tengah-tengah laluan sungai dan sering menjadi tumpuan kaki pancing yang berkunjung ke sini.

 

Port Ngeteh Retro – Chalet PPK Merbok

 

Bagi yang bercadang untuk memancing sahaja tanpa menginap, jangan risau! Dengan bayaran hanya RM15 anda berpeluang memancing tanpa had masa di sini.

Malah, anda juga diberi peluang menggunakan kemudahan yang ada di sini seperti tandas, tempat memasak dan sebagainya.

 

Selain daripada memancing, terdapat banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan di sini termasuklah jungle trekking, bersiar-siar menaiki bot, tangkap ketam guna tangkul,

berkayak dan bermacam-macam lagi. Jadi, buat kaki pancing yang ingin membawa keluarga bercuti, Chalet Terapung PPK Merbok adalah antara destinasi terbaik buat anda.

Sebarang pertanyaan hubungi Facebook Chalet Terapung PPK Merbok, Kedah.

 

Port Ngeteh Retro – Chalet PPK Merbok

 

** share artikel ini jika anda pernah berkunjung ke sini

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI