Terdapat puluhan jenis mata kail dan setiap mata kail yang direka bentuk itu sebenarnya dikhususkan untuk jenis pancingan dan spesies sasaran tertentu. Berikut disenaraikan beberapa mata kail kail yang sesuai untuk memegang umpan dan digunakan bersama umpan mati.

 

Baitholder Hooks

Mata kail yang popular untuk kegunaan menyangkut atau memegang umpan terutamanya cacing, perumpun ataupun katak. Mata kail jenis baitholder ini popular untuk pemancing pantai. Mata kail jenis ini mempunyai 2 duri pandan pada bahagian terasnya.

Duri pandan ini akan berfungsi sebagai pencangkuk kepada umpan yang menghalang umpan dari melurut jatuh. Balingan yang jauh untuk pancingan pantai biasanya memberi kesan kepada umpan yang kadang kala akan tercabut. Dengan menggunakan mata kail jenis baitholder ini, ia akan lebih terjamin umpan kekal pada mata kail.

 

Pilihan Mata Kail Khusus Untuk Mencangkuk Umpan

 

Single Egg Hooks

Mata kail berduri pandan pada teras yang sesuai untuk umpan mudah tanggal daripada mata kail. Mata kail yang ringan ini direka khusus bagi mengapungkan umpan di dalam air disamping dapat membenam atau tersembunyi dengan baik di dalam umpan. Namun mata kail ini tidak banyak diguna pakai dalam hampir kesemua teknik memancing yang ada di negara kita.

 

Pilihan Mata Kail Khusus Untuk Mencangkuk Umpan

 

Worm Hooks

Reka bentuk mata kail ini cukup luar biasa kerana mempunyai banyak ciri-ciri unik. Gap atau lekuk yang lebih luas untuk cengkaman dan pengekalan ikan yang lebih baik, dan mengimbangi mata untuk mendapatkan umpan yang lebih baik, menstabilkan umpan, dan menghidupkan point untuk kurang kegagalan.

Mata kail ini banyak digunakan terutamanya dalam umpan yang agak ringan. Ia turut banyak digunakan bersama gewang soft plastick.

 

Pilihan Mata Kail Khusus Untuk Mencangkuk Umpan

 

Fly Hooks

Terdapat pelbagai jenis mata kail yang dijadikan fly hooks atau mata kail untuk pancingan laying. Namun mata kail yang paling popular dan banyak digunakan ialah mata kail berteras panjang dan eye ring (lubang cincin) yang didongakkan. Tujuannya adalah bagi membolehkan sebarang bahan atau ikatan pada teras mata kail itu tidak terlucut dengan mudah.

 

Pilihan Mata Kail Khusus Untuk Mencangkuk Umpan

 

Large Ring Hooks

Mata kail ini tidak direka dengan bentuk yang unik malah hampir tiada beza dengan mata kail biasa. Hanya lubang cincinnya agak besar yang membolehkannya ia sesuai digunakan bagi menyambungkan mata kail dengan perambut tanpa menggunakan ikatan. Selain itu ia juga sesuai untuk menggantikan penggunaan mata tiga pada gewang terutamanya sesudu.

 

Pilihan Mata Kail Khusus Untuk Mencangkuk Umpan

 

Carp Hooks

Sepadan dengan nama khususnya, carp hooks direka cipta untuk memancing ikan-ikan spesies kap. Ia diguna secara meluas terutamanya dalam terma course fishing. Selain itu ia juga sesuai untuk terma pancingan layang. Berikutan kedua-dua terma memancing agak kurang menonjol di negara kita maka ramai pemancing di negara kita kurang pendedahan keberkesanan penggunaannya.

 

Pilihan Mata Kail Khusus Untuk Mencangkuk Umpan

 

Walleye Wide Gap Hooks

Mata kail yang ringan tapi ditempa untuk kekuatan tambahan. Bukaan atau gap yang luas amat sesuai untuk memburu ikan yang bermulut luas seperti ikan tongsan sisik halus (pancingan air tawar) dan kerapu (pancingan air masin). Namun mata kail ini kurang sesuai digunakan bagi menewaskan ikan-ikan kuat memberikan tentangan ketika dipancing.

 

Pilihan Mata Kail Khusus Untuk Mencangkuk Umpan

 

Catfish Hooks

Mata kail yang direka dan dibentuk khusus untuk pancingan ikan catfish (ikan bermisai). Di negara kita yang mana bilangan keluarga ikan bermisai tidaklah sebanyak Eropah atau Amerika Syarikat, membuatkan penggunaan mata kail jenis ini tidaklah terlalu meluas. Walau bagaimana pun kita masih boleh menggunakannya untuk memancing ikan keli, patin atau keluarga ikan duri di air masin.

 

Pilihan Mata Kail Khusus Untuk Mencangkuk Umpan

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI