Mungkin sudah ramai yang tahu perihal habitat ikan ini. Di kawasan sungai atau estuari berbakau, siakap merah lebih tertumpu di kawasan bereba (akar bakau atau pokok mati). Ini kerana, ia spesies predator yang menjadikan ikan-ikan kecil sebagai diet dan kawasan itu menjadi tempat persembunyiannya menghendap mangsa. Memadai jika umpan dihulurkan di tepi tebing berhampiran reba yang berpotensi.
Untuk memancing siakap merah dari tebing (landbase), tidak perlulah umpan dibaling jauh ke tengah kecuali memancing di kolam berbayar. Andai kata mahu juga baling ke tengah, silakan, kemudian perlahan-lahan karau sehingga umpan berada tidak jauh dari tebing. Pun boleh juga.
Ads
Antara teknik terbaik memancing siakap merah adalah dengan menghanyutkan umpan, yakni, tidak menggunakan ladung. Umpan ekonomi – udang pasar sudah memadai. Umpan yang dibawa arus perlahan akan bergerak ke atas dan ke bawah seterusnya menggiurkan si ikan untuk menerkam.
Ibarat si suami pada malam pertama. Teknik ini sangat sesuai ketika arus perlahan. Labuhkan umpan sehingga arus menghanyutkannya ke arah reba. Namun keadaan arus mati atau laju mungkin tidak sesuai dengan teknik hanyut ini. Dalam keadaan arus laju, ladung kecil boleh digunakan untuk mengelak umpan timbul di permukaan.
Ads
Kalau hendak dikira, sudah berpuluh atau mungkin hampir mencecah ratus bilangan MJ berjaya didaratkan oleh saya dan rakan-rakan melalui teknik ini. Tidak kira saiz penuh kuali atau dua jari, teknik ini jarang menghampakan. Namun bagi pemancing yang beretika, amalkan ‘bag limit’ dan yang kecil dilepaskan semula agar menjadi penyambung generasi.
Ads
Suka saya mengingatkan supaya ‘drag’ kekili dibuka ketika menunggu umpan digetu ikan bagi mengelak kejadian joran melompat terjun ke sungai ala atlet papan anjal yang akhirnya membuatkan anda berputih mata. Pengalaman itu pernah saya lalui sendiri.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Umang-umang adalah jenis krustasia dekapod yang tergolong dalam superfamili Paguroidea. Kebanyakan spesies umang-umang berabdomen panjang dan lembut yang dilindungi dari ancaman pemangsa dengan memakai sekeping cangkerang kosong yang ditinggalkan haiwan lain, yang boleh memuatkan badan haiwan ini.
Selalunya umang-umang memakai cangkerang siput laut atau mana-mana moluska gastropod marin. Hujung abdomen umang-umang disesuaikan agar kuat menggenggam turus kulit cangkerang. Sebaik sahaja bertumbuh besar, umang-umang perlu mencari cangkerang yang lebih besar, sekaligus meninggalkan yang lama.
Tabiat mendiam dalam cangkerang lama ini memberikan nama umang-umang dalam bahasa Inggeris sebagai “hermit crab”, sempena bayangan pertapa yang tinggal sendirian dalam gua. Terdapat lebih kurang 1100 spesies umang-umang yang diketahui di dunia, kebanyakannya adalah akuatik dan tinggal dalam air masin dari secetek terumbu karang dan pesisir pantai hingga sedalam dasar laut.
Di kawasan tropika pula adanya spesies umang-umang daratan, ada daripadanya agak besar, contohnya Coenobita clypeatus. Umang-umang liar hidup secara berkumpulan iaitu sekawan 100 ekor atau lebih.
Sementara itu. ketam kelapa merupakan haiwan dari keluarga umang-umang yang merupakan antara spesies ketam paling besar di dunia. Semasa kecil perilakunya sama seperti umang-umang, namun setelah bermula hidup di daratan ia mampu membesar sehingga 1 meter (kaki ke kaki) dan menjangkau berat 40 kg.
Haiwan ini dikenali sebagai coconut crab dalam Bahasa Inggerisnya. Haiwan ini terdapat di beberapa pulau di Sabah dan beberapa pulau di sekitar Lautan Pasifik dan Lautan Hindi.
Jom kita tengok spesies-spesies ikan pemangsa yang memerlukan keberanian luar biasa untuk menawannya. Kalau korang cepat koyak memang tak digalakkan memancing spesies ini.
Goliath Tigerfish
Spesies goliath tigerfish merupakan salah satu spesies yang dahsyat dan mengerikan. Spesies ini membuatkan spesies pemangsa rakus seperti Piranha seakan-akan ikan kecil untuk hiasan.
Spesies ini mampu mencapai berat sehingga 70lb dan lebih 6kaki panjang. Spesies ganas ini berlegar di perairan Afrika berkumpulan dan mampu mencarik-carik daging mangsa yang lebih besar dalam beberapa saat.
Mulut gergasi bermata kuning ini tersemat gigi taring seakan pisau yang lebih daripada dua inci. Pemancing terkenal, Jeremy Wade percaya spesies ini bertanggungjawab terhadap beberapa siri kematian manusia di Sungai Congo yang sebelum itu dikatakan berpunca daripada semangat ghaib menurut kepercayaan masyarakat tempatan.
Piraiba
Dengan warna biru kehitaman, piraiba ini mampu mencecah sepanjang 9 kaki dan merupakan antara gergasi air tawar. Spesies ini merupakan spesies keli terbesar dan dikatakan berpotensi sebagai pemakan manusia.
Gigi ikan raksasa ini tidak kelihatan menakutkan memandangkan tiada taring terkeluar, namun gigi ikan ini tersusun rapi menghala ke bahagian dalam mulut ikan. Keadaan ini menjadikan mangsanya tidak akan terlepas jika sudah dalam cengkaman mulutnya.
Ikan Muskellunge
Muskellunge merupakan seekor spesies ikan air tawar dan sebenarnya masih belum ada catatan rasmi serangan ke atas manusia. Namun berdasarkan kepada keupayaannya, banyak spekulasi terhadap spesies ini dalam potensinya menyerang manusia.
Muskellunge mampu membesar sehingga 7 kaki dan mempunyai barisan gigi yang tajam dan boleh dikatakan sebagai jelmaan barracuda air tawar. Spekulasi mengatakan terdapat serangan ke atas seorang kanak-kanak dan nelayan oleh spesies ini namun mangsa selamat walaupun terdapat kesan yang agak teruk.
Keli Wels
Keadaan perairan di Eropah seperti Tasik Berlin dan Sungai Volga sepanjang masa seakan tenang dan selamat sehinggalah kemunculan pemangsa raksasa ini. Keli Wels ini mampu mencapai 13 kaki panjang dan seberat mencecah 400lb dan itu sudah cukup menjadikannya sebagai raksasa yang menggerunkan.
Keli wels merupakan pemangsa agresif dan menurut catatan sejarah ikan ini mampu membesar sehingga 20 kaki panjang. Seekor keli wels yang ditangkap di Russia mempunyai sisa manusia di perutnya sementara serangan terhadap manusia dilaporkan di Jerman.
Pari Air Tawar Gergasi
Raksasa ini sering menyembunyikan dirinya di perairan air tawar yang keruh, berpasir dan berselut di Asia Tenggara. Ikan pari air tawar ini mungkin merupakan spesies ikan air tawar yang terbesar dengan panjang mencecah 16 kaki dan seberat hampir 2000lb.
Sengat sepanjang 8 inci pada pangkal ekornya mampu menyerang seperti seekor kala jengking dan sengatannya diakui amat berbisa dan mampu membunuh. Jadi berhati-hati jika tiba-tiba anda berasakan dasar sungai yang anda pijak bergerak!
Goonch Catfish
Sungai Kali di antara Nepal dan India telah dihantui oleh siri kematian dan insiden lemas yang misteri. Misteri ini berlarutan sehinggalah raksasa perang sepanjang 7 kaki dengan gigi yang tajam ini ditangkap. Ia seekor ikan kenerak gergasi seberat 300lb.
Ikan ini dikatakan menarik mangsanya dan melemaskannya sebelum ditelan. Spekulasi juga mengatakan selera ikan goonch terhadap manusia mungkin disebabkan pembuangan abu mayat ke Sungai Kali yang diamalkan di sana.
Belut Elektrik
Belut elektrik merupakan pemangsa terkenal di Amazon dan menggunakan renjatan elektrik sebagai sistem pertahanan dirinya. Aliran elektrik sekuat 600 volt yang dihasilkan oleh spesies ini mampu membunuh seekor kuda dan tidak terkecuali manusia yang boleh mati akibat serangan ini.
Belut elektrik mampu membesar sepanjang 8 kaki dan seberat 50lbs. Biasanya penggunaan peralatan berunsur getah bagi mengelakkan serangan belut elektrik. Terdapat rekod menunjukkan kematian akibat serangan renjatan elektrik oleh spesies ini.
Bull Shark
Senarai ikan terakhir untuk kali ini, secara teknikalnya merupakan seekor jerung iaitu bull shark. Spesies ini mempunyai keupayaan yang luar biasa dan dikatakan lebih ganas berbanding jerung lain.
Dengan saiznya yang mampu mencapai panjang sehingga 12 kaki dan seberat 600lb, spesies ini mampu berenang ke perairan air tawar seperti tasik dan sungai di Missouri, Illinois dan Kentucky.
Rekod menunjukkan banyak serangan oleh spesies ini terhadap manusia di perairan air tawar. Selain merupakan spesies yang paling agresif antara jerung, bull shark juga mempunyai kuasa gigitan yang paling kuat berbanding semua spesies ikan di dunia.
Di negara kita, ia digelar dengan pelbagai nama. Udang galah, sepit biru, jongkong, jenggo atau jerangkung.
Ia dikenali sebagai bara chingri di Bangladesh, uwang atau ulang di Filipina, koong yai di Thailand dan udang galah di Indonesia.
Udang galah atau giant freshwater prawn dengan nama saintifik macrobrachium rosenbergiidikelaskan berada dalam keluarga palaemonidae bersifat omnivor.
Dari sudut taburan, spesies udang galah yang turut digelar udang sungai gergasi ini boleh didapati di seluruh kawasan tropika dan sub tropika di rantau Indo-Pasifik, dari India ke
Asia Tenggara dan Utara Australia. la juga telah diperkenalkan kepada bahagian-bahagian Afrika, China, Jepun, New Zealand, Amerika dan Caribbean.
Spesies yang cenderung aktif pada waktu malam hidup di air tawar dan air payau seperti di sungai, paya, saliran, tasik dan perairan lain yang lazimnya mempunyai hubungan air dengan laut.
Ia juga adalah salah satu daripada spesies udang air tawar terbesar di dunia dan diternak secara meluas di beberapa negara untuk makanan.
Walaupun M. rosenbergii dianggap sebagai spesies air tawar, pada peringkat larva ia bergantung kepada air payau.
Setelah berkembang melepasi peringkat plankton dan menjadi juvenil, ia akan hidup sepenuhnya dalam air tawar.
Dari aspek morfologi, udang galah memiliki warna kekuningan, kecoklatan hingga kehitaman. Badan udang galah memiliki permukaan yang beruas dan bergaris serta memiliki kulit yang keras.
Secara umumnya badan udang galah memiliki tiga segmen utama kepala dada (cephalothiorak), badan (abdomen) dan ekor (uropoda).
Bahagian cephalothiorak ini terbungkus dari kulit atau lapisan yang keras disebut rostum. Panjang rostum ini tergantung dengan jumlah duri gerigisnya.
Secara umumnya berjumlah 11-13 unit pada bahagian atas dan 8-14 unit pada bahagian bawah. Bahagian abdomen udang memiliki lima ruas, setiap bahagian ruas dilengkapi kaki (pleiopoda).
Sementara bahagian ekor atau uropoda memiliki ruas juga yang berfungsi untuk mendayung dan juga berenang pada udang. M. rosenbergii boleh tumbuh dengan panjang lebih 30 cm.
Jantina udang galah galah dapat dibezakan di mana abdomen udang galah betina lebih luas dan pereiopods kedua yang lebih kecil berbanding udang galah jantan.
Sebagaimana ikan, udang galah juga boleh dipancing dan di Malaysia pancingan udang galah merupakan salah satu daripada cabang pancingan yang digemari ramai.
Udang galah juga dikatakan tiada musim tertentu atau boleh dipancing sepanjang tahun di sistem sungai yang berhubung secara langsung dengan laut.
Spesies perayap dasar ini gemar mengikut arus dan pusaran air untuk mencari makanan.
Justeru lokasi seperti di bawah timbunan sampah, celahan akar-akar pokok, batang pokok nipah dan lubuk yang air berpusar perlahan merupakan spot terbaik untuk memancing spesies yang bukan sekadar enak dimakan bahkan bernilai tinggi di pasaran.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...