Berita baik untuk seluruh rakyat Selangor dan Malaysia ! Sempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke 17 Bandar Raya Shah Alam, Majlis Bandaraya Shah Alam akan menganjurkan Pasar Bunga Shah Alam 2017.
Pasar Bunga Shah Alam 2017
Tarikh : 27 Oktober 2017 (Jumaat) – 29 Oktober 2017 (Ahad)
Masa : 10 pagi – 8 malam
Lokasi : Laman Budaya, Taman Tasik Shah Alam
Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk para pengunjung seperti jualan pelbagai jenis pokok bunga, herba, baja kompos, orkid, sayuran, hasil kebun dan produk lanskap. Pilihan yang pelbagai dapat dibuat oleh para pengunjung yang ingin membeli pokok pokok bunga dan lain lain.
Para pengunjung juga akan berpeluang menyertai bengkel penjagaan Anggerik yang akan dikendalikan oleh Kelab Anggerik Shah Alam. Mereka juga akan berkongsi tips tips menarik tentang penjagaan Anggerik.
Ads
Kepada penggemar Anggerik, jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma dari yang pakar. Tidak ketinggalan para pengunjung akan disajikan dengan demo gubahan bunga segar dan apabila pulang ke rumah, dapat dipraktikkan sendiri.
BUAT KAKI PANCING, JOM SERTAI PERTANDINGAN MEMANCING SHAH ALAM 2017!
Sempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke 17 Bandar Raya Shah Alam, Majlis Bandaraya Shah Alam akan menganjurkan Pertandingan Memancing Shah Alam 2017. Hadiah wang tunai terkumpul keseluruhan berjumlah RM 37,100 untuk dimenangi oleh jaguh jaguh pancing.
Ads
Rugi jika tak sertai dan cepat daftar untuk sertai pertandingan. Jangan lupa bawa seisi keluarga sambil kita bersantai di hujung minggu dan memeriahkan lagi pertandingan. Jom datang beramai ramai!
Ads
Pertandingan Memancing Shah Alam 2017
Tarikh : 28 Oktober 2017 (Sabtu)
Masa : 7 pagi – 12 tengahari
Lokasi : Taman Tasik Shah Alam
Bayaran Pendaftaran : RM 100 untuk satu joran
Johan : RM 20,000
Naib Johan : RM 10,000
Tempat ketiga : RM 5,000
Tempat ke 4 hingga 15 : RM 100 (saguhati)
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Jabatan Landskap MBSA, Tingkat 7 Wisma MBSA di talian 03 5510 5133 (sambungan 1498 / 1284) atau melalui email di taman@mbsa.gov.my
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Setelah 5 tahun kategori King Of Barramundi ketandusan jagoan siakap air tawar dalam siri Monsoon Casting Tournament (kini Asean Monsoon Casting Tournament), akhirnya mahaguru siakap dari Paka, Terengganu menamatkan kemarau tersebut.
Ahmad Yusry yang lebih dikenali sebagai Awang Yusri atau `Ayam Perak’, yang mewakili team Lanun Kail 1 dalam kejohanan mengilat AMCT 2019, menceritakan pengalaman manis
yang menobatkan beliau sebagai King Of Barramundi dengan membawa pulang pelbagai peralatan memancing.
“Siakap tersebut saya dapat di sebuah suak sebelum memasuki Sg. Belimbing. Sebelum itu saya casting gali sebarau dengan set ringan. Selepas agak lama tanpa memperoleh sebarang hasil, saya tukar set untuk cari toman selepas tengok ada balak besar dalam air.”
“Selepas 3 kali balingan ke balak tersebut barulah disambut lembut oleh sang penunggu.
Saya ingatkan toman yang mengena tetapi selepas melakukan hook up yang kemas, kelihatan ada sedikit aksi lompatan tapi hanya kepala sedikit saja yang timbul di permukaan air.”
“Selepas menyedari siakap yang mengena itu bersaiz agar besar, saya berusaha pujuk keluar dari kawasan yang agak banyak kayu mati.
Lebih kurang hampir 10 minit menunda dan memujuk keluar dengan menggunakan trushter, barulah siakap berjaya dibawa keluar dari kawasan kayu.”
“Perlawanan kawasan terbuka pulak mengambil masa dalam 10 minit untuk meletihkannya. Alhamdulillah… dengan bantuan rakan sepasukan, siakap seberat 14.7kg itu selamat didaratkan ke dalam bot.”
Selain siakap tersebut, Awang Yusry turut menggondol hadiah King Of Sebarau apabila berjaya mendaratkan seekor sebarau sepanjang 50cm.
Dalam pada masa yang sama tangkapan lain seperti toman dan baung turut menyumbang kepada kejayaan pasukannya menaiki podium di tempat ketiga King Of AMCT 2019.
Yang pasti, siakap tunggal yang beliau tewaskan itu menjadi topik utama perbualan dan sorotan utama kejohanan AMCT 2019.
Sekurang-kurangnya 300 kaki pancing telah mengesahkan penyertaan termasuk lapan dari Korea Selatan, tiga dari Singapura dan Indonesia, Amerika Syarikat dan Austria masing-masing seorang peserta, dan selebihnya adalah peserta tempatan yang akan bertanding dalam Asian Monsun Casting Tournament (AMCT) 2017 yang akan bermula pada 30 November hingga 3 Disember ini di Tasik Kenyir, Terengganu.
Menurut Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak di sidang akhbar dan majlis penyerahan penajaan sempena AMCT yang berlangsung di Duyong Marina, Kuala Terengganu. Program kendalian Sekretariat MCT dengan kerjasama Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) bagi kali ketiga itu menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM65,000 berupa enjin bot, bot aluminium, bot gentian kaca, motor elektrik dan aksesori memancing hasil sumbangan 47 badan penaja.
Turut hadir dalam majlis pelancaran ini ialah Pengurus Pelancongan Ke tengah, Ahmad Fathil Abdul Ghani, Penasihat AMCT iaitu Ibrahim Anon atau lebih dikenali sebagai kartunis Ujang dan Pengerusi AMCT sendiri iaitu Azri Ngah, wakil-wakil penaja utama seperti Mercury Marine, Pure Fishing, Trojan Gigamate serta Khairol Fiber.
Menurut Azri Ngah, sebanyak 15 buah rumah bot dan 150 bot laju akan digunakan sepanjang kejohanan ini bagi merebut sembilan kategori yang dipertandingkan. Antara kategorinya ialah King OF Sebarau, King Of Toman serta King Of AMCT 2017
Selain itu, empat orang pemancing terbaik dari kejohanan ini akan berpeluang menyertai International Bass Fishing 2018 yang akan diadakan di Tasik Andong Korea Selatan melalui Anglers Exchange Programme.
Boleh dikatakan kebanyakan kolam pancing terutamanya kolam memancing air tawar ada menyediakan hadiah KHAS yang dinamakan jackpot. Ada yang menetapkan ikan melebihi berat tertentu, ikan bertanda atau sebagainya.
Namun, apabila dinamakan jackpot maka ramai yang beranggapan ia adalah haram, hanya kerana ia dinamakan jackpot. Tapi bagaimana pula ia dinamakan hadiah khas atau tangkapan istimewa?
Mari kita teliti artikel yang dipetik dari sebuah majalah keagamaan ini.
Jika bertepatan dengan kefahaman saya tentang hadiah jackpot yang biasa ditawarkan di kolam pancing, maka hukumnya haram kerana ia adalah suatu bentu perjudian.
Hal ini kerana hadiah jackpot adalah hasil daripada wang terkumpul yang dibayar oleh para peserta. Dalam kata lain, ia adalah wang pertaruhan.
Asasnya, kita harus memahami proses judi terjadi. Judi berlaku apabila dua pihak atau lebih saling bertaruh harta masing-masing untuk satu-satu aktiviti.
Sesiapa yang menang dalam aktiviti tersebut, maka dia berhak mendapat harta pertaruhan yang terkumpul.
Manakala pihak yang kalah pula akan kehilangan harta yang dipertaruhkan.
Berbalik kepada hadiah jackpot yang biasa ditawarkan di kolam pancing, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipenuhi untuk mendapatkannya.
Antaranya; pemancing yang berhasrat menyertainya perlu membayar sekian harga tambahan yang berlainan daripada yuran masuk.
Wang tambahan yang dibayar tersebut menjadi wang pertaruhan yang terkumpul atau jackpot.
Hadiah itulah yang diberikan kepada peserta yang menang mengikut aktiviti yang ditentukan, sama ada berkaitan ikan terkecil, terberat dan sebagainya.
Oleh yang demikian, jelaslah bahawa ia merupakan suatu bentuk judi dan hukumnya haram.
Hukum tidak terikat dengan sebab nama. Haram hadiah jackpot bukan namanya jackpot, namun kerana sifatnya yang berbentuk perjudian.
Manakala haramnya judi bukan kerana namanya judi tetapi sifat asasi iaitu pertaruhan antara dua pihak atau lebih. Yang menang mendapat habuan, yang kalah berputih mata.
Maka apa-apa sahaja hadiah adalah haram jika sifatnya adalah judi meskipun diberi nama bonus, sagu hati, cabutan bertuah hatta sumbangan ikhlas sekali pun.
Begitu juga sebaliknya, jika suatu hadiah itu tiada sifat judi, maka halal walaupun mungkin namanya jackpot.
Bagaimana pula jika pihak pengurusan kolam menawarkan hadiah jackpot tetapi tidak mengenakan bayaran tambahan kepada pemancing? Hanya yuran masuk dikenakan.
Saya tidak dapat memberikan kata putus dalam kes ini. Secara prinsipnya, hukum bagi kes sebegini bergantung kepada sumber hadiah jackpot yang ditawarkan.
Jika hadiah tersebut bersumberkan yuran peserta, maka hukumnya haram kerana ia menggunakan suatu pertaruhan.
Misalnya, yuran masuk secara kebiasaannya adalah RM30 untuk sejam. Bagaimanapun pad minggu atau bulan ditawarkan hadiah jackpot, yuran masuknya dinaikkan kepada RM40 sejam.
Jelas bahawa tambahan RM10 daripada caj kebiasaan tersebut sebenarnya untuk membiayai hadiah jackpot yang ditawarkan.
Sebaliknya jika caj masuknya seperti biasa, di sini wujudnya kesamaran yang saya tidak dapat putuskan hukum dan perinciannya.
Boleh jadi pihak kolam pancing menjalankan operasinya dengan menawarkan hadiah jackpot, lalu segala perbelanjaan untuk menyediakan hadiah tersebut sudah pun dimasukkan dalam yuran masuk sejak awal.
Maka, dibimbangi kes ini termsuk dalam judi yang jelas bahawa hukumnya haram.
Namun dalam beberapa keadaan, boleh jadi juga hadiah jackpot yang ditawarkan sebenarnya ditanya oleh pihak ketiga sebagai satu strategi untuk menarik ramai pemancing dalam satu-satu masa.
Maka, hadiah seperti ini adalah suatu bentuk hibah yang dibenarkan. Kes ini sama seperti peraduan cabutan bertuah dan seumpamanya.
Apa hukum pergi ke kolam pancing yang menawarkan hadiah jackpot tetapi kita tidak sertainya? Kita hanya membayar yuran masuk seperti biasa tanpa yuran tambahan RM3 untuk memenangi hadiah jackpot.
Secara jujurnya, saya tidak mampu memberikan pandangan hukum yang muktamad dalam kes sebegini. Boleh jadi hukumnya harus, boleh jadi sebaliknya.
Jika diqiaskan dengan hukum harus membeli di kedai atau pasaraya yang turut menjual arak, maka harus pergi ke kolam pancing itu.
Meskipun begitu, boleh jadi haram hukumnya jika dianggap turut bersubahat dan menggalakkan kemungkaran.
Bagaimana pun dari sudut kewarakan, saya nasihatkan agar kita tidak pergi ke kolam itu. Saya kira masih ada kolam pancing lain yang bebas judi dan segala perkara yang meragukan. Maka memilih jalan selamat adalah lebih baik.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...