Tiada waktu rehat untuk memancing kerana ikan boleh dipancing 24 jam! Namun memancing pada waktu malam tidak sama dengan keadaannya berbanding pada siang hari.
Khususnya memancing di kawasan yang jauh dari sumber cahaya seperti di sungai pergunungan, sungai jauh dari penempatan ataupun lombong tinggal.
Lampu suluh
Torchlight atau lampu suluh wajib ada! Tak kiralah apa jenis lampu suluh sekalipun ia adalah keperluan kedua terpenting selepas peralatan memancing. Kalau bawak lampu suluh tak bawa peralatan memancing itu dah kira tujuan lain.
Jangan suluh sebarangan
Seboleh-bolehnya kurangkan penggunaan lampu suluh terutamanya tabiat gemar menyuluh ke arah air. Cahaya dari lampu suluh boleh menyebabkan ikan menjauhi kawasan pancingan kita.
Ads
Penghalau serangga
Insect repellent atau ubat penghalau serangga juga perlu ada demi untuk keselesaan kecuali sudah kebal dengan gigitan nyamuk dan agas serta serangga-serangga hutan.
Warna hitam
Nak pakai pakaian macam pergi pejabat pun boleh asalkan jangan berwarna hitam. Pakaian serba hitam memang bagus bagi penyamaran kerana ikan tidak nampak kehadiran kita tetapi tidak bagi nyamuk.
Sebaik-baiknya memancinglah secara berkumpulan. Walaupun cuma di sungai belakang rumah atau tepi lombong, ia dapat membantu jika berlaku apa-apa insiden yang tidak diingini.
Simpan peralatan
Simpan peralatan memancing yang tajam seperti mata kail atau pisau di tempat asal selepas digunakan bagi mengelakkan kecederaan yang tidak diduga.
Ads
Unggun api
Sebaiknya juga buatkan unggun api bagi menjauhkan binatang-binatang buas dan berbisa menghampiri kawasan pancingan kita (kalau di daratan la, jangan buat unggun api di dalam sampan!)
Ikan bersengat
Kenali terlebih dahulu spesis tangkapan yang berjaya didaratkan sebelum mengendalikannya bagi mengeluarkan mata kail agar tidak terpegang ikan sembilang sama seperti memegang ikan gelama.
Apa pendapat anda? Tinggalkan komen & share ya. Terima kasih!
Jangan lupa like & see first Facebook Majalah Umpan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Sebelum bertolak, pastikan semua peralatan memancing anda di kemas sebaik mungkin di dalam kotak khas.
Pastikan setiap mata kail, perambut, gewang, jig, kabel kekili elektrik dan alatan memancing lain dimasukkan dengan kemas ke dalam beg untuk dibawa masuk ke dalam muatan kargo.
Sebarang kekili dan kekili elektrik disarankan supaya letakkan di dalam beg galas dan dibawa masuk bersama di dalam kapal terbang supaya mengelakkan daripada hilang dan rosak jika di letakkan ke dalam muatan kargo.
Sila periksa sekali lagi peralatan anda, terutama barang yang dianggap berbahaya tidak dimasukkan sekali di dalam beg pakaian anda, walaupun satu pek mata kail. Ini kerana bila diimbas atau scan, alarm akan berbunyi dan barang anda pasti tidak dibenarkan masuk.
Setiap rod hendaklah dimasukkan dengan kemas ke dalam bazooka untuk mengelakkan daripada rod patah. Pastikan bazooka di kunci kemas sebelum dihantar ke muatan kargo.
Penting bagi setiap kotak, bazooka diletakkan sticker mudah pecah, bagi mengelakkan pekerja kargo mengenal pasti barang biasa atau mudah pecah.
Pastikan setiap pemancing mengambil muatan kargo sekurang-kurangnya 20kg seorang semasa membeli tiket kapal terbang.
Bermakna jika ahli keseluruhan seramai 10 orang, trip tersebut mempunyai 200kg muatan barang-barang yang boleh dimuatkan ke dalam kargo pergi dan balik Caj kargo akan
dikenakan caj yang tinggi (anggaran RM30 per kg) di lapangan terbang jika terdapat lebihan kargo (bergantung pada caj semasa)
Sila patuh kepada prosedur yang telah ditetapkan ketika check-in dan semasa melalui pemeriksaan imigresen di lapangan terbang.
Bila tamat sesi memancing, lakukan perkara yang sama dan untuk hasil tangkapan, jika di Kuching, biasanya, tekong akan menyiapkan segala-galanya, iaitu ikan akan di packing terus ke dalam kotak polisterin dan dihantar terus ke lapangan terbang.
Cara terbaik adalah, rujuk kepada rakan yang pernah pergi trip memancing menaiki kapal terbang untuk mengetahui lebih lanjut.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Kami menerima banyak respon poistif dari follower FB yang bukan saja berkongsi pengalaman pahit tersebut, malah turut berkongsi petua sebagai penawar bisa disengat ikan. Merasakan ini sesuatu yang tidak seharusnya berlalu begitu saja, kami rangkumkan beberapa petua yang mungkin boleh diguna pakai sekiranya berhadapan dengan insiden yang tidak diingini ini.
“Kalau pergi memancing tu standby MINYAK CAP KAPAK. Kalau kena, sapu terus tempat luka tu. Insyaallah kejap je, lepas tu noleh sambung pacak.”
“Setiap kali nak mancing simpan CUKA MAKAN botol kecik dalam box pancing untuk digunakan apabila terkena sengat ikan berbisa. Dapat meredakan sakit dan mengurangkan bisa. Kawan dah 3 kali kena sengat semilang. Tapi Alhamdulillah la tak pernah pergi klinik. Waktu kena sedut dulu tempat yang kena sengat lepas tu buang dan kumur. Letak cuka boleh mancing balik. Cuma rasa sakit luka sikit jer. Paling lama 3 jam hilang.
Tok Batin Seletar juga ada ajar kawan suruh bawa KIWI KASUT HITAM ketika mancing. Kalau kena sengat ikan berbisa sapu je kiwi kat tempat yang kena sengat tu. Tapi kawan tak cuba lagi sama ada berkesan atau tidak. Mungkin mujarab kot petua Orang Asli Seletar ni.”
“Penah kena sengat semilang kat kaki. Member tolong KENCINGKAN kaki tempat yang kena. Serius tak sampai 15 minit hilang sakit tu. Sampai sekarang aku tak tau mana logiknya.”
“Yang kena sengat ikan semilang ubat dia GETAH POKOK KUKU KUDA. Pokok dia yang selalu kita jumpa menjalar atas pasir pantai tu. Ambil getah dia letak dekat tempat kena sengat tu. Kalau luka di tempat kena sengat tu dah tertutup, cucuk sikit dan letak getah pokok ni. Insyaallah berkesan.”
“Saya pernah kena sengat dengan keli kayu.. sakitnya teramat sangat. Ayah letak asahan KULIT BADAK SUMBU. Bangun je dari tidur dah tak sakit. Tapi tak pasti la ayah dapat kat mana kulit badak sumbu tu… mungkin dari penjual ubat kot.”
“Pengalaman aku kena sengat ketuka masa mandi kat laut Batu Layar. Masa tu kena sengat kat tapak kaki Alhamdulillah Allah hantar hambaNya bantu aku. Pak cik tu meniaga depan pantai tu. Aku punya sakit dah sampai ke pinggang dah bisa dia. Pak cik tu tolong dengan cara guna LIMAU NIPIS. Potong sikit hujung dia pastu letak CUKA. Baca selawat lepas tu tenyeh tempat kena sengat tu. Lepas tenyeh rendam kaki dalam air suam. Alhamdulillah, dalam seminit dua gitu rasa bisa dia surut.”
“Saya pernah merasa disengat ikan duri, semilang dan depu. Memang menyakitkan, untuk menghilangkan bisanya saya picit kawasan sengatan untuk buang darah dan pekapkan pada sebarang BENDA PANAS atau AIR PANAS sampai hilang denyutan bisa.”
“Belah kepalanya (ikan yang menyengat), ambil otaknya sapu kat tempat kena sengat. Petua orang tua tua… katanya la.”
“GAMBIR SARAWAK korang boleh la standby dalam tong pancing. Apa-apa hal kalau kena sengat sapu je. InshaAllah mujarab… dah dua kali member kena sengat duri ngan pari , Alhamdulillah bila sapu boleh memancing semula.”
“Pernah terpijak ikan keli mati… melekat habis! Cabut je sengat tu terus ambil GETAH KELADI sapu. Lepas tu jilat mata sengat tiga kali ludah buang.”
“Kena sengat keli kat kaki masa bebudak. Mintak ramai member tolong kencingkan… hampeh tak baik pun. Makan paintkiller baru ok. Kena sengat kitang… ubatnya pun painkiller. Kena sengat baung kat Kenyir lekat kat kaki… nasib baik ada yang bawa gambir Sarawak… ubat paling mujarab! Rasa macam ubat bius… ubat paling ampuh!”
“Ambe kena sengat ikan keli kayu sekali min… perrghh perit molek sakit. Balik ke rumah sapu MINYAK KAMBING GURUN… Alhamdulillah hilang sakitnya.”
“Kalau kena sengat duri atau sembilang… cari PETROL dan curahkan tempat kena sengat. Insyaallah sakit sekejap sahaja.”
“Petua saya kalau kena sengat ikan berduri ni, KENCING kat tempat yang kena tu. Kemudian patahkan durinya dan cucuk kat badan ikan!”
“TEMBAKAU ROKOK Surya bubuh air sikit. Tekap atas luka kalau duri dah cabut. Petua dari kaki Surya. Rokok lain tak tau.”
“Pergi mana-mana kedai kek.. beli cecair ESEN BADAM yang bau kuat. Bawa ke mana-mana ketika memancing… jika terkena sengat boleh sapu badam tu.”
“Baru minggu lepas kena, terpacak duri sengat kat tapak tangan. Duri buang tepi bot time bawak bot pegang tepi bot sedar-sedar terpacak duri sengat. Time cabut payah sebab duri tu bergerigi. Tenangkan diri tarik sekuat hati. Siap cuci luka pakai petrol bot. Tekan-tekan buang air bisa. Habuk rokok dengan bara siap cucuk kat tangan, sebab time kena tu tangan jadi panas dan kebas. Alhamdulillah… lepas air pasang penuh pagi tu terus ok.”
Maunya tak sakit hati kalau tengok member atau sesiapa saja kat sebelah gasak ikan, tapi kat sebelah dah panjang leher mengalahkan bangau.
Kalau dapat strike pun ada je masalah yang mengekor… ikan lucut la, mata kail patah la, dan macam-macam lagi yang berkesudahan dengan kumpau berdarah.
Bagi mengatasi masalah ini, ada baiknya kita buat homework sikit sebelum membuat lontaran pertama.
➡ TIP 1
Buat pemeriksaan pada tali utama sama ada ia masih utuh atau sudah reput. Jika perlu buang sedikit beberapa kaki, maka buanglah sebagai langkah keselamatan.
Kalau perlu dibuang semuanya pun, buanglah. Jangan sayang nak buang tali yang macam dah nak reput atau yang sudah luntur warnanya.
➡ TIP 2
Jika menggunakan tali sulam dan perlu disambung dengan perambut atau leader, pastikan ikatan sambungan itu kukuh dan kuat.
Jika was-was, sebaiknya buat ikatan baru. Selagi tak dapat ikatan sambungan yang memuaskan hati, selagi itulah jangan memancing. Biar lambat asalkan tak lucut atau putus.
➡ TIP 3
Jika menggunakan mata kail yang pernah digunakan, uji tahap ketajamannya dulu. Kalau dah kurang tajam, sebaiknya asah bagi tajam. Tapi kalau dah tumpul sangat wajib buang terus jangan disimpan lagi.
➡ TIP 4
Saiz dan jenis mata kail jugak perlu diambil kira. Jangan fikir nak ikan besar, kenalah pakai mata besar.
Sebaiknya guna saiz mata kail yang sepadan dan elakkan guna mata kail kurang berkualiti. Mata kail yang kecil tak semestinya ikan kecil saja yang makan.
➡ TIP 5
Set pancing yang digunakan juga perlu sepadan dengan ikan target. Banyak kejadian ikan gagal didaratkan kerana joran atau kekili gagal menakluk ikan. Malah banyak kes kumpau disebabkan masalah asas ini.
➡ TIP 6
Umpan yang akan digunakan perlu dipastikan keberkesanannya. Sama sebagaimana pemancing lain gunakan.
Kalau pemancing lain guna udang hidup, janganlah kita masih nak guna umpan ikan. Kalau pemancing lain guna perisa pandan, kita gunalah pandan jugak.
Kalau pemancing lain guna jig warna hijau, kita jangan masih nak pertahankan warna kegemaran sendiri.
➡ TIP 7
Jika umpan sudah bagus, pastikan teknik yang digunakan juga adalah sesuai. Sama ada teknik apungan atau dasar.
Teknik karauan pun kena perhatikan juga. Yang penting kena pantau teknik apa yang cepat ikan ambil umpan.
➡ TIP 8
Teknik strike atau menyentap ikan juga penting begitu juga dengan cara melayan ikan harus betul agar ikan berjaya didaratkan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...